UMNO timbang tarik diri sokong PN

CG Sponsors

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,270
Reaction score
11,137
Points
1,906
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

17m ·

Alhamdulillah, kepimpinan tertinggi UMNO mendengar suara Pemuda agar dilakukan GENCATAN POLITIK (POLITICAL CEASEFIRE) bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang ketika ini susah dan gelisah akibat hambatan ekonomi dan dampak negatif daripada pendamik.

Sekali lagi Pemuda UMNO menegaskan sudah tiba masanya semua ahli politik tidak kira parti mana sekalipun melakukan gencatan politik atas nama Perdamaian Nasional untuk memikirkan solusi terbaik bagi mensejahterakan kepentingan rakyat.

Inilah saat terbaik untuk kita sama-sama mengetepikan perbezaan fahaman politik dan memberi tumpuan kepada Agenda Perdamaian Nasional atau National Reconciliation.

#FokusBantuRakyat
#lawancovid19
#politicalceasefire
#gencatanpolitik
#BangkitKembali
#PemudaTerasKebangkitan

1603270005226.png
 
Sponsored Post

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,532
Reaction score
708
Points
121

View attachment 300404
5. Beri saya dan dsnr waktu untuk selesaikan hukuman penjara sebelum kembali ke gelanggang
 
The Maut

Active+ Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
4,758
Reaction score
103
Points
43
PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

859698.jpg

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan politik untuk menumpukan usaha menangani wabak koronavirus (Covid-19).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada masa sama, PKR akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat.

"Keadilan mengambil maklum dan menghormati kenyataan yang telah dibuat Presiden UMNO hari ini (semalam).

"Pada masa yang sama, kami akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan Ahli-Ahli Parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama iaitu untuk memperbetul hala tuju kepimpinan negara terutama dalam usaha memerangi wabak Covid-19, menyuntik semangat dan membangun semula ekonomi, serta melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hari ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, UMNO melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan dapat dilaksanakan.
Katanya, ia juga bagi memastikan kegelisahan rakyat akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan semua ahli politik disarankan supaya melakukan gencatan politik sebagai usaha memikirkan penyelesaian terbaik bagi mensejahterakan rakyat.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,270
Reaction score
11,137
Points
1,906
Anthony Loke, berkata ,dia telah pun mengemukakan pandangan berkenaan “gencatan politik” seawal bulan Ogos lalu.

1603354933565.png

‘Gencatan politik Umno akui ada rancangan jatuhkan PN’
Diterbitkan Hari ini 4:08 pm

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan "gencatan politik" semalam bagi mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara tidak langsung mengakui bahawa memang ada rancangan untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin, kata seorang pemimpin DAP.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook berkata bahawa "gencatan politik" Umno itu adalah pendamaian sementara bagi membantu usaha yang dilakukan oleh kerajaan PN untuk membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kelembapan ekonomi.

"Gencatan politik merujuk kepada “pendamaian sementara” dua pihak yang bertentangan dalam politik khususnya di antara pihak dalam kerajaan dengan pihak yang berada dalam pembangkang.

"Yang peliknya, presiden Umno yang partinya berada dalam kerajaan PN mengumumkan “gencatan politik”. Secara tidak langsung, beliau mengakui bahawa memang ada rancangan untuk menjatuhkan kerajaan PN.

“Cuma sekarang kerana kes Covid-19 yang semakin meningkat, mereka berdamai sementara," kata Loke dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Zahid mengumumkan bahawa parti itu menyokong kerajaan PN untuk memerangi penularan wabak Covid-19.

Kata ahli parlimen Bagan Datoh itu, Umno memutuskan untuk mengarahkan kepimpinan parti dalam kabinet menumpukan usaha bagi menjayakan agenda membantu rakyat berdepan kesukaran akibat Covid-19.
Bagaimanapun menurutnya, kerjasama semua parti dalam PN harus diperkasakan demi kestabilan politik.

817d37088a44d150981c47e89ead6964.jpg

Sementara itu, Loke berkata bahawa pengumuman "gencatan politik" oleh Zahid bukan sesuatu yang baru.

"Sebenarnya saya telah pun mengemukakan pandangan berkenaan “gencatan politik” seawal bulan Ogos yang lalu, sebelum pun Pilihanraya Negeri Sabah diadakan.
"Saya berpandangan semua parti perlu berlapang dada dan bersedia untuk duduk di meja rundingan untuk menyelesaikan kemelut politik ketika ini.

"Pemimpin politik mesti bersedia untuk provide leadership.
"Mesej yang jelas mesti disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu tidak ada pilihanraya umum sehingga tempoh Parlimen ke-14 berakhir, fokus seluruh tenaga untuk memerangi wabak Covid-19 dan merancakkan semula ekonomi," katanya lagi.

balang

Super Active Member
Joined
Aug 28, 2009
Messages
7,454
Reaction score
82
Points
80
PKR hormati kenyataan Ahmad Zahid, kata Saifuddin Nasution

View attachment 300583

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu melakukan gencatan politik untuk menumpukan usaha menangani wabak koronavirus (Covid-19).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada masa sama, PKR akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat.

"Keadilan mengambil maklum dan menghormati kenyataan yang telah dibuat Presiden UMNO hari ini (semalam).

"Pada masa yang sama, kami akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan Ahli-Ahli Parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama iaitu untuk memperbetul hala tuju kepimpinan negara terutama dalam usaha memerangi wabak Covid-19, menyuntik semangat dan membangun semula ekonomi, serta melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hari ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, UMNO melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan dapat dilaksanakan.
Katanya, ia juga bagi memastikan kegelisahan rakyat akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan semua ahli politik disarankan supaya melakukan gencatan politik sebagai usaha memikirkan penyelesaian terbaik bagi mensejahterakan rakyat.

Walk the talk bro, mengembalikan mandat rakyat adalah dengan menjaga kebaijikan rakyat..pertukaran kepimpinan tak penting sekarang ni, yang penting bagaimana nak selesaikan masalah yang teruk melanda negara ni..
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,270
Reaction score
11,137
Points
1,906
PM Panggil Mesyuarat Khas Kabinet Esok, Politik atau Pandemik?

e8a62f8861c95d434cc1d693c902e65f.jpeg
ByAB JALIL BACKER

22/10/2020

CYBERJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan memanggil Mesyuarat Khas Jemaah Menteri esok (23 Oktober 2020) JAM 9.30 pagi tanpa memaklumkan sebarang agenda.
Mesyuarat ini agak luar biasa kerana kabinet baru sahaja bermesyuarat pada Rabu lalu.

Ada dua isu yang berkemungkinan menjadi keperluan Mesyuarat Khas kabinet iaitu sama ada untuk menguruskan pergolakan politik negara atau membabitkan masalah pandemik Covid-19 di Sabah yang semakin teruk.

Sejak dua minggu lalu kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan tidak lagi mempunyai mandat yang mencukupi untuk meneruskan pentadbiran kerajaan. Bagaimanapun semalam UMNO mengumumkan kekal menyokong kerajaan PN dan menolak khabar angin sebelum ini bahawa mereka telah menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas mesyuarat kabinet semalam terdapat Menteri yang memberitahu ‘rangkaian rapat’ bahawa mereka perlu bersedia untuk pembubaran Parlimen seawal bulan depan.

Semalam SuaraTV melaporkan kemungkinan Muhyiddin akan membubarkan Parlimen pada Disember 2020 sekiranya terdapat halangan dalam kelulusan Belanjawan 2021.

Sumber-sumber rapat dengan kerajaan semuanya ‘menutup mulut’ mengenai agenda mesyuarat. Manakala beberapa pegawai menteri yang dihubungi juga tidak pasti mengenai agenda mesyuarat khas tersebut.

Namun satu sumber memberitahu SuaraTV bahawa mesyuarat khas ini kemungkinan membabitkan usaha menyusun semua strategi kementerian dalam membantu pemulihan Sabah yang terjejas teruk dengan Covid-19.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,270
Reaction score
11,137
Points
1,906
Tiada sebarang perbincangan mengenai rombakan Kabinet akan dibangkitkan. - Sumber

Mesyuarat khas Kabinet esok bukan luar biasa
| | 22 Oktober 2020

1603356449310.png

SHAH ALAM - Satu mesyuarat khas Kabinet yang akan diadakan di Putrajaya esok merupakan amalan biasa bagi menyelesaikan pelbagai urusan kerajaan yang tertangguh.

Menurut seorang sumber yang enggan dikenali berkata, tiada sebarang perbincangan mengenai rombakan Kabinet akan dibangkitkan.

"Mesyuarat Kabinet khas ini perkara biasa kerana sebab sudah beberapa kali mesyuarat Kabinet sudah tertangguh jadi ada banyak urusan kerajaan yang perlu diselesaikan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, seorang sumber berkata, mesyuarat Ahli Jemaah Menteri akan diadakan di Jabatan Perdana Menteri dan akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesyuarat khas di Putrajaya esok cetus spekulasi rombakan Kabinet

Bagaimanapun, terdapat beberapa pihak mengaitkan mesyuarat tersebut dengan desas desus mengenai rombakan Kabinet.

"Untuk hari ini memang tiada sebarang perkembangan yang bakal berlaku tetapi esok belum pasti," katanya.

Mengenai penularan senarai terkini rombakan Kabinet, beliau memberitahu, senarai itu berkemungkinan palsu.

"Ada beberapa perkara dalam dokumen yang tular itu dilihat tidak sama dengan dokumen yang selalunya dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

"Senarai nama-nama yang diberikan itu juga dilihat tidak logik," jelas beliau.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan politik bagi memastikan agenda untuk menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang dalam kesusahan dapat dilakukan.
Pengumuman itu memberikan kelegaan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas hubungan dengan UMNO tegang sejak kebelakangan ini.

The Maut

Active+ Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
4,758
Reaction score
103
Points
43
Walk the talk bro, mengembalikan mandat rakyat adalah dengan menjaga kebaijikan rakyat..pertukaran kepimpinan tak penting sekarang ni, yang penting bagaimana nak selesaikan masalah yang teruk melanda negara ni..
Itulah yg terbaik. Stop politik now.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,270
Reaction score
11,137
Points
1,906
Sujita Soorian

Sebentar tadi ·

[TERKINI] Rombakan kecil kepimpinan BN.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik menjadi Bendahari Agung BN yang baharu.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal sebagai Bendahari UMNO Malaysia.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register