UMNO timbang tarik diri sokong PN

CG Sponsors

Sponsored Post

The Maut

Super Active Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
5,225
Reaction score
108
Points
83
Muafakat Nasional bukan sekadar satukan dua parti dominan

SHAH ALAM - Muafakat Nasional (MN) bukan hanya menyatukan dua parti dominan Melayu Islam di Malaysia tetapi perlu digemblengkan menjadi pemangkin bagi menyuntik kesedaran politik kepada anak muda.

Exco Pemuda UMNO, Afif Farhi Othman berkata, kesedaran politik itu juga perlu membawa agenda yang lebih besar terhadap generasi muda iaitu demi agama, bangsa dan tanah air yang tercinta.

Katanya, generasi muda hari ini kurang peduli hal politik bahkan membenci pencatur politik yang lebih mementingkan diri sedangkan ia merupakan satu tanggungjawab perlu dihayati.

"Ia ditambah lagi dengan proses liberalisasi politik kini telah menghadirkan pelbagai alternatif untuk anak muda membuat pilihan sehingga memungkinkan 'kesetiaan' mereka bukan lagi ukuran," katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar proses pendaftaran Muafakat Nasional dapat dipermudahkan serta ukhuwah dan silaturahim antara pimpinan serta ahli UMNO dan Pas dapat terus dipelihara oleh ALLAH.

"#HPU914 (Himpunan Perpaduan Ummah) adalah sejarah yang amat sukar untuk diulang kembali sekiranya perpecahan terjadi lagi," katanya.

Tambahnya, soal keberadaan Pas di dalam Perikatan Nasional biarlah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti itu manakala UMNO kekal bersama Barisan Nasional dan beriltizam untuk terus memperkasakan Muafakat Nasional.

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,556
Reaction score
482
Points
51

sedap nau karangan, berbunga2..ingat hutang ja pki bunga..karangan pun pki bunga..Allah la, agama la, bangsa la, tanah air la punya nk tarik sokongan..mai tang jawatan, duit..agak xdpt jawatan, ugut nk kuaq la, tarikbalik sokongan la bagai
 
Kassim Hensem

Active+ Member
Joined
Jan 15, 2011
Messages
3,547
Reaction score
276
Points
51
Tengok kepada trend politik masa kini di kalangan anak muda bawah 35 tahun.. kalau betul UMNO tarik diri dari PN dan menjadi penyebab PN rabak..

Hampir pasti 95% lebih pengundi non-partisan akan menghukum UMNO.

Sebab non-partisan tak peduli UMNO atau apa parti kena pijak. Mereka ni cuma meluat dengan never ending political issue dalam Malaysia sekarang.

Mungkin ada ahli politik khususnya pembangkang yang berharap Malaysia ni jadi macam Thailand sekarang.. tapi ini hanya angan-angan kosong, sebab masyarakat Melayu, pusing macam mana pun akan pertahankan Raja-raja Melayu.

Ahli parti UMNO sendiri pun ada yang dah jelek dengan ketua-ketua mereka sendiri yang tak habis-habis marah sebab tak adil lah kena pijak lah.. ini kan pula pengundi non-partisan.

Tapi nampaknya UMNO masih dalam denial syndrome sebab overconfident dengan kemenangan PRK berturut-turut mereka sebelum ini.

Mereka ingat mereka kuat.

Apa yang UMNO x faham disini adalah orang undi mereka bukan sebab nak UMNO, tapi sebab x mau DAP.. kerana sentimen semasa.. pembangkang naik sama dengan DAP naik.

Ini UMNO tak faham.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,579
Reaction score
11,797
Points
1,906
Setiausaha Agung MN I meminta semua pihak tidak mudah membuat andaian berhubung keputusan yang dibuat Umno dan PAS.
#MalaysiaNow #Politik #Malaysia #MuafakatNasional #UMNO #PAS

Bersatu masih dalam Muafakat Nasional, kata Annuar Musa

Dakwaan Bersatu diketepikan dalam cadangan pendaftaran MN itu adalah tidak benar.

Oct 21, 2020 9:19 AM

annuar-musa-bernama-1-1068x712.jpg

Setiausaha Agung MN I, Annuar Musa menafikan dakwaan Bersatu diketepikan dan menyifatkannya tak lebih daripada satu andaian. Gambar: Bernama

Muafakat Nasional (MN) tidak pernah mengenepikan penyertaan Bersatu dalam usaha untuk mendaftarkan gabungan berkenaan secara rasmi dengan jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Setiausaha Agung MN I Annuar Musa meminta semua pihak tidak mudah membuat andaian berhubung keputusan yang dibuat Umno dan PAS dalam mendaftarkan gabungan itu secara rasmi.

“Tidak benar. Jangan mudah membuat andaian,” katanya dalam Twitter, merujuk kepada artikel sebuah portal berita yang mendakwa Bersatu diketepikan dalam cadangan pendaftaran MN itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Annuar dan Setiausaha Agung MN II Takiyuddin Hassan memaklumkan kepemimpinan Umno dan PAS bersetuju mendaftarkan gabungan itu secara rasmi dengan RoS.

Menurut kenyataan itu, kepemimpinan MN sudah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut apa-apa tentang Bersatu yang menyertai MN Ogos lalu.

Ogos lalu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin memaklumkan Majlis Tertinggi Bersatu membuat keputusan bersetuju untuk menyertai MN.

Cadangan untuk menjadikan MN sebagai gabungan rasmi yang didaftarkan dengan RoS sebelum ini diputuskan oleh biro politik Umno, dalam usaha mempersiapkan parti itu mendepani PRU akan datang.

Difahamkan, rancangan menjadikan MN sebagai organisasi rasmi politik membolehkan tiga parti yang menerajui kerajaan ketika ini, Umno, Bersatu dan PAS mewakili gabungan parti masing-masing dalam membuat keputusan penting termasuk soal agihan kerusi dan jawatan dalam kerajaan.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,579
Reaction score
11,797
Points
1,906
kenapa lak Annuar Musa yg jadi jurucakap Bersatu?
Bersatu takde orang ke utk bercakap bagi diri diorang

nampak cam UMNO dan PAS je yg serius, mana Bersatu
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,579
Reaction score
11,797
Points
1,906

Umno-PAS Setuju Daftar MN, Bersatu Kena Tinggal?

Perkara itu diumumkan oleh setiausaha I dan II MN - Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan - dalam kenyataan media bersama sebentar tadi.
Bagaimanapun, setakat ini, tidak jelas berkaitan status Bersatu dalam gabungan itu dan sama ada penyertaannya telah dimuktamadkan.
Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/547302
 
Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,243
Reaction score
2,404
Points
201
kenapa lak Annuar Musa yg jadi jurucakap Bersatu?
Bersatu takde orang ke utk bercakap bagi diri diorang

nampak cam UMNO dan PAS je yg serius, mana Bersatu
Bersatu nak berkuasa je....dgn cara hijack sebab mereka tak mampu lawan PAS dan UMNO..jadi langkah paling baik diam dan approach ahli pas dan umno one by one....
 
puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,513
Reaction score
2,168
Points
201
Kira Perikatan Nasional berkubur ke lepas ning?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register