BTC USD 34,643.1 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO timbang tarik diri sokong PN

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,370
Reaction score
13,565
Points
1,906
#BHnasional Presiden parti tidak memanggil apa-apa mesyuarat petang esok
https://bit.ly/3gDAzCU

Tiada mesyuarat UMNO esok


Jun 19, 2021 @ 9:20pm

1624109445299.png


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mengadakan apa-apa mesyuarat esok. - Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: UMNO tidak mengadakan apa-apa mesyuarat esok, kata Setiausaha Kerjanya, Datuk Sumali Reduan.

"Tak ada. Tiada sebarang mesyuarat esok ... Biro Politik atau mesyuarat apa sekali pun," katanya ringkas kepada BH dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ditanya mengenai satu laporan yang memetik sumber parti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memanggil Biro Politik untuk bermesyuarat esok.

Dikatakan, mesyuarat itu bagi membincangkan hala tuju parti diadakan di ibu pejabat UMNO, Menara Dato' Onn, jam 3 petang esok.

 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,142
Reaction score
723
Points
121
Buat zoom. X de sapa nk halang
 

azmn396

Fun Poster
Joined
Jul 28, 2009
Messages
755
Reaction score
36
Points
20
Kalau ada talam dua muka dalam parti,zoom pun leh kantoi...
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,909
Reaction score
1,896
Points
201
Dh ka blum , lama betoi tunggu hehehe
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,370
Reaction score
13,565
Points
1,906

Biro Politik Umno mesyuarat malam ini, bincang langkah seterusnya​


June 20, 2021 3:14 PM

LOGO-UMNO-PERGERAKAN-PEMUDA-UMNO-PAU-FMT-051219.jpg


Mesyuarat Biro Politik Umno dijadual 8 malam ini akan diadakan di Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dihadiri beberapa pemimpin tertinggi parti dengan tahap pematuhan SOP ketat.

PETALING JAYA: Biro politik Umno dijangka mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dipercayai bagi membincangkan langkah susulan selepas titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu berpandangan Parlimen perlu bersidang secepat mungkin.

Sumber memberitahu FMT, mesyuarat dijadual pada 8 malam itu akan diadakan di Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dihadiri beberapa pemimpin tertinggi parti dengan tahap pematuhan SOP ketat.

“Mesyuarat Biro Politik jam 8 malam ni. Biarkan mereka buat keputusan langkah seterusnya,” katanya.
Semalam, Pemuda Umno mendesak kepimpinan tertinggi parti itu membuat keputusan tegas jika kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin gagal mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh terdekat.



Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, kegagalan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong boleh dianggap sebagai satu bentuk penderhakaan.

Rabu lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, pandangan baginda berhubung persidangan Parlimen tidak memperincikan bila ia perlu dilaksanakan.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register