BTC USD 38,265.1 Gold USD 1,774.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO timbang tarik diri sokong PN

biomedik2

Super Active Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
5,398
Reaction score
1,607
Points
151
ada bukti ke penjawat awam dah muak dengan pee esh? hahaa.. ka sendiri dok rasa2 je..

btw langkah sheraton lancar takde sangkut dengan penjawat awam pun.. penjawat awam hanya staff goverment of the day.. pernah ke mana2 pru yg bertukar kerajaan.. penjawat awam protest taknak kerjasama dengan ahli politik yg baru naik? takde kan..

urusan kerajaan aman harmoni ke? dok kena kecam hari2 dalam fb.. aman harmoni? ahahhaa
ETxkbegUMAAtlT0.jpg



Siapa yang hapuskan elaun kritikal doktor tahun 2019?
 
  • Like
Reactions: WnB
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,732
Reaction score
1,613
Points
201
Lepas nie langkah apa plk nk buat
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,732
Reaction score
1,613
Points
201
Langkah pru plk kot.
Pru pastu ada lompat katak lg... Jenuh la oooo patut yg muka lama tu haramkan trus jd org politik balik pi balik mai pusing pi pusing mai org tu ja, smp naik semak games xhbs2....bila la politik kt nak stabil mcm nie
 

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,337
Reaction score
220
Points
83
Bersatu akan tewas jika Umno tanding semua kerusi - Dr M

edec9d908d182cc700aa665fa8a41a25.jpg


Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Bersatu akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya Umno bertanding di semua kerusi tradisinya.
"Bila Mohamad (Hassan) kata Umno akan bertanding semua kerusi, saya kira kemungkinan besar Bersatu akan tewas bila Umno tidak bersama mereka," katanya dalam wawancara bersama portal berita Malaysiapost, malam ini.
Pada Mac lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memberi bayangan akan mempertahankan semua kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada PRU lalu sekiranya Umno tidak mahu bertoleransi melepaskan kerusi berkenaan pada PRU15.
Terdahulu sebelum itu Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dilaporkan berkata bahawa semua kerusi Umno adalah milik parti itu dan tidak akan sesekali melepaskannya.

Mahathir berkata dia juga pernah menasihati pemimpin Bersatu kembali kepada asas perjuangannya kerana sedar parti itu akan tewas dalam PRU akan datang apabila Umno tidak lagi bersama mereka.
Namun katanya mereka enggan kerana sayangkan jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri serta wang yang dinikmati hasil memegang jawatan dalam kerajaan.
"Saya kata dalam PRU akan datang kamu akan kalah, kerana Umno tak sokong kamu. Jadi lebih baik balik kepada asal.
"Tapi mereka jawab mereka menteri dan menteri gaji RM70,000 sebulan. Jadi kalau kita boleh bayar RM70,000 sebulan mereka kembalilah," kata Mahathir.

343897cc0d42b9cf7a11e81e81591cb9.jpg




Mahathir bertindak meninggalkan Bersatu selepas presidennya, Muhyiddin Yassin itu membuat keputusan untuk keluar Pakatan Harapan (PH).
Keputusan Bersatu meninggalkan PH mengakibatkan kerajaan PH pimpinan Mahathir tumbang.
Pada Mac tahun lalu, Bersatu bersama BN, PAS, GPS dan parti dari Sabah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun, hubungan antara Umno dan Bersatu retak apabila kedua-dua parti tidak lagi sehaluan selepas membentuk kerajaan.
Selepas keluar Bersatu, Mahathir menubuhkan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang). Parti itu bergerak sendirian dan masih belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Bulan lalu, Presiden Penaja Pejuang, Mukhriz Mahathir berkata parti itu belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bersendirian atau menyertai mana-mana gabungan pada PRU15.

Umno pecah 4 kumpulan

Dalam pada itu, Mahathir berkata Umno tidak akan mampu bergerak sendirian dalam menghadapi PRU akan datang kerana parti itu dilihat sudah berpecah kepada empat kumpulan.
“Umno sudah pecah dengan sebilangan yang tidak kecil sudah keluar menjadi ahli Bersatu, iaitu pecahan lagi adalah orang yang tolak bekas perdana menteri, Najib Razak tetapi sokong Presiden Umno ketika ini Ahmad Zahid Hamidi Zahid.
“Satu lagi pecahan yang sokong Najib dan pecahan mungkin menyokong pemimpin lain seperti Timbalan Presiden, Mohammad Hasan atau Hishammuddin Hussein,” katanya.
Oleh itu katanya, Umno tidak akan dapat menang besar dalam PRU-15 nanti jika bersendirian.

 

Jackhalid

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 24, 2008
Messages
6,585
Reaction score
1,144
Points
151
semua parti bermasalah. abis tu nak undi siapa PRU15 ni? boikot PRU boleh ke?
 

Aliff.Iskandar

Fun Poster
Joined
Sep 7, 2020
Messages
222
Reaction score
46
Points
30
semua parti bermasalah. abis tu nak undi siapa PRU15 ni? boikot PRU boleh ke?
Boleh undi PH. Beri peluang sekali lagi kepada PH. PH sekarang dalam era pembersihan skala besar. Yang mana gila pangkat dah masuk parti sebelah. Jangan risau. PH back for good.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register