UMNO timbang tarik diri sokong PN

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,136
Reaction score
10,708
Points
1,896
1603003100874.png


PM tak perlu rombak Kabinet, kata Redzuan
Diterbitkan Hari ini 11:24 am


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Mohd Redzuan Md Yusof berpandangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak perlu merombak Kabinet untuk memuaskan hati pihak tertentu.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak perlu berbuat, katanya lagi dengan menegaskan semua pihak dalam PN perlu memelihara kerjasama dalam gabungan itu.

"Kenapa kita harus merombak Kabinet? Kita baru berapa bulan sahaja jadi kerajaan? Kepada sesiapa yang mendesak supaya rombakan Kabinet dibuat, itu hanyalah pendapat peribadi," katanya seperti dipetik Berita Harian.
Katanya lagi, sebarang masalah dalam kerajaan ketika ini perlu diselesaikan secara rundingan .

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis ramah mesra bersama 100 pengamal media di Ayer Keroh, malam tadi.

Kenyataan itu susulan dakwaan berkenaan desakan Umno terhadap perkara itu, sebagai antara syarat baru agar parti itu mengekalkan kerjasama dalam PN.

Pada 16 Okt lalu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Tajuddin Abdul Rahman, berkata jawatan timbalan perdana menteri dan portfolio penting dalam kabinet perlu diberikan kepada Umno, memandangkan parti itu memiliki kerusi Parlimen paling banyak dalam PN.

Dalam pada itu Reduzan yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata rombakan tidak perlu dibuat di tengah-tengah negara berdepan wabak Covid-19, dan anggota Kabinet sedia ada juga mampu melaksanakan tugas dengan baik.

"Jika ada pihak mendakwa dia menyokong si polan dan pihak lain pula menyokong si polan lain, kita harus bermuhasabah kerana kita berjuang untuk rakyat.

"Kita patuh kepada undang-undang dan Perlembagaan. Rakyat amat memahami masa depan negara amat bergantung kepada kestabilan politik," katanya lagi.


 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,668
Reaction score
612
Points
81
Skrg ni rakyat tgh susah mengadap wabak Covid-19, boleh plak politaik ni dok pk psl nk berkuasa...mmg nk kena pijak sungguh
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,918
Reaction score
1,490
Points
151
PAS, BERSATU junjung nasihat Agong
hadi-niza17ok_1602929151.jpg
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) dan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: PAS dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) menjunjung nasihat Yang di-Pertuan Agong yang meminta semua Ahli Parlimen tidak mengheret negara ke kancah politik tidak menentu dalam suasana wabak COVID-19 menyulitkan hidup rakyat ketika ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata krisis politik dan polemik yang merugikan umat itu perlu dihentikan.

"Turun ke padang dunia, buktikan bahawa Islam boleh menjadi petunjuk dan penyelamat kepada semua manusia," katanya dalam ciapan di Twitternya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah, menasihati semua rakyat khususnya ahli politik untuk bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu ketika semua masih berhadapan pelbagai masalah dan masa depan sukar akibat COVID-19.

Baginda bertitah, ahli politik negara ini perlu menyelesaikan permasalahan di antara mereka, menerusi perundingan dan proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Naib Presiden BERSATU, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata semua ahli politik wajar taat dan patuh kepada nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk bersama bermuhasabah.

Mohd Rafiq berkata, kenyataan yang dikeluarkan mengenai rasa ketidakpuasan hati sesama rakan kerjasama politik, gerakan usul undi tidak percaya oleh mana-mana pimpinan politik atau sebarang usaha mengugut serta menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya akan mewujudkan ketidakstabilan politik, kerajaan dan ekonomi negara.

"Kepercayaan rakyat kepada pemimpin politik dan parti-parti politik berada pada tahap terendah ketika ini.

"Rakyat sedang memerhati dan menilai tindak tanduk kita dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU -15) menjadi medan untuk rakyat menolak mana-mana pemimpin atau parti politik yang tidak meletakkan kepentingan nyawa dan kesihatan rakyat melebihi kepentingan politik masing-masing.

"Rakyat menuntut segala kemelut politik negara ditamatkan segera. Rakyat semakin meluat dengan kemelut politik berpanjangan dan tidak berkesudahan ini. Semua pihak tidak mengira sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang haruslah mengetepikan segala perbezaan dan mencari titik persamaan untuk duduk semeja bagi menghadapi saat-saat yang begitu sukar bagi negara kita," katanya.
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,918
Reaction score
1,490
Points
151
Skrg ni rakyat tgh susah mengadap wabak Covid-19, boleh plak politaik ni dok pk psl nk berkuasa...mmg nk kena pijak sungguh
Sy tgk abah cool, tn guru pun kool, dap pun kool jg..masing2 buat kije covid

Yg kemaruk mcm dsai & umno tuan
mereka yg nak sgt jd pm tu
 

midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,504
Reaction score
7
Points
25
View attachment 298785

Tajuddin: Kenapa pertikai Zahid cuba selamatkan diri?
Diterbitkan Hari ini 1:41 pm

Dikemaskini Hari ini 2:20 pm


Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata adalah wajar untuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi "menyelamatkan diri" daripada pertuduhan mahkamah yang dihadapinya kini.
"Siapa yang tak mahu berusaha menyelamatkan diri masing-masing? Tidak hairan. Kalau Zahid hendak menyelamatkan diri dia, itu wajib dan tanggungjawab dia.

"Menjaga keselamatan diri, menjaga keselamatan keluarga. Kenapa dipertikaikan? Sama ada dia menggunakan partikah, ini kah, itu lain. Boleh diperlakukan, tetapi jika dia berusaha apa cara sekali, pun itu wajar.
"Tak kan kalau kamu dah sakit sampai nak mati tak pergi berubat? Kena berikhtiarlah cari ubatnya," katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia, hari ini.

Tajuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan terhadap Zahid yang terpalit kes mahkamah.
Zahid, yang juga bekas timbalan perdana menteri berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

View attachment 298786

Pada 2 Mac lalu, Zahid yang juga ahli parlimen Bagan menafikan kesnya digugurkan oleh mahkamah ekoran kerjasama Umno dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi BN menegaskan dia akan membersihkan namanya di mahkamah tanpa pengguguran kes.

“Insya-Allah, saya akan membersihkan nama saya di mahkamah tanpa pengguguran kes. Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya,” kata Zahid.

Sementara itu, ditanya mengenai sokongan yang diperoleh presiden PKR untuk membentuk kerajaan baru menggantikan PN, Tajuddin berkata dia tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.
"Dia (Zahid) tak beritahu saya pun, mana saya tahu. Jawapannya jelas yang tahu saja tahu," kata Tajuddin.


geng mahkamah nak kes ditarik balik, tarik balik jelah.. apa masalahnya?

win-win situation..

geng mahkamah terlepas hukuman.. muhyidin kekal pm...
 

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,825
Reaction score
441
Points
91
geng mahkamah nak kes ditarik balik, tarik balik jelah.. apa masalahnya?

win-win situation..

geng mahkamah terlepas hukuman.. muhyidin kekal pm...
Takde asas kukuh pun utk tarik balik kes geng2 mahkamah. Biarkah diorang berjuang dlm mahkamah utk buktikan tidak bersalah. Kalau tarik balik kes mcm tu je nothing better compared to geng2 PH. Lagipun diorang golongan yg byk duit takde masalah nak hire lawyer yg bagus. Lebih baik UMNO naikkan pemimpin2 baru yg bagus drpd nak selamatkan 2-3 kerat pemimpin lama yg bermasalah dan tak reti2 nak bersara.
 

midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,504
Reaction score
7
Points
25
Takde asas kukuh pun utk tarik balik kes geng2 mahkamah. Biarkah diorang berjuang dlm mahkamah utk buktikan tidak bersalah. Kalau tarik balik kes mcm tu je nothing better compared to geng2 PH. Lagipun diorang golongan yg byk duit takde masalah nak hire lawyer yg bagus. Lebih baik UMNO naikkan pemimpin2 baru yg bagus drpd nak selamatkan 2-3 kerat pemimpin lama yg bermasalah dan tak reti2 nak bersara.
Kalau majoriti muhyidin ni besar, memang takde masalah untuk tak mempedulikan tuntutan geng mahkamah untuk tarik balik kes atau dilepasbebaskan macam musa aman..
Alasan dilepasbebaskan tu boleh dicari, cakap je kes tak cukup bukti, saksi banyak lari.. Lepas tu, kerajaan bagitahu la pada rakyat bahawa kerajaan tak campur tangan dalam keputusan mahkamah melepasbebaskan geng mahkamah.. Macam kes musa aman..

Majoriti muhyidin ni sangat tipis, cuma 113 je..
Geng mahkamah dari UMNO ada 6 orang..
Kalau ada sekurang-kurangnya 2 orang je yg tarik sokongan terhadap muhyidin, terlepaslah jawatan pm dari muhyidin..
Sokongan dari setiap seorang geng mahkamah tu sangat-sangatlah penting untuk muhyidin..

Jadi, apa lagi pilihan yg muhyidin ada untuk mengekalkan jawatan pm yg disandangnya sekarang selain menunaikan permintaan geng mahkamah dan mp UMNO yg lain?
 

The Maut

Active+ Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
4,423
Reaction score
99
Points
40
Zahid-Najib-1-e1603008506142.jpg

Tarik balik pertuduhan hakis kepercayaan rakyat

Jika Peguam Negara (AG) memutuskan untuk menarik balik pertuduhan jenayah serius terhadap enam ahli Parlimen Umno, rakyat bakal mengecam keras kerajaan.

Peguam Mohamed Rafique Rashid Ali berkata, sebahagian kes itu kini berada dalam proses perbicaraan.
Menurutnya, masyarakat juga mengikuti kes berkenaan dan tahu tentang beberapa keterangan penting daripada saksi pendakwaan.

“Ia akan melahirkan defisit kepercayaan terhadap pemerintah sekiranya pertuduhan ditarik balik sebagai tukaran bagi sokongan politik,” dipetik FMT hari ini.

Reaksi beliau susulan kenyataan pengasas PKR, Syed Husin Ali yang percaya Anwar Ibrahim akan mematuhi keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk menolak kerjasama dengan ahli Parlimen Umno terbabit untuk membentuk kerajaan baru.

Dikatakan Anwar sebelum ini membuat perjanjian dengan Najib yang juga ahli Parlimen Pekan bagi mendapatkan sokongan di Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri.
Walhal, suami Rosmah Mansor itu berdepan tiga perbicaraan berkaitan pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram.

Dakwaan itu dihangatkan lagi dengan laporan bahawa Najib dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang juga berdepan tuduhan rasuah, menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.

Walau bagaimanapun, Anwar pada 13 Oktober lalu menegaskan tiada perjanjian dibuat dengan mana-mana ahli Parlimen yang berdepan tuduhan jenayah sebagai tukaran bagi sokongan mereka.

Selain Najib dan Zahid, pemimpin Umno lain yang berdepan tuduhan jenayah adalah Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan; Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya); Abdul Azzez Rahim (Baling) dan Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan).

 

The Maut

Active+ Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
4,423
Reaction score
99
Points
40
UMNO penentu jatuh bangun kerajaan PN: Khaled

855995.jpg

Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU - UMNO mempunyai banyak pilihan ketika ini untuk menentukan jatuh bangun kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO boleh mengukuhkan dan menumbangkan PN malah boleh mempercepatkan pilihan raya umum.

"Tetapi itu merupakan pilihan terakhir kerana kedudukan pandemik yang melanda negara. UMNO tidak akan memperjudikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan umum demi suatu pilihan raya.

"Keutamaan parti ialah membentuk kerajaan yang benar-benar boleh mengurus negara yang berada dalam krisis. Untuk itu, UMNO mahu ia dihormati sebagai rakan sebenar dalam kerjasama politik ini dan bukannya sekadar penyeri PN," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, semua pilihan berada pada tangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau memahami kehendak dan kemampuan UMNO.

"Keutamaan UMNO ialah kepentingan terbaik Malaysia. Jika itu juga keutamaan Perdana Menteri, beliau sewajarnya melakukan sesuatu dengan segera untuk merungkai kegelisahan yang disuarakan.

"UMNO akan sentiasa menyokong keputusan yang baik. Jadi, pamerkanlah kepimpinan yang ikhlas, yang boleh menukarkan ‘mutual respect’ menjadi ‘trust’ yang sebenar kerana kita semua tahu. 'Trust is earned, not given'," katanya.

Beliau berkata, hubungan UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) boleh digambarkan sebagai ‘no trust, only mutual respect’.

Menurutnya, UMNO tidak pernah mempercayai Bersatu kerana parti itu ditubuhkan dengan hasrat untuk memusnah dan menggantikan UMNO.

Bagaimanapun katanya, apabila negara berada dalam keadaan yang gawat pada Februari lalu, UMNO bertindak menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Hasrat UMNO katanya, adalah untuk memberikan lonjakan baharu kepada kedinamikan Malaysia terutama dengan membawa pengalaman yang ada pada UMNO bagi mentadbir semula negara setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal.

"Setelah tujuh bulan, kegelisahan UMNO dengan Bersatu semakin menyerlah. Umum mengetahui kenapa UMNO bukan sahaja tidak mempercayai Bersatu malah, ‘mutual respect’ yang tersisa juga semakin menipis," katanya.

UMNO katanya, telah beberapa kali menghantar isyarat yang terang lagi bersuluh kepada Perdana Menteri.

"UMNO tidak perlu menjelaskan segala kegusarannya dengan panjang lebar melainkan Perdana Menteri dan Bersatu sengaja untuk tidak memahaminya atau masih tetap mahu mengulang naratif yang sama," katanya.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register