BTC USD 55,346.1 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO timbang tarik diri sokong PN

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,087
Reaction score
600
Points
171
Mana ada setiakawan UMNO. Awal2 lg dah bagitau akan rampas Terengganu drpd PAS.

View attachment 349454

PAS mahu Umno buktikan setia kawan
Diterbitkan 5 Mar 2021, 6:09 pm



PAS hari ini mencabar Umno untuk membuktikan semangat setia kawannya sebagai rakan seperjuangan yang setia dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini selepas gabungan parti itu menyatakan tekad untuk membina penyatuan ummah.

"Buktikan setia kawan dengan menjadi kawan yang setia. Kita telah tekad untuk membina penyatuan ummah, mari kita buktikan.


"Pemimpinlah yang menggerakkan rakyat agar bersatu, bukan rakyat menyuruh pemimpin bersatu. Apakah ini sebahagian daripada norma baru? soalnya dalam satu hantaran di Facebook, petang ini.


Tuan Ibrahim berkata demikian dipercayai merujuk surat Presiden Umno, Ahmad Zahid Hmaidi bertarikh 26 Feb yang menyatakan kebersamaan Umno dengan kerajaan PN hanya akan diteruskan sehingga pembubaran parlimen.

Umno mengesahkan telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan PN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Susulan itu Bersatu mengadakan mesyuarat majlis pimpinan tertingginya (MPT) di Putrajaya semalam, antara lain bagi membincangkan mengenai hubungan parti itu dengan Umno.
Bagaimanapun, selepas kira-kira dua jam bermesyuarat MPT Bersatu tidak memutuskan secara jelas mengenai hubungan parti itu dengan Umno.

View attachment 349455

Namun, setiausaha agungnya Hamzah Zainudin dalam kenyataan berkata Bersatu memandang serius kandungan surat yang dihantar Ahmad Zahid yang mempunyai implikasi besar terhadap kerjasama di antara Bersatu dan Umno pada masa hadapan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata oleh kerana Umno telah menyatakan kebersamaan Umno dengan kerajaan PN hanya akan diteruskan sehingga pembubaran parlimen adalah wajar untuk parti itu membuat kenyataan yang selari dengan kerajaan PN.

"Kalau kenyataan rasmi menyatakan sokongan kepada kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan, maka semua kenyataan lain mestilah selaras dengan pendirian kerajaan.

"Amat wajar semua parti komponen yang membentuk kerajaan PN memberi fokus bagi membantu rakyat dalam situasi yang penuh mencabar ini," katanya.
Umno juga memeterai kerjasama dengan PAS menerusi gabungan Muafakat Nasional yang turut membabit parti-parti komponen BN.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
1614941464767.png


Tinjauan: Penyokong Umno, PAS beza pendapat pasal Muhyiddin
Diterbitkan 5 Mar 2021, 5:16 pm

Dikemaskini 5:25 pm



Penyokong Umno dan PAS berbeza pendapat mengenai apa yang perlu dilakukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, menurut tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE).
Sebilangan besar penyokong Umno (72 peratus) menyokong Muhyiddin untuk mengadakan pilihan raya, manakala kebanyakan penyokong PAS (74 peratus) mahu dia mentadbir sehigga habis penggal parlimen.

Subset responden ini antara 8,352 individu yang ditinjau oleh IDE antara 19 Februari dan 28 Februari lalu.
IDE berkata "persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan berperingkat (multi-stage sampling)."

"Profil responden adalah merangkumi jantina, umur, kaum, sokongan kepada parti dan trend keputusan PRU14," katanya.
Hasil tinjauan itu didapati daripada laporan Siaran Media SIRI KE-3 Mood Rakyat.

Penyokong Umno dan PAS juga tidak mencapai kesepakatan sekiranya Muhyiddin berjaya dalam menangani wabak Covid-19.

6540a2edd9d2496d2231bdeb29bcff76.jpg



Walaupun 69 peratus penyokong Umno berpendirian kepimpinan Muhyiddin gagal dalam mengawal penularan Covid-19 secara berkesan, 86 peratus penyoking PAS berpendapat sebaliknya.

Menurut IDE, data ini menunjukkan perbezaan ketara sikap penyokong Umno dan PAS.

"Jelas berdasarkan data responden penyokong Umno, mereka mempunyai persepsi yang rendah dan negatif terhadap Kerajaan Perikatan Nasional khususnya suara akar umbi.
"Justeru senario ini mengesahkan penolakan Umno terhadap Perikatan Nasional dan pelbagai konflik yang timbul antara keduanya.

"Sikap penyokong PAS dilihat berbeza; lebih bersikap positif dan pragmatik terhadap kepimpinan TSMY dan Kerajaan Perikatan Nasional," kata tinjauan itu.
Perbezaan sikap antara penyokong Umno dan PAS ini kata IDE lagi yang dilatari oleh pelbagai latar belakang terkait dengan strategi politik, reaksi akar umbi, survival kerusi Parlimen dan DUN, masa depan parti politik dan dinamiknya sokongan pengundi atas pagar.

"Senario ini juga menjadi tanda tanya terhadap kedudukan PAS samada untuk memilih antara dua gabungan iaitu bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional, atau bersama Umno dalam Muafakat Nasional pada PRU 15 akan datang," kata IDE.

Tinjauan yang sama juga mencadangkan bahawa cuma satu antara lima responden yang menyokong Muhyiddin melengkapkan penggal jawatan perdana menteri.
IDE, badan pemikir dan penyelidikan yang ditubuhkan pada 2015 serta didanai kerajaan Selangor.




Institut Darul Ehsan-IDE

3j ·

SIARAN MEDIA 03
#MOOD RAKYAT #MOOD OF THE NATION

MOOD RAKYAT 03:
SIKAP UMNO & PAS TERHADAP KEPIMPINAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN & KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL

Minggu ini politik Malaysia digawatkan berkaitan hubungan politik antara UMNO dan Perikatan Nasional (PN). Pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) sejak 1 Mac 2020 terbentuk dengan gabungan politik, antara parti utama ialah Parti BERSATU, UMNO, PAS, MIC, MCA, GPS dan GRS serta beberapa parti-parti lain. Namun begitu, perkembangan mutakhir memperlihatkan UMNO dengan jelas membuat pendirian untuk tidak bersama dengan PN pada PRU15 yang akan datang. Pastinya ia disebabkan oleh kesukaran untuk memuktamadkan resolusi rundingan kerusi antara parti-parti politik. Akar umbi UMNO pada dasarnya sukar untuk menerima kerjasama dengan BERSATU atas dasar sebahagian besar ahli-ahli BERSATU adalah dulunya ahli-ahli UMNO yang dianggap khianat kepada perjuangan UMNO.

Keputusan UMNO untuk tidak bersama dalam koalisi PN dalam PRU15 juga, mengundang teka-teki terhadap kedudukan kerjasama antara PAS dan UMNO dalam MUAFAKAT NASIONAL. Adakah keputusan UMNO ini menjejaskan Muafakat Nasional? Apa pilihan kepada PAS jika terpaksa memilih antara dua rakan kerjasama dalam menghadapi PRU15?

Survei IDE, MOOD RAKYAT # MOOD OF THE NATION, yang dijalankan pada 19 – 28 Februari 2021 telah mendapati bahawa sikap penyokong UMNO dan PAS adalah berbeza antara satu sama lain. Keputusan survei ini adalah selari dengan keputusan politik yang telah dibuat oleh UMNO.

72% penyokong UMNO memilih untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU 15 dengan segera. Sementara itu 69% penyokong juga berpendirian bahawa kepimpinan TSMY gagal dalam mengawal penularan COVID 19 secara berkesan. Bahkan bagi penyokong UMNO, purata penilaian (average rating) terhadap prestasi Menteri Kabinet TSMY adalah pada tahap 3.0 bagi skala antara 1 (paling rendah) hingga 10 (paling tinggi). Jelas berdasarkan data responden penyokong UMNO, mereka mempunyai persepsi yang rendah dan negatif terhadap Kerajaan Perikatan Nasional khususnya suara akar umbi. Justeru senario ini mengesahkan penolakan UMNO terhadap Perikatan Nasional dan pelbagai konflik yang timbul antara keduanya.

Sikap penyokong PAS dilihat berbeza; lebih bersikap positif dan pragmatik terhadap kepimpinan TSMY dan Kerajaan Perikatan Nasional. 74% responden penyokong PAS mengambil sikap menyokong untuk TSMY kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga tempoh Parlimen tamat. Penyokong PAS juga memberikan skala pencapaian 8.0 bagi skala antara 1 (paling rendah) hingga 10 (paling tinggi), terhadap Menteri Kabinet kepimpinan TSMY.

Malah penyokong PAS menyatakan kepimpinan kerajaan TSMY berjaya mengawal penularan COVID 19 dengan berkesan. Berdasarkan kepada data-data ini jelas memperlihatkan perbezaan sikap antara penyokong UMNO dan PAS yang dilatari oleh pelbagai latar belakang terkait dengan strategi politik, reaksi akar umbi, survival kerusi Parlimen dan DUN, masa depan parti politik dan dinamiknya sokongan pengundi atas pagar.

Senario ini juga menjadi tanda tanya terhadap kedudukan PAS samada untuk memilih antara dua gabungan iaitu bersama BERSATU dalam Perikatan Nasional, atau bersama UMNO dalam Muafakat Nasional pada PRU 15 akan datang.

Survei Mood Rakyat Malaysia Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) secara dalam talian pada 19 hingga 28 Februari 2021 yang melibatkan 8,352 orang responden seluruh negara, Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan berperingkat (multi-stage sampling). Profil responden adalah merangkumi jantina, umur, kaum, sokongan kepada parti dan trend keputusan PRU14.

Survei ini juga turut mendapatkan pendirian responden terhadap isu berkaitan prestasi Kerajaan dan Perdana Menteri, usaha Kerajaan menangani COVID 19 dan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pakatan Harapan.

Siaran Media ini adalah Siaran Media SIRI KE-3 MOOD RAKYAT #MOOD OF THE NATION. Sila layari
web: www.ideselangor.com / Facebook, Youtube & Twitter IDE bagi mendapat maklumat Siaran Media terdahulu.

Dikeluarkan oleh:
UNIT PENYELIDIKAN IDE
https://ideselangor.com/.../mood-rakyat-03-sikap-umno.../

1614941592541.png

1614941606040.png

1614941615104.png

1614941623879.png



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
PRU-15 pada Ogos, Ismail Sabri dilantik TPM? Mungkin kata sumber PPBM




March 5, 2021 5:15 PM


ISMAIL-SABRI-YAAKOB-BN-UMNO-BERA-PAHANG-KETUA-PEMBANGKANG-FMT-131119-8.jpg

Selain Ismail, beberapa pemimpin Umno lain, seperti Shahidan Kassim dan Annuar Musa dilihat mesra PN dan PPBM.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM telah mengusulkan kepada Muhyiddin Yassin untuk mengadakan pilihan raya umum sekitar Ogos dan melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri, jika Umno nekad keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Sumber yang rapat dengan kepimpinan tertinggi PPBM menjangka sidang Parlimen diadakan Ogos dan “pada masa itu, akan jelas sama ada Umno bersama kita atau akan menarik sokongan terus daripada Muhyiddin.”

Bagaimanapun, menurut sumber itu, PRU-15 berkemungkinan diadakan terus tanpa sidang Parlimen, jika kemelut PPBM dan Umno terus meruncing.
“Semua ini belum boleh disahkan kerana kami masih berharap semua tiga parti Melayu (PAS, PPBM dan Umno) boleh bekerjasama,” kata sumber itu.



Sumber itu berkata usul melantik Ismail sebagai TPM bertujuan untuk menarik sokongan ahli Umno kepada PN.

Selain Ismail, beberapa pemimpin Umno lain, seperti Shahidan Kassim dan Annuar Musa dilihat mesra PN dan PPBM.

Sumber itu berkata PN yang ditunjangi oleh PPBM dan PAS dijangka mengundang Umno untuk rundingan pengagihan kerusi ke arah menghadapi PRU-15.

“Kita menantikan mereka untuk (memulakan rundingan). Ketika ini rundingan mengenai kerusi hanya boleh di adakan antara PPBM, PAS, dan Gerakan,” kata sumber itu.

Hubungan PPBM dan Umno semakin keruh selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno secara rasmi memaklumkan PPBM tiada kerjasama pada PRU-15, serta kebersamaan dalam kerajaan PN hanya sehingga Parlimen dibubarkan.

Dalam kenyataan balas, Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin, berkata partinya akan memberi tumpuan kepada memperkukuhkan kerjasama dengan rakan komponen PN.

 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,411
Reaction score
1,342
Points
201
Maknanya zahid guna kuasa veto dia, bkn sekali dh bnyk kali, dlm bn pun nak teruskan kerjasama.....tp xpelik la benda mcm nie jd....kebanyakan org dh tau sapa belakang zahid nie....
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,087
Reaction score
600
Points
171
Maknanya zahid guna kuasa veto dia, bkn sekali dh bnyk kali, dlm bn pun nak teruskan kerjasama.....tp xpelik la benda mcm nie jd....kebanyakan org dh tau sapa belakang zahid nie....

Di ‘belakang’ zahid??? Jaga2 zahid nanti menyesal di kemudian hari 😂
 

fuhrer_69

Active Member
Joined
Sep 18, 2013
Messages
2,063
Reaction score
232
Points
43
macam cek mek kata la...parti melayu yg ada ni pun bukannya nak bela rakyat sgt pun...lebih pada nak kuasa sendiri je
aah, tapi nak harapkan sape lagi, nak harapkan ph? serik..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,446
Reaction score
12,500
Points
2,376
HUBUNGAN BERSATU-UMNO | PM Harap Kekalkan Gabungan Bersama PN

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin komited untuk meneruskan kerjasama dengan parti dalam gabungan kerajaan ketika ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,446
Reaction score
12,500
Points
2,376
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register