BTC USD 55,360.0 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO timbang tarik diri sokong PN

Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,019
Reaction score
637
Points
121
Ada org kata laaa

kita tau semua mereka ni penipu
Tp kita pilih la yg kurang mudarat
Takut islam terancam

masalah nya penipu2 tu 2x5 jgk
Sorang tunggang agama
Sorang lg tunggang bangsa hahah

last2 yg mengundi pun kene tipu :ROFLMAO:
jd binatang ternakan la jwb nya hehe

Nak pilih parti roket, jenis tunggang perempuan pulak.
Hahah..nasiblah dapat pemimpin semua jenis kaki tunggang..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
Pada Rabu lalu, Majlis Tertinggi BN membincangkan titah Yang di-Pertuan Agong, sebelum ini berhubung status sidang Parlimen semasa tempoh darurat.




“Saya akui kita memang ada bincang mengenai titah Yang di-Petuan Agong dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi BN, kelmarin, namun BN membuat keputusan untuk tidak membuat sebarang andaian atau kenyataan berhubung perkara itu,” kata Vigneswaran.

“Dalam mesyuarat berkenaan kita juga bersetuju untuk meneruskan kerjasama dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Sebab itulah saya terkejut apabila membaca kenyataan Pengerusi BN kepada media kononnya BN membuat ketetapan untuk merayu Yang di-Pertua Agong supaya sidang parlimen diadakan secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, media memetik Zahid sebagai berkata BN merayu kepada Agong untuk menitahkan sidang Parlimen diadakan dengan kadar segera.


Vigneswaran berkata hanya Zahid boleh menjawab kenapa beliau mengeluarkan kenyataan itu walaupun ada persetujuan pada mesyuarat BN untuk tidak berbuat demikian.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
Untuk rekod, mesyuarat BN pada Rabu di PWTC dihadiri, Zahid Hamidi, Vigneswaran, timbalan presiden Umno Mohamad Hassan, dua naib presiden Ismail Sabri dan Mahdzir Khalid.

Turut hadir, Presiden MCA Wee Ka Siong, timbalannya Mah Hang Soon dan setiausaa agung Chong Sin Woon bersama timbalan presiden MIC M Saravanan dan setiausaha agung parti itu M Asojan.

Manakala, presiden PBRS Joseph Kurup tidak hadir, dan diwakili oleh anaknya Arthur Joseph Kurup yang juga timbalan presiden parti itu.

Sementara, ketika ditanya mengenai kerjasama dengan Bersatu, Vigneswaran menegaskan bahawa ketetapan Umno bukan ketetapan BN

"Ketetapan BN bukan ketetapan Umno dalam isu kerjasama politik dengan Bersatu dan PN pada masa sekarang," katanya.

Dia menambah bahawa Ahmad Zahid juga telah memberi jaminan bahawa BN tidak akan sesekali kerjasama dengan Pakatan Harapan.

"Zahid memberi jaminan atas nama tuhan bahawa tidak akan bekerjasama dengan DAP, PKR dan Amanah pada bila-bila masa sahaja," katanya.

Untuk rekod, Umno sebelum ini telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan Bersatu pada PRU15.

 

odin_kaa

Active Member
Joined
Dec 29, 2012
Messages
1,318
Reaction score
149
Points
43
Ha3. Iye ke! Berita karut.

cuba la turun jumpa orang2 luar bandar. tapi so far dekat area saya (kawasan parlimen BN) ni la kebanyakan pandangan diorang. rindu zaman bn, najib.
 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,049
Reaction score
701
Points
81
yesssss... confirm umno takda kerjasama dgn bersatu dlm pru15.. permulaan yg baik.. slow n steady...

next bagi masa katak2 dan lalang2 yg masih ada dlm parti utk lompat dulu, pelapis2 kerusi dh tunggu nak ganti kerusi2 katak ni nanti..

bersatu boleh beli sebanyak mana kerusi2 yg ada, tp gud luck la utk pru15 nanti..

dulu ada yg sembang benci katak lompat, skrg org yg sama mengangkat parti katak atas nama penyatuan melayu..

apapun permulaan yg baik bg mengharungi pru15, tahniah..
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,600
Reaction score
497
Points
131
umno boleh menang ke sorang sorang?

takde parti rasanya boleh firm menang...

kalau PN + MN. rasanya ada can la

tak tau nape diorang nak pisah

takkan umno nak join pkr... gilo apa, orang bawah pkr tu semua benci umno kot
 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,049
Reaction score
701
Points
81
umno boleh menang ke sorang sorang?

takde parti rasanya boleh firm menang...

kalau PN + MN. rasanya ada can la

tak tau nape diorang nak pisah

takkan umno nak join pkr... gilo apa, orang bawah pkr tu semua benci umno kot

kemungkinan umno kalah jika sorg2 tu mmg ada, utk menang juga ada,

tp yg peliknya penyokong bersatu beria sgt nk umno geng dgn bersatu, penyokong bersatu nk sgt umno berkuasa kembali ke, marah2 syg.. haha
 

juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
4,225
Reaction score
675
Points
81
Bersatu relek2 aje. Kena jg hati pas gak. Kena tunjukkan hala tuju yg sama dgn pas. Biarkan umno tunjuk samseng. Biar rakyat sendiri nmpk belang umno
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,596
Reaction score
12,489
Points
1,906
1614941088838.png


PAS mahu Umno buktikan setia kawan
Diterbitkan 5 Mar 2021, 6:09 pm



PAS hari ini mencabar Umno untuk membuktikan semangat setia kawannya sebagai rakan seperjuangan yang setia dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini selepas gabungan parti itu menyatakan tekad untuk membina penyatuan ummah.

"Buktikan setia kawan dengan menjadi kawan yang setia. Kita telah tekad untuk membina penyatuan ummah, mari kita buktikan.


"Pemimpinlah yang menggerakkan rakyat agar bersatu, bukan rakyat menyuruh pemimpin bersatu. Apakah ini sebahagian daripada norma baru? soalnya dalam satu hantaran di Facebook, petang ini.


Tuan Ibrahim berkata demikian dipercayai merujuk surat Presiden Umno, Ahmad Zahid Hmaidi bertarikh 26 Feb yang menyatakan kebersamaan Umno dengan kerajaan PN hanya akan diteruskan sehingga pembubaran parlimen.

Umno mengesahkan telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan PN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Susulan itu Bersatu mengadakan mesyuarat majlis pimpinan tertingginya (MPT) di Putrajaya semalam, antara lain bagi membincangkan mengenai hubungan parti itu dengan Umno.
Bagaimanapun, selepas kira-kira dua jam bermesyuarat MPT Bersatu tidak memutuskan secara jelas mengenai hubungan parti itu dengan Umno.

8b519b85c680337ac58cb9374f21408a.jpg


Namun, setiausaha agungnya Hamzah Zainudin dalam kenyataan berkata Bersatu memandang serius kandungan surat yang dihantar Ahmad Zahid yang mempunyai implikasi besar terhadap kerjasama di antara Bersatu dan Umno pada masa hadapan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata oleh kerana Umno telah menyatakan kebersamaan Umno dengan kerajaan PN hanya akan diteruskan sehingga pembubaran parlimen adalah wajar untuk parti itu membuat kenyataan yang selari dengan kerajaan PN.

"Kalau kenyataan rasmi menyatakan sokongan kepada kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan, maka semua kenyataan lain mestilah selaras dengan pendirian kerajaan.

"Amat wajar semua parti komponen yang membentuk kerajaan PN memberi fokus bagi membantu rakyat dalam situasi yang penuh mencabar ini," katanya.
Umno juga memeterai kerjasama dengan PAS menerusi gabungan Muafakat Nasional yang turut membabit parti-parti komponen BN.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register