UMNO timbang tarik diri sokong PN

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,127
Reaction score
12,102
Points
1,906
Ab Jalil Backer

1j ·

Satu kumpulan menyerang mereka yang mempertahankan keputusan No DAP dan No Anwar sebagai pro-Bersatu.

Jika demikian hukum logiknya mereka yang membuat tuduhan tersebut pastilah pro- DAP dan Anwar. Jika tidak masakan begitu bersungguh mereka menyerang orang yang menolak DAP dan Anwar.
1f602.png
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,127
Reaction score
12,102
Points
1,906
Beberapa pemimpin bahagian Umno mahu kepimpinan parti memberikan penjelasan berhubung surat itu.
#MNow #Zahid #UMNO #puteriumnomalaysia #agong #akarumbi

Ketika Zahid terus diserang, tumpuan kini terarah ke ‘surat rahsia’ kepada Agong

Pemimpin bahagian mempersoalkan lembaga disiplin Umno kerana tidak mengambil tindakan.


Jan 24, 2021 9:00 AM


FW1130137_PK08_03012021_UMNO-lpr-1068x673.jpg

Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian dan Sayap Umno Bahagian Bagan Datuk 2020 di Kompleks Umno Bagan Datuk pada 3 Januari lalu. Gambar: Bernama







Akar umbi Umno kini mendesak parti itu menyiasat surat yang dihantar Ahmad Zahid Hamidi kepada Istana Negara tahun lepas bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.
MalaysiaNow yang pertama mendedahkan isi kandungan surat itu bebeberapa hari selepas dihantar ke Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Oktober tahun lepas kini difahamkan, lembaga disiplin parti itu didesak agar mengambil tindakan terhadap presiden Umno.
Zahid dan bekas presiden Umno, Najib Razak menulis surat itu secara bersama bagi menyokong Anwar menjadi perdana menteri, sebelum presiden PKR itu mengadap Agong.

Surat itu dihantar tanpa pengetahuan pemimpin utama parti, menyebabkan menteri-menteri daripada Umno terkejut presiden mereka menyokong ketua pembangkang walaupun parti Melayu itu merupakan sebahagian daripada blok kerajaan.
Ketika Zahid kini berdepan dengan peningkatan desakan untuk menyingkirkannya, beberapa pemimpin bahagian Umno mahu kepimpinan parti memberikan penjelasan berhubung surat itu.
Antaranya ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Setiawangsa Irwan Rizal Ali Napiah yang mengatakan lembaga disiplin parti gagal dalam melaksanakan tugasnya.

WhatsApp-Image-2021-01-23-at-10.59.14-PM-229x300.jpeg
Irwan Rizal Ali Napiah

“Saya akan menulis surat kepada setiausaha agung untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat kesahihan surat tersebut,” kata Irwan kepada MalaysiaNow.
Zahid dan Najib tidak pernah memberikan komen secara spesifik tentang surat itu dan tidak pernah juga mengesahkan kesahihannya walaupun kedua-duanya meningkatkan serangan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Malahan Najib tahun lalu secara terbuka meminta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Anwar menjadi perdana menteri.

Awal bulan ini, bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa mengesahkan Zahid ada menulis surat itu pada sidang media menjelaskan pemecatannya.
Irwan mempersoalkan mengapa Zahid menutup mulut.
“Zahid tidak lagi menjawab secara rasmi. Selagi dia tidak jawab, selagi dia lambat jawab pelbagai persepsi akan timbul. Pelbagai pihak akan menimbulkan keraguan,” katanya.
Zahid sebelum ini didesak beberapa pemimpin Pemuda Umno untuk meletakkan jawatan.
Desakan ini semakin hebat apabila Ketua Umno Bahagian Paya Besar Ahmad Tajuddin Sulaiman menggesa Zahid meletakkan jawatan kerana pendakwaan rasuah terhadapnya membebankan parti dan gagal melakukan pembaharuan selepas hilang kuasa pada 2018.

Irwan berkata, jawatankuasa khas perlu ditubuhkan kerana ia melibatkan kredibiliti Zahid sebagai presiden dan Umno itu sendiri.
“Lembaga disiplin sehingga kini tidak bertindak apa-apa dan hanya bertindak berdasarkan laporan, tapi saya tak pasti ada atau tidak laporan itu kepada lembaga tersebut.
“Tetapi bagi saya lembaga disiplin perlu bertindak secara proaktif jangan hanya tunggu aduan sahaja kalau ada yang melibatkan kredibiliti terutama sekali melibat ahli majlis tertinggi terutama sekali presiden Umno itu sendiri jadi perlu dilaksanakan siasatan kalau tidak perlu tubuh jawatankuasa khas,” katanya.

Exco Puteri Umno Siti Sokleha Nordin bersetuju Zahid perlu memberikan penjelasan kepada ahli-ahli parti tentang surat sokongannya terhadap Anwar untuk menggulingkan kerajaan PN.
“Kami dalam Exco Puteri Umno Malaysia cuma mahukan kejujuran daripada presiden parti,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Ketika iklim politik negara tidak menentu, kami berharap pemimpin parti di semua peringkat ketepikan politik peribadi dan meletakkan politik bangsa dan agama di hadapan.”

WhatsApp-Image-2021-01-23-at-10.50.24-PM-281x300.jpeg
Ruby Abdul Rani

Sementara Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang Ruby Abdul Rani berkata, rakyat di bawah pada ketika ini berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan kerana terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Umno bukan hak milik individu, jadi turunlah hulurkan bantuan jangan sibuk asyik berpolitik di atas sedangkan parti lain ambil kesempatan ini mengambil hati pengundi dengan memberi bantuan sewajarnya,” katanya kepada MalaysiaNow.

Sebelum ini, pemimpin Pemuda Umno bahagian di Johor dan Negeri Sembilan menggesa Zahid disingkirkan sebagai presiden parti dan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohamed Nizham Abdullah Hamidi pula menggesa kepimpinan parti itu dirombak.
Irwan berkata, kepimpinan Zahid sebagai presiden terlalu lemah dan kerap menukar pendirian serta dilihat sebagai “flip flop”.

“Contohnya isu titah pengisytiharan darurat Agong, Zahid kata menjunjung titah tapi selepas itu Setiausaha Agung Ahmad Maslan keluarkan surat gesa ahli Parlimen Umno desak untuk adakan sidang Parlimen.
“Ini yang akar umbi persoalkan kenapa pendirian sentiasa berubah jadi ada asaslah minta presiden berehat.
“Ingin saya tegaskan di sini parti lebih besar daripada individu,” katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,127
Reaction score
12,102
Points
1,906

Ikuti wawancara Menteri Kanan (Keselamatan), DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOBbersama Pengarang Berita NAZARALI SAERIL, wartawan, YUSMIZAL DOLAH ALING, MUHAMMAD SAUFI HASSAN, juruvideo, ALLYME AHMAD IZAM serta jurugambar, EIZAIRI SHAMSUDDIN berkaitan kehidupan harian serta tugasnya.


1611463098579.png

ISMAIL Sabri ketika ditemuramah oleh wartawan Harian Metro di Pejabat Menteri Pertahanan Malaysia, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN



Menyentuh tentang senario politik, sebagai Naib Presiden Umno, apakah Datuk Seri melihat tentang keinginan Umno untuk menang dalam pilihan raya umum?
Umno ingin menang. Jadi kita perlu perkuatkan Umno itu sendiri.
Lihat saja sesuatu tamadun itu, ia runtuh bukan kerana apa, tetapi kerana bergaduh sesama sendiri.
Pertama, perkasakan parti dan perkukuhkan perpaduan. Kedua, kita perlu ada hala tuju dan strategi yang jelas.
Ketiga, adakah jentera parti bersedia. Are we ready? (adakah kita bersedia) di peringkat bahagian.
Sebelum ini ada cadangan mahukan pilihan raya pada Mac, jentera kita sudah bersediakah? Bukan saja kepada peringkat bahagian, tetapi yang penting adalah di peringkat cawangan.
Jika cawangan tidak bersedia kita kalah juga.
Selain itu, fakta, data dan statistik perlu ada. Sebelum berperang kita kena ada fakta, macam mana hendak berperang jika kita tidak ada fakta.
Perlu lihat macam mana sokongan kita, berapa pertambahan sokongan. Jika kita tidak bersedia tetapi turun berperang, ia ibarat membunuh diri.

Akar umbi menyatakan mahu memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), boleh Datuk Seri ulas?
Kita faham agak susah daripada segi chemistry antara Umno dan Bersatu. Dulu dia kawan kita, duduk makan semeja dan tiba-tiba menjadi musuh, jadi lain sikit perasaan.
Ia berbeza dengan orang yang memang kita kenal sebagai musuh, kita layan sebagai musuh dari awal dan apabila kita berdamai, kita boleh bermuafakat dengan baik.
Sebenarnya kita perlu buat kajian empirikal yang mendalam sebelum keputusan dibuat.
Pertama, kajian ini perlu untuk membuat penilaian, jika kita masuk pilihan raya dengan bertiga (tiga parti) apa keputusan yang dijangkakan.
Jika kita berdua apa keputusan dan jika bersendirian apa keputusannya.
Kita tidak boleh emosi dalam membuat keputusan kerana kita mahu menang pilihan raya, kita bukan tunjuk kuat atau tunjuk siapa lebih garang dalam isu ini.
Emosi ini akan undang bahaya, kita berperang dalam keadaan marah. Orang tua selalu pesan, jika kita mahu bergaduh, jangan dalam keadaan marah kerana musuh akan nampak kelemahan kita.
Seharusnya ada kajian mendalam dilakukan baru kita buat keputusan selepas ada maklumat lengkap di tangan kita.


 

midi2020

Active+ Member
Top Poster #5
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,835
Reaction score
115
Points
33

Ikuti wawancara Menteri Kanan (Keselamatan), DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOBbersama Pengarang Berita NAZARALI SAERIL, wartawan, YUSMIZAL DOLAH ALING, MUHAMMAD SAUFI HASSAN, juruvideo, ALLYME AHMAD IZAM serta jurugambar, EIZAIRI SHAMSUDDIN berkaitan kehidupan harian serta tugasnya.


View attachment 333465
ISMAIL Sabri ketika ditemuramah oleh wartawan Harian Metro di Pejabat Menteri Pertahanan Malaysia, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN



Menyentuh tentang senario politik, sebagai Naib Presiden Umno, apakah Datuk Seri melihat tentang keinginan Umno untuk menang dalam pilihan raya umum?
Umno ingin menang. Jadi kita perlu perkuatkan Umno itu sendiri.
Lihat saja sesuatu tamadun itu, ia runtuh bukan kerana apa, tetapi kerana bergaduh sesama sendiri.
Pertama, perkasakan parti dan perkukuhkan perpaduan. Kedua, kita perlu ada hala tuju dan strategi yang jelas.
Ketiga, adakah jentera parti bersedia. Are we ready? (adakah kita bersedia) di peringkat bahagian.
Sebelum ini ada cadangan mahukan pilihan raya pada Mac, jentera kita sudah bersediakah? Bukan saja kepada peringkat bahagian, tetapi yang penting adalah di peringkat cawangan.
Jika cawangan tidak bersedia kita kalah juga.
Selain itu, fakta, data dan statistik perlu ada. Sebelum berperang kita kena ada fakta, macam mana hendak berperang jika kita tidak ada fakta.
Perlu lihat macam mana sokongan kita, berapa pertambahan sokongan. Jika kita tidak bersedia tetapi turun berperang, ia ibarat membunuh diri.

Akar umbi menyatakan mahu memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), boleh Datuk Seri ulas?
Kita faham agak susah daripada segi chemistry antara Umno dan Bersatu. Dulu dia kawan kita, duduk makan semeja dan tiba-tiba menjadi musuh, jadi lain sikit perasaan.
Ia berbeza dengan orang yang memang kita kenal sebagai musuh, kita layan sebagai musuh dari awal dan apabila kita berdamai, kita boleh bermuafakat dengan baik.
Sebenarnya kita perlu buat kajian empirikal yang mendalam sebelum keputusan dibuat.
Pertama, kajian ini perlu untuk membuat penilaian, jika kita masuk pilihan raya dengan bertiga (tiga parti) apa keputusan yang dijangkakan.
Jika kita berdua apa keputusan dan jika bersendirian apa keputusannya.
Kita tidak boleh emosi dalam membuat keputusan kerana kita mahu menang pilihan raya, kita bukan tunjuk kuat atau tunjuk siapa lebih garang dalam isu ini.
Emosi ini akan undang bahaya, kita berperang dalam keadaan marah. Orang tua selalu pesan, jika kita mahu bergaduh, jangan dalam keadaan marah kerana musuh akan nampak kelemahan kita.
Seharusnya ada kajian mendalam dilakukan baru kita buat keputusan selepas ada maklumat lengkap di tangan kita.


ismail sabri ni calon presiden umno yg lebih baik daripada tokmat
 

midi2020

Active+ Member
Top Poster #5
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,835
Reaction score
115
Points
33
Suh la dia bertanding jawatan presiden.. Suruh skali nuar musa
ismail sabri ni pemimpin umno paling popular(secara positif) kat malaysia sekarang ni.. hari-hari keluar tv.. panggilan pak long mail menunjukkan penerimaan baik rakyat terhadap ismail sabri..
tak payah suruh, insyaallah dia sedar hakikat tersebut dan akan bertanding pemilihan presiden umno nanti..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,127
Reaction score
12,102
Points
1,906
Pembuatan sebarang keputusan tidak boleh membelakangkan parti, kata timbalan ketua Umno bahagian Putrajaya.
#MalaysiaNow #UMNO #Zahid #AnwarIbrahim #politik
Zahid Hamidi


Buat SD ikrar tidak kerjasama dengan Anwar, DAP, pemimpin bahagian cabar Zahid

Sebagai presiden Zahid seharusnya tidak membelakangkan keputusan yang sudah diputuskan majlis kerja tertinggi (MKT) parti.


Jan 26, 2021 8:00 AM



umno-zahid-hamidi-AP-271020-1024x683-1-3.jpg

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi terus menerima tekanan daripada akar umbi mengenai beberapa tindakannya yang menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Gambar: AP







Akar umbi terus menyuarakan bantahan terhadap tindakan unilateral presiden Umno menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, kali ini menggesanya untuk membuat satu akuan berkanun (SD) dan berikrar untuk tidak bekerjasama dengan presiden PKR itu dan DAP.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz berkata, sebagai presiden Zahid seharusnya tidak membelakangkan keputusan yang sudah diputuskan majlis kerja tertinggi (MKT) parti.
“Apa yang saya minta mudah sahaja. Buat SD, presiden kena nyatakan tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP serta menghentikan usaha melaksanakan jajaran politik baru melibatkan kerjasama dengan Anwar, PKR dan DAP,” kata Faisal kepada MalaysiaNow.

“Pembuatan sebarang keputusan tidak boleh membelakangkan parti, misalnya membuat keputusan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan sidang Parlimen dan darurat tidak wajar dibuat dengan membelakangkan mesyuarat MKT.”
Umno sebelum ini dalam satu kenyataan mengatakan menghormati keputusan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengisytiharkan darurat Covid-19 selepas jangkitan harian meningkat mendadak hingga melepasi angka 4,000.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan meminta ahli-ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan meminta Agong mengadakan sidang Parlimen dengan memetik Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Faisal berkata, beliau mempersoalkan perkara ini kepada kepimpinan tertinggi Umno akan tetapi tiada jawapan diberikan.

“Apa yang dimaklumkan kepada saya, ia tidak melalui mesyuarat MKT, biro pengurusan atau biro politik,” katanya.
Faisal turut menyokong gesaan Timbalan Ketua Umno Bahagian Setiawangsa Irwan Rizal Ali Napiah yang sebelum ini menggesa jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat surat dihantar Zahid dan pendahulunya Najib Razak ke Istana Negara bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyddin Yassin digulingkan.

“Apabila timbul dakwaan presiden sendiri terlibat menandatangani surat menyokong Anwar, akar umbi berhak mengetahui perkara sebenar.

“Salah satu caranya adalah dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara ini lebih-lebih lagi jika ada pihak yang mengakui kewujudan sokongan ini,” katanya dan menambah jika surat itu palsu, Zahid seharusnya membuat laporan polis.
Pada Oktober tahun lalu, MalaysiaNow yang pertama mendedahkan isi kandungan surat itu beberapa hari selepas dihantar Sultan Abdullah.
“Apabila timbul dakwaan presiden sendiri terlibat menandatangani surat menyokong Anwar, akar umbi berhak mengetahui perkara sebenar.
Exco Puteri Umno Siti Sokleha Nordin berkata masih sehingga kini masih menunggu keputusan daripada MKT berhubung isu surat Zahid tersebut.
“Jika masih tiada apa-apa tindakan saya selaku exco Puteri Umno Malaysia akan mengemukakan surat kepada setiausaha agung Umno supaya ditubuhkan jawatankuasa khas siasat perkara ini,” katanya kepada MalaysiaNow.

Sementara itu, Irwan mengesahkan sudah menyerahkan surat untuk menuntut penubuhan jawatankuasa khas kepada setiausaha agung Umno.
“Ahmad Maslan hanya kata kepada saya surat itu akan ‘diangkat ke atas’. Itu sahaja tiada kata-kata lebih lanjut,” katanya kepada MalaysiaNow.

 
  • Like
Reactions: WnB

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,127
Reaction score
12,102
Points
1,906
Puji musuh ketat.
#malaysiagazette #DAP #UMNO

DAP sanggup rendahkan martabat untuk berbaik-baik dengan UMNO – MCA


26 January 2021

MGF17032020_SIDANG-DUN-SELANGOR_03.jpg

Ng Suee Lim

KUALA LUMPUR – Kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim yang menyatakan sokongan untuk bekerjasama dengan UMNO membuktikan sikap DAP yang sanggup mengkhianati dan menggadai prinsip parti itu sendiri semata-mata demi kepentingan dan kuasa.
Inilah wajah sebenar DAP, dakwa Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Lau Chin Kok.




Tambahan pula dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang mahu menjalin kerjasama dengan UMNO membuktikan DAP selama ini sememangnya sebuah parti oportunis sehingga sanggup merendahkan martabat untuk cuba berbaik-baik dengan musuh ketat yang baharu saja mereka kritik seminit lalu.
Lau berkata, alasan DAP kononnya ‘demi kepentingan rakyat, DAP bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti, bagi membentuk sebuah kerajaan pelbagai kaum yang kuat dan stabil’ hanyalah retorik.

Hakikatnya, pemimpin-pemimpin DAP ini hanya menggunakan sokongan rakyat sebagai batu loncatan dan pendirian mereka sentiasa berubah-ubah mengikut kepentingan.



”Sudah berpuluh-puluh tahun DAP menyerang UMNO demi meraih sokongan masyarakat Cina, sehingga mereka membantah apa sahaja dasar UMNO secara membuta tuli.
”Selepas mendapat sokongan majoriti besar kaum Cina, mereka menggunakannya sebagai modal untuk berbaik dengan UMNO dengan cara memuji musuh ketatnya itu bertujuan merampas kuasa dan kedudukan,” katanya.

Tambah Lau, prosedur operasi standard (SOP) DAP adalah mudah iaitu, jika menyerang UMNO boleh memenangkan mereka dalam pilihan raya, maka mereka akan melakukan serangan setiap hari.



Tidak cukup itu, malah DAP menfitnah Barisan Nasional, termasuk memburuk-burukkan gandingan MCA-UMNO bagi tujuan menghasut dan mendapatkan sokongan.

Sebaliknya, jika bekerjasama dengan UMNO boleh membawa kepada jawatan dalam kerajaan, maka tanpa teragak-agak mereka akan cuba memikat UMNO dengan pelbagai naratif untuk menghalalkan tindakan mereka, bagi membolehkan kerjasama antara DAP-UMNO.

”Beginilah sikap DAP. Setelah terkuburnya Pakatan Rakyat, DAP terus menghentam Pas sebagai parti ekstremis.

”Walau bagaimanapun, demi kuasa dan jawatan, mereka boleh pula bekerjasama dengan Pas bagi membentuk Kerajaan Negeri Selangor.

”Ini menunjukkan bahawa, demi kepentingan dan jawatan, DAP sanggup menggadai prinsipnya, malah mengkhianati rakyat. Sebagai sebuah parti opotunis, sokongan rakyat hanyalah sebagai modal untuk mereka ‘membeli’ kepentingan sendiri,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,127
Reaction score
12,102
Points
1,906
DAP patut bekerjasama dengan UMNO?

26 January 2021



MGF21102020_PC-SETIAUSAHA-AGUNG-GERAKAN07.jpg

Mak Kah Keong. foto AFFAN FAUZI, 21 OKTOBER 2020
Saya menyokong penuh, demi kuasa, DAP patut kerjasama dengan UMNO!

Tapi dua cabaran besar harus dilakukan terlebih dahulu oleh DAP:




A. Memujuk UMNO untuk kerjasama.
– DAP handal dalam memupuk sifat chauvinist kecinaan, memandang rendah bahasa kebangsaan, menghina institusi raja… telah memandulkan kerelaan UMNO dalam mempersennyawakan gabungan politik baru sebagai kerajaan.

– Walaupun mempunyai 42 kerusi dalam parlimen, UMNO tetap dingin dalam menjalinkan hubungan dengan mereka. Berbeza dengan masa Tun Lim Chong Eu di mana Tun Razak mencari Gerakan dalam pembinaan Barisan Nasional. Sebab utama Gerakan memahami nilai KeMalaysiaan.

– Bukan UMNO sahaja, penumbangan kerajaan PH, faktor DAP tidak boleh dinafikan. Puak ini memang menimbulkan kebencian masyarakat umum. Kini PKR juga merasa DAP sebagai liabiliti pada PRU 15.

B. Pemutihan DAP terhadap UMNO.
– Kuasa pemutihan DAP adalah hebat antarabangsa. Produk pemutihan yang berjaya adalah Tun Mahathir. Seseorang individu atau sekumpulan individu yang mereka kritik, marah, hina, tomah atau apa sahaja yang digunakan untuk menjatuhkan mereka, DAP tetap ada jalannya untuk mengangkat mereka semula. Maka UMNO dari “Zero ke Hero” dalam mulut DAP, tiada masalah untuk direalisasikan oleh mereka.



Komen saya seterusnya dari konteks masyarakat Tiong Hua: selain MCA, Gerakan atau DAP…
Sebenarnya UMNO sebagai kerajaan begitu lama, juga memahami keperluan dan kehendak pelbagai kaum.

Mak Kah Keong, Setiausaha Agung Gerakan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register