UMNO timbang tarik diri sokong PN

CG Sponsors




The Maut

Active+ Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
4,758
Reaction score
103
Points
43
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) dan akan memberi syarat baharu kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis.


Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, syarat baharu itu akan dikemukakan kepada Muhyiddin esok.

Beliau berkata, perkara itu turut dipersetujui sebulat suara oleh 13 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang hadir dalam Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung selama dua sesi hari ini.

"Mesyuarat dua sesi yang diadakan hari ini dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan semua Pengerusi UMNO negeri kecuali Sabah.

"Semua 13 yang hadir (Pengerusi UMNO negeri) sebulat suara setuju dan kita yakin Datuk Seri Bung (Mokhtar Radin) juga akan setuju.

"Jadi, inilah keputusan yang kita lakukan dan ia sebagaimana situasi politik yang mana rakyat sedia maklum selepas (Datuk Seri) Anwar mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini," katanya pada sidang media sebaik selesai Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Putra (PWTC) di sini malam ini.

Dalam pada itu, ditanya sama UMNO akan meninggalkan PN sekiranya syarat baharu itu tidak dipersetujui Muhyiddin, Ahmad berkata, perkara tersebut akan diputuskan kemudian.

"Keputusan itu akan kami putuskan selepas itu," katanya.

Ditanya sama ada keputusan mesyuarat itu turut dimaklumkan kepada rakan Muafakat Nasional, Ahmad berkata, kesemua 39 ahli Parlimen UMNO dan perkara itu juga akan dimaklumkan kepada rakan komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

"UMNO ada 39 kerusi dan empat lagi rakan BN. Kita ada kaedah untuk maklum," katanya.

 
Sponsored Post

The Maut

Active+ Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
4,758
Reaction score
103
Points
43
UMNO kunci mulut ditanya sokong Anwar atau tidak

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan 'mengunci mulut' ketika ditanya sama ada parti itu kini telah beralih arah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada ke sebut begitu (dalam kenyataan media Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO)," katanya pada sidang media sebaik selesai Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada UMNO telah memberikan sokongan kepada Anwar susulan parti itu mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

UMNO dalam Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO malam tadi sebulat suara mempertimbang untuk menarik diri daripada menyokong PN dan akan memberi syarat baharu kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis.

Hari ini, suhu politik negara kembali panas apabila Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...O-kunci-mulut-ditanya-sokong-Anwar-atau-tidak
 

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,415
Reaction score
622
Points
81
Langkah yg drastik untuk ambik balik kerajaan dari geng2 bersatu
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,984
Reaction score
1,928
Points
206
Tggu pas pulak
Kalo pas xnak, so umno dok la sorg2 dalam mn
 

kha1i1

Fun Poster
Joined
Nov 2, 2010
Messages
139
Reaction score
12
Points
15
Tggu pas pulak
Kalo pas xnak, so umno dok la sorg2 dalam mn

Dia dah rasa kuat la tuh, kononnya.

Biar kan dia ngan pemimpin2 bermasalah tuh. Nak contol negara ngan cara ugutan.

Pirahhhh.
 

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,129
Reaction score
583
Points
161
Susah sangat ker nak taat pemerintah,ko tu dahlah rakyat biasa,jangan la jadi alHajaj at tsakafi.

Kita melayu ni memang terkenal dgn trojan horse,buang la sikap memasang lukah dipergentingan,menangguk di air yg keruh.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,017
Reaction score
1,708
Points
151
Zahid dijadual mengadap Agong Khamis ini
Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, Khamis ini.
Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan ketika memaklumkan perkara itu berkata pertemuan tersebut dijadual akan dibuat pada jam 5.00 petang, susulan pertemuan Presiden PKR Anwar Ibrahim pagi tadi.
“(Presiden Umno) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Khamis ini, jam 5 petang,” katanya ringkas kepada pemberita selepas mesyuarat Biro Politik Umno di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, malam ini.
Terdahulu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim pagi tadi dilaporkan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan dokumen sahih kepada Seri Paduka di Istana negara bagi membuktikan dirinya memiliki sokongan lebih 120 ahli parlimen bagi menubuhkan kerajaan baru.
Sesi menghadap pagi itu sepatutnya dijadualkan pada 22 September lalu tetapi ditangguhkan susulan kegeringan Seri Paduka yang terpaksa menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.
Sementara itu, beberapa pemimpin parti politik juga telah dipanggil untuk menghadap ke istana.
Mendahului senarai itu ialah Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menghadap Al-Sultan Abdullah pada jam 2 petang tadi.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register