Umno tidak relevan, Najib tidak mampu - Mahathir

CG Sponsors




kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,311
Points
191
Umno tidak relevan, Najib tidak mampu - Mahathir

Mohd Khalil Abdullah
Sun | Nov 23, 08 | 7:34:03 am MYT


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh) - Budaya mahukan jawatan, amalan rasuah dan politik wang menjadikan Umno tidak relevan lagi.

Demikian penegasan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam majlis wacana 'Dilema Melayu' anjuran Gapena semalam.

Menurut Tun Mahathir, seandainya Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, masalah rasuah tidak akan dapat diatasi kerana telah menjadi satu budaya dalam Umno.

Beliau turut mempersoalkan sama ada peralihan kuasa yang dicadangkan antara Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib mampu untuk memulihkan semula parti.

"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah RASUAH.."

"Kita tidak akan dapat semula Umno yang bersih untuk mewakili kita selagi ia tidak dibendung," jelasnya sambil mengakui ia telah menjadi satu budaya dalam Umno.

Katanya, apabila ia sukar dibendung dan dikawal maka ia secara tidak langsung akan menyebabkan Umno akan menjadi parti yang tidak relevan lagi pada perjuangan orang-orang Melayu.

"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah RASUAH.."
Tambahnya, amalan kepimpinan melalui teladan adalah contoh yang terbaik di samping usaha berterusan membanteras rasuah yang makin kronik ketika ini.

Beliau juga menyarankan agar pemimpin yang terajui parti perlu tegas dan ambil langkah serta tindakan yang tegas terhadap individu yang terlibat dengan rasuah.

Katanya lagi, seandainya ada pemimpin sendiri yang terlibat dengan rasuah, maka janganlah memilih pemimpin berkenaan sambil merujuk kepada pemilihan Umno yang akan diadakan pada tahun hadapan.

"Kita mahukan pimpinan yang tegas dan mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat. Untuk ahli, kalau pemimpin itu terlibat dengan rasuah, jangan pilih dia.

"Kita tak boleh harap pembaharuan boleh dilakukan dalam Umno dan mereka harus ingat, kalau orang tidak memberi undi mereka tidak boleh menang atau sekiranya mereka menang dalam pemilihan parti, tak semestinya mereka akan menang pilihan raya," katanya.

Dalam sidang media selepas majlis berkenaan, Tun Mahathir mengingatkan agar pemimpin yang dipilih perlulah berdasarkan kepada kebolehannya dan bukan atas faktor kewangan. - mks. _


p/s : keh keh keh...orang tua ni dulu pernah cakap, "ALL UMNO LEADERS ARE USELESS.." so, yang mana sokong UMNO adalah lebih teruk daripada USELESS...jangan la sokong UMNO lagi yer..even Tun M ni pun dah kuar UMNO..jom kuar UMNO ramai-ramai!
 
Sponsored Post

viper207

Banned
Joined
Nov 12, 2008
Messages
5,590
Reaction score
54
Points
70
bagi aku PAS ker UMNO ker..

kes rasuah dan penyelewengan same jer..

cuma PAS nie pandai cover..

sendiri makan pandai simpan laaa
 

sureheboh.com

Passed Away
Platinum Member
Joined
Jan 17, 2007
Messages
18,961
Reaction score
308
Points
131
Yang mampu hanyalah MAHATAHIR dan MUKHRIZ
 

mido

Active+ Member
Joined
Feb 23, 2007
Messages
4,861
Reaction score
12
Points
25
tun pon komen pedas sgt..
prob nih stat dr masa dia pegang la..
at least tlg do something nk solve prob ni.
mmg aku x pangkah mukhriz la...
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
919
Points
161
Mamak nih semua org dalam Mesia dianggap x sebijak dia :eek::eek::eek::eek::eek::eek: Padahal dia lagi teruk!!!!
 

aHmadDaniEL

Banned
Joined
Jul 20, 2008
Messages
18,080
Reaction score
6
Points
115
macam zaman dia xder rasuah....:(scam...

say NO to UnMO...:(scam
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
Nah!!! Ambik obat!!! :eek::eek::eek:

Acceptance --> Umno tidak relevan, Najib tidak mampu - Mahathir : "Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang

UMNO is going through the five stage of dying​

1) Denial ------> Nafi tarikh parlimen bubar, Pembunuhan Altantuya, Hubungan sayfool dgn najib, Perpecahan dalaman umno, Minyak naik inflasi x naik, Kehilangan Bala (kesahihan akuan bersumpah), Malaysia bukan negara Islam (Malaysia sebuah negara sekular, kata MCA . MCA menegaskan bahawa semua dokumen sejarah berhubung pembentukan perlembagaan persekutuan dan penubuhan sebuah negara yang merdeka menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. “Ini adalah permuafakatan dan kontrak sosial yang dipersetujui oleh nenek moyang kita,” kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan, dalam satu kenyataan hari ini.), Video linggam, Dakwaan Rasuah Exco Perak : BPR menafikan ada unsur Rasuah Seks, Kerajaan umno/bn Telah Lama Luluskan 10% Untuk Non-Bumi Masuk UiTM (Sendiri Buat Sendiri Tak Mengaku), Kesahihan laporan Pusrawi (doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat), “Remember 1986 in Padang Merbok. UMNO supporters killed a PAS supporter Osman Talib aged 33, who came from Pendang”, Gerakan sokong papan tanda pelbagai bahasa. Teng berkata, isu papan tanda pelbagai bahasa sudah banyak kali dibangkitkan sejak Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN). "Sebenarnya cadangan itu sudah dipersetujui oleh Exco BN lalu dan peruntukannya juga ada. Bagaimanapun, ia tidak dapat dilaksanakan kerana kekalahan teruk pada pilihan raya lalu," katanya, SPR: Jawapan PM 'tidak masuk akal', Kerajaan BN pada bulan Jun 2007 telah menaikkan sewa dari RM124 kepada RM250 oleh kerana kenaikkan kos penyenggaraan, Kedah sedia buka ladang [email protected]!, Ladang [email protected]! tidak dibuka di Bukit Selambau: ''Sebenarnya, kelulusan tapak di Bukit Selambau adalah keputusan kerajaan terdahulu, kita cuma menghormatinya tetapi semalam Jabatan Veterinar tak benarkan, jadi ia tidak jadi di kawasan itu,'' jelas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pemuda PAS Desak Kerajaan Perjelas Isu MoU Al Azhar : “Bila kita berjumpa pengurusan al-Azhar, al-Azhar kata bukan mereka yang batalkan, tetapi kehendak kerajaan Malaysia,” jelasnya kepada Malaysiakini, Isu ladang [email protected]!: RTM,TV3 berniat jahat terhadap Kedah "Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulu melalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk: Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman,"kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid n byk lagi

2) Anger -------> Salahkan org lain yg padahal umno sendiri yg lemah, rasuah n pecah amanah menyebabkan ahli ahli peringkat akar umbi menolak kepimpinan pak lah. Salahkan PAS memecahbelahkan masyarakat, Mencarut dalam parlimen, Banner pilihanraya UMNO yg melampau (Dari Permatang Pauh Sondoi Putrajaya), Insiden baling kerusi di mesyuarat Wanita Kuala S'gor, Bastard: Tindakan tegas untuk Tajuddin, Mesyuarat Perwakilan Umno Seremban tangguh kerana kekecohan, Perwakilan bertumbuk, mesyuarat UMNO Bahagian Seremban ditangguh n banyak lagi

3) Bargaining --> Cube pakat dgn PAS namun gagal. Sanggup berkongsi kuasa dgn PAS n menjadikan jawatan Menteri Besar sebagai habuan n banyak lagi

4) Depression --> Cube merasuah MP PR dari Negeri Perak, Tuduhan liwat DSAI (Mintak DNA), Istiharkan jihat, Bantuan kepada SAR disalurkan semula, Nama Pengundi Hilang (KeADILan kesan 949 pengundi hilang dalam daftar pemilih), Meletakkan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi, Menggunakan Agensi Kerajaan Untuk Tujuan Kempen Umno/BN (ade member (wealthgainer) kat Putrajaya sahkan), Laporan Media Yang Senget Sebelah (dari dulu lagi dah), Penggunaan Pasukan Anggota Keselamatan (Polis menggunakan khidmat Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69), Mengambil Kad Pengenalan Pengundi, Forum Perdana Anjuran UMNO (Tak Mendapat Sambutan), Mafrel: 83 pengundi dalam satu rumah, Menggunakan Identiti Parti Lain Sebagai Modal Politik Sendiri (Bagi banner yang menonjol PAS secara agrasif dilentakkan di kawasan majoriti bukan Islam), Salahguna Lambang PKR utk tujuan Provokasi (Guna Baju bn bertopengkan PKR), Ezam terima ugutan bunuh (Org Lain Sibuk Berkempen, Die Sibuk Kene Ugut. Tak De Masalah Org Nak Bunuh Die Ni), Bom di bilik gerakan Umno, KeADILan tidak ada kena mengena (Puteri umno kene halau oleh tuan tanah), Imam Ustaz Ramlang Porigi: Imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah dan beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi dalam majlis angkat sumpah tersebut, Saiful bersumpah 'mubahalah' di Masjid Wilayah, Rasuah: RM 1 Juta Utk Sekolah Cine, TPM: Akta DNA bukan untuk Anwar, Kes Rasuah Exco Perak : Projek Perumahan Tidak Wujud - MB Perak (Kerajaan negeri gesa BPR dan media mohon maaf dalam 24 jam), Harga Minyak Petrol RM 2.55 seliter mulai esok (Fikir 2 minit je dah boleh turun. Tak nyempat nyempat nak tunggu 1 Sept),Umno dakwa Anwar agen Kristian, Anwar ambil RM60 juta duit judi - Nalakaruppan (Kalo benar ape yg dikata, dah lama dah BPR siasat. Tgk kes SAPP n Kes Exco Perak. Walhal surat layang pon BPR akan layan. Cepat, Pantas tapi Tak Tepat. Akhirnye Nak Kena Saman.), Ahli Parlimen BN Diarah Bercuti ke Luar Negara, Isu Kenaikan Cukai Tanah 500% Hanya Gimik Politik, Bekas ahli jawatankuasa UMNO ditangkap berkhalwat di kebun getah n banyak lagi

5) Acceptance --> Dr M: Anwar akan menang di Permatang Pauh, Calon BN dakwa ada 'pengundi hantu' (sendiri buat sendiri mengaku), Datuk Seri Syed Hamid Albar: Anwar berhak dapat laporan polis (sendiri buat sendiri heran), Parti Gerakan Keluar Barisan Nasional, Alex Thiagarasan menyertai DAP, TPM: Turun Harga Minyak (Dulu Kata X Boleh Nanti Negara Bagkrap, Dekat Pilihan Raya Boleh Pulak), Dr. Tan Kee Kwang yang merupakan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan kini menyertai kempen pilihanraya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dua Ahli Parlimen Gerakan Sertai PKR, Pengundi Cina: Kami Beri Peluang Pada Anwar (Org bukan Islam pon dah Percaya Anwar, umno memalukan),Anwar trend rakyat tolak BN? (Jgn la buat tak perasan pulak), Sabah MPs reject loyalty pledge, TDM: But Umno and its other leaders are useless, Gerakan Kaji Kedudukan Dalam BN Jika Tiada Perubahan, Kata Tsu Koon, Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama, PM perlu letak jawatan tanpa tunggu peralihan kuasa - Ku Li (Ada laporan menyebut banyak duit dibawa ke luar negara dan modal pun tidak datang lagi ke Malaysia), Barisan Nasional’s rebellious Sabah Progressive Party (SAPP) showed its defiance by openly backing Pakatan Rakyat yesterday, SAPP umum keluar BN tetapi tidak sertai Pakatan Rakyat, Ahli umno Pletong Tengah Keluar Parti dan Menyertai PAS, Rais: Kawal rasuah Umno atau buka tender, UMNO Sabah disaran sokong usul pertahan Utusan, Veteran UMNO Kelantan lancar Tabung Pembelaan Utusan, Politik wang merebak ke akar umbi :: Rais Yatim, Raja Petra dijangka bebas petang ini. Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan perintah penahanan ke atas suami beliau yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri tidak sah, UMNO terima 900 aduan politik wang, MB Pahang kata rasuah dalam Umno ketika ini paling parah, Umno tidak relevan, Najib tidak mampu - Mahathir : "Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang n banyak lagi


p/s: Yg color biru tu yg terbaru...harap maklum

Yg color hijau tu adalah Evergreen

Datuk K.S. Nallakaruppan and Dato’ Muhammad Shafee Abdullah were behind the conspiracy to frame Dato’ Seri Anwar Ibrahim on sodomy charges back in 1998. This was confirmed by Nalla’s driver, Thagarajoo a/l Thangavelu, in a Statutory Declaration signed on 21 August 2008. <------ Tengah tunggu umno buat penafian :))
 

mybizme

Active+ Member
Joined
Oct 18, 2008
Messages
3,078
Reaction score
17
Points
25
bagi aku PAS ker UMNO ker..

kes rasuah dan penyelewengan same jer..

cuma PAS nie pandai cover..

sendiri makan pandai simpan laaa
tak sama bro.
kat Kelantan 18 tahun memerintah takde pun kes rasuah melibatkan pimpinan negeri.kalo betul2 ada ingat UMNO senang2 ke nak biarkan.UMNO kan cukup prihatin soal rasuah.sure awal2 umno repot kes kat BPR.:D
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,311
Points
191
semua juak-juak UMNO kena ikut macam Tun, keluar dari UMNO..

Tun juga cakap, ALL UMNO LEADERS ARE USELESS..kenapa juak-juak UMNO masih mempertahankan pemimpin UMNO sekarang plak? ini lebih terik dari useless nie...

sian juak-juak UMNO nie..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register