BTC USD 49,645.9 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO terima 900 aduan politik wang

eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.

“Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pemilihan di peringkat 191 bahagian UMNO di seluruh negara dan pencalonan untuk jawatan-jawatan tertinggi parti itu telah bermula sejak 9 Oktober lalu dan dijadualkan berakhir Ahad ini.

Jumaat lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel-hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau serta dikenakan tindakan.

Ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon dipercayai menjadi pihak yang menyalurkan wang kepada perwakilan peringkat bahagian untuk membuat pencalonan calon-calon tertentu atau menolak mana-mana calon pesaing.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, masalah utama dalam membanteras politik wang dalam UMNO kini ialah gejala buruk tersebut telah diterima oleh sebahagian besar ahli parti itu dan sudah menjadi satu bentuk budaya.

Beliau berkata, selagi minda pengamal politik wang dan ahli-ahli UMNO tidak berubah dan mereka sendiri tidak mahu gejala itu berlaku, agak sukar untuk menamatkan kegiatan politik wang.

“Perubahan minda ahli-ahli UMNO adalah perkara terpenting jika UMNO mahu melihat gejala tidak bermoral ini dihapuskan sepenuhnya,” tegas beliau.

Beliau mengulangi amaran bahawa mana-mana calon termasuk Ketua Bahagian UMNO yang baru dipilih dalam pemilihan tetap berhadapan dengan tindakan disiplin termasuk dilucutkan jawatan jika mereka didapati terlibat dalam politik wang.

Dalam pemilihan kali ini, tiga ketua bahagian telah dikenakan hukuman gantung jawatan dan beberapa orang lagi dikenakan tindakan amaran apabila terbabit dalam aktiviti politik wang dan sabotaj terhadap parti.

Selain itu, beberapa pemimpin lain di peringkat bahagian turut menerima nasib yang sama.

Mengikut statistik terakhir yang dikeluarkan Lembaga Disiplin UMNO pada 23 Oktober lalu, jumlah keseluruhan aduan yang diterima lembaga itu sehingga tarikh berkenaan ialah sebanyak 632 kes.

Jumlah aduan yang telah disiasat ketika itu ialah 135, sebanyak 40 aduan yang belum dimulakan siasatan, 51 aduan memerlukan dokumen tambahan, 92 aduan dalam kategori tiada tindakan lanjut dan 124 aduan bukan di bawah bidang kuasa Lembaga Disiplin.
 
Sponsored Post

mikhail

Fun Poster
Joined
Sep 19, 2006
Messages
880
Reaction score
0
Points
15
kiter sendrik buleh pk tahap kepimpinan org AMENONG,jika benar spt didakwa maka tak lama le pegang kerajaan ni hehehe...
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
taktau lah jika saudaraku mido masih nak cakap UMNO ni perjuangkan Islam, sedangkan bergelumang dengan rasuah....

sayangnya...
 

z3t_ex

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
aduan kemain byk..
tindakan mungkin 1/2 dr 900,
atau xde langsung
 

kambing gurun

Active+ Member
Joined
Mar 23, 2008
Messages
3,252
Reaction score
1
Points
25
Gong dipalu diorg mmg kuat... Bunyik??? Mmmmmmm, sendri mau ingatlahhhhh~X(
 

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
ontahla...
sume main duit je skrg..
 

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
ada wang blh beli org..
ada wang blh beli jawatan..
serba serbi wang..
da mmg darah daging UMNO mcm tu..
kesian rais yatim melaung2 sorang2 nk menentang rasuah..
 

DDos

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,111
Reaction score
690
Points
166
prinsip dalam umno:

1.wat jahat polis tak leh sentuh, hanya disiasat oleh badan disiplin parti

2.rasuah, wat lari duit berguni2 hanya dikenakan tindakan disiplin, polis takleh masuk campur(klau PR, ambik duit 5 hinggit pun, time tu jugak BPR serbu yg dah standby belakang pokok pisang)

3.kalu wat jahat dan dosa tak termaktub dalam undang2, hanya boleh setel dalam parti saja
 

mikhail

Fun Poster
Joined
Sep 19, 2006
Messages
880
Reaction score
0
Points
15
ada wang blh beli org..
ada wang blh beli jawatan..
serba serbi wang..
da mmg darah daging UMNO mcm tu..
kesian rais yatim melaung2 sorang2 nk menentang rasuah..

dah sah2 nama pon rais yatim jadi sorang2 la dia ni,ujung tu yatim huhuhu...:(:)((
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register