BTC USD 47,020.5 Gold USD 1,754.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO Takkan Menipu Kerana Parti Mahukan Keberkatan, Reda Allah

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
2,104
Reaction score
760
Points
81
24.07.2021 - Kuala Lumpur, Umno, kata presidennya, tidak sekali-kali akan sanggup berbohong, memfitnah atau menawarkan janji yang indah-indah dalam manifestonya dalam perjuangan mendapatkan kembali kuasa di negara ini. Hal itu kata Ahmad Zahid Hamidi diputuskan begitu kerana parti berkenaan mahu mencari kemenangan yang mendapat rahmat Tuhan. Bukan begitu cara parti Umno berpolitik. Kemenangan dengan cara begitu tiada rahmatnya.

"Kita perlukan keberkatan dan keredaan Allah SWT apabila kembali mentadbir kelak," katanya dalam hantaran di media sosial petang ini.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu berkata sedemikian sebagai mengulas komen pengikutnya yang menyarankan agar Umno 'belajar' daripada Bersatu, DAP dan PKR untuk mendapatkan semula kuasa selepas mereka gagal mendapat mandat rakyat pada 2018. Tanpa mendedahkan siapa pengikut media sosialnya yang memberikan komen itu, Ahmad Zahid berkata, dia tergelak membaca pandangan itu dan faham kata-kata tersebut berbentuk sinis saja.

"Tetapi ini jaminan saya sebagai presiden UMNO: tidak sesekali Umno akan menipu rakyat, apatah lagi sanggup berbohong, memfitnah dan menawarkan manifesto 'bukan kitab suci'," katanya.

Untuk rekod sewaktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan pusat selepas PRU ke-14 lalu, gabungan itu diasak pembangkang agar mengotakan janji-janji pilihan raya mereka. Ketika sesetengah janji tersebut dilaksanakan atau dalam proses pelaksanaan, sebahagian lagi berdepan kekangan termasuk dari aspek perundangan. Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri - sewaktu menjawab desakan tersebut - mendakwa manifesto pilihan raya bukanlah kita suci yang wajib dipatuhi sepenuhnya.

Sebaliknya kata Mahathri ia adalah panduan kepada kerajaan dan kadang-kadang ada antaranya tidak dapat dilaksanakan justeru semua pihak perlu berfikiran praktikal. Kata Ahmad Zahid dia yakin perjuangan Umno akan dipermudahkan dengan bantuan Tuhan.

"Insya-Allah Yang Maha Esa membantu perjuangan penuh tulus ikhlas. Rakyat juga semakin matang menilai antara kebenaran dan propanganda," katanya.​

1627116276080.png
ha lah ha lah ha lah...🤣🤣🤣🤣🤣
 
Sponsored Post

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
8,284
Reaction score
1,272
Points
151
dia ckp masa tgh hi ke?

masa tu otak tgh servis kt kedai kot?
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,881
Reaction score
1,133
Points
201
Menipu tak bole. Rasuah & menyamun bole.
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,936
Reaction score
715
Points
81
Bahana PKP lama sangat ni

Tekanan mental.. cakap pon dah merapu
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,093
Reaction score
2,778
Points
201
Manusia memang kuat menipu lah
Menipu tu adalah tabiat manusia

Kita pun ada buat dgn makbapak kita, majikan kita, tuhan kita
dan
Menipu di benarkan demi menjaga ummah

Bukan umno ph dap pas etc saja menipu
Pm atau presiden di merata dunia pun ada tipu juga. Ustaz2 kaki tipu pun ada
A2-EAD71-D-A0-A5-47-CA-B4-F0-6-F3-C47-F5-A0-D6.jpg

Tak perlu diherankan
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
9,329
Reaction score
479
Points
91
Cakap serupa sampah.... Sblm cakap sudah berbau busyuk.... Pecah amanah... Bahaya oooo.....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register