BTC USD 64,939.2 Gold USD 2,357.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO Selangor Kembalikan 75 Jawatan Ketua Kampung Kepada Kerajaan Negeri

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,329
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,329
Reaction score
6,489
Points
916
Awards
1
12.04.2024 - Umno Selangor sebaliknya mengambil lantikan jawatan pengerusi komuniti desa Madani yang bakal diwujudkan di setiap kampung seluruh Selangor. Umno Selangor mengembalikan tawaran 75 daripada 373 jawatan ketua kampung atau pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kepada kerajaan negeri. Ketua Umno Selangor, Megat Zulkarnain Omar Din berkata, ia sebaliknya akan mengambil lantikan jawatan pengerusi komuniti desa Madani yang bakal diwujudkan di setiap kampung seluruh Selangor di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Katanya, ketua bahagian sudah menyerahkan senarai calon untuk jawatan itu kepadanya.

“Selepas raya, saya akan adakan pertemuan dengan semua pengerusi dan setiausaha yang berjumlah 746 orang untuk saya serahkan watikah mereka dengan disaksikan semua ketua bahagian yang tadi juga saya sudah bentang dalam mesyuarat perhubungan (Sabtu lalu). Semua bahagian saya sudah minta menamakan calon pengerusi komuniti desa Madani di peringkat kampung. Saya sudah terima dan diangkat kepada kementerian, kelulusannya pun kita sudah dapat,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Akhbar itu dalam analisisnya sebelum ini melaporkan Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Borhan Aman Shah mendedahkan Umno ditawarkan 75 jawatan pengerusi MPKK. Formula itu berdasarkan jumlah kerusi dimenangi Barisan Nasional di DUN Sungai Air Tawar dan Dusun Tua, walaupun parti itu menegaskan untuk terlibat dalam pemilihan pengerusi MPKK selepas mengembalikan semula kuota lantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan.
1712894126275.png
 
Back
Top
Log in Register