BTC USD 16,941.4 Gold USD 1,797.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umno rugi jika KJ tak tanding PRU15 - Reezal

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,079
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,079
Reaction score
20,163
Points
2,866
Awards
1
1662339342811.png


Umno rugi jika KJ tak tanding PRU15 - Reezal

Diterbitkan: Sep 5, 2022 8:15 AM

Dikemaskini: 8:15 AM


Satu kerugian buat Umno jika Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin tidak bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-15, kata ahli majlis tertinggi parti itu, Reezal Merican Naina Merican.
Khairy semalam menyatakan dia akan memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, yang juga ketua bahagian Rembau untuk bertanding di parlimen itu dan tiada kerusi pengganti yang disediakan untuk dirinya setakat ini.

Reezal - yang merupakan menteri belia dan sukan - berkata walaupun Khairy lantang, dan sering memberikan sudut pandang atau perspektif yang agak berbeza, ia tidak bermakna pandangannya betul semuanya atau salah semuanya.

"Khairy juga dilihat sebagai personaliti yang boleh memberi keseimbangan untuk menarik pengundi khususnya kumpulan belia 18 tahun dan pengundi kali pertama.




"Perubahan demografi pengundi pasca Undi18 ini juga dilihat cukup dinamik dan Khairy mempunyai aura tersendiri yang boleh mengekalkan momentum kemenangan buat Umno dan BN," kata Reezal dalam catatan Facebook malam tadi.


76c2395affdff8d6d0043881c8f7052c.jpg



Khairy - yang memegang kerusi Rembau sejak 2008 - semalam berkata bahawa dalam senario terburuk, dia mungkin tidak akan bertanding PRU15.
Katanya, dia telah diminta mencari kerusi lain untuk bertanding, tetapi tidak mahu menceroboh kawasan orang lain.

Pemuda Umno Seremban bagaimanapun mempunyai cadangan agar Khairy bertanding di kawasan mereka.




Ketua Pemuda bahagian Zool Amali Hussein mencadangkan Khairy bertanding di Seremban - kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh MCA dan merupakan kubu kuat DAP.
Parlimen Seremban kini disandang oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, yang memenangi kerusi itu pada 2013.

“Saya amat menggalakkan Khairy bertanding di Seremban kerana terdapat peningkatan pengundi muda dan Melayu,” katanya.
Kali terakhir BN memegang Seremban, sebuah kerusi campuran bandar, adalah pada 2004.
 
Last edited:
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,079
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,079
Reaction score
20,163
Points
2,866
Awards
1

Pilihan Khairy: Kerusi campuran, Seremban atau Port Dickson​


September 5, 2022 8:15 AM

Khairy-Jamaluddin-FB1.jpg


Khairy Jamaluddin yang merupakan Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal berkata, beliau mungkin tidak bertanding pada PRU15. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin masih merupakan aset kepada parti itu dan tidak mungkin digugurkan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, membazir untuk Umno tidak mencalonkan Khairy, manakala Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, parti itu akan mendapat persepsi negatif.

Azmi memberitahu FMT, Khairy menunjukkan prestasi baik sebagai menteri sains, teknologi dan inovasi, di mana beliau memikul tugas besar dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), dan kini menjadi menteri kesihatan.

“Walaupun beliau agak menyendiri, menentang Presiden (Ahmad Zahid Hamidi), keseluruhannya beliau adalah aset Umno, khasnya dalam menarik pengundi neutral,” kata Azmi.



“Khairy tidak lantang menentang kehendak presiden, berbanding individu lain seperti (Ahli Parlimen Ketereh dan bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa).”

Oh pula berkata, Khairy menampilkan imej reformis yang amat diperlukan Umno, sesuatu yang sangat diperlukan untuk parti itu menarik sokongan pengundi atas pagar.

Tetapi, beliau mendapati Khairy berpotensi menghadapi kesukaran kerana beliau tidak disenangi “puak arus perdana” dalam Umno.
Semalam, Khairy dilaporkan berkata, beliau mungkin tidak bertanding dalam PRU15 selepas diminta “memberi laluan” kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan di kerusi Parlimen Rembau.

“Tak apa, senario terburuk, saya tidak akan bertanding,” kata Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal.

Azmi berkata, Khairy boleh bertanding hampir mana-mana kerusi Parlimen di Negeri Sembilan kerana beliau “boleh menyesuaikan diri secara semula jadi”.

Tetapi, Azmi dan Oh senada, kerusi seperti Seremban boleh memusnahkan kerjaya politiknya kerana beliau mungkin berdepan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook yang memenangi kerusi Parlimen itu sejak 2008.

Azmi berkata, Khairy boleh bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson, tetapi hanya jika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak bertanding semula di sana.

Jika Anwar bertanding di kerusi lain, katanya, terdapat peluang baik untuk Khairy merampas semula kerusi Port Dickson buat Umno.

Oh berkata, Khairy berpeluang menang di banyak kerusi campuran kerana prestasinya sebagai menteri Kabinet sejak 2020 diterima baik kebanyakan rakyat Malaysia.
 

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,881
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jan 26, 2007
Messages
27,881
Reaction score
4,622
Points
266
Awards
1
fuh campak KJ kat kerusi mati
aktiviti cantas mencantas bermula
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,079
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,079
Reaction score
20,163
Points
2,866
Awards
1

KJ akur, beri laluan Tok Mat bertanding Parlimen Rembau​


4 September 2022

MGF04092022_MAJLIS-PERASMIAN-PENUTUPAN-MINGGU-KESEDARAN-PENDERMAAN-ORGAN-6-681x454.jpg


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (tengah) bergambar bersama penduduk sempena kempen Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2022 di Dataran PPR Seri Alam 2, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM 04 SEPTEMBER 2022.


KUALA LUMPUR – “Sebagai orang parti, orang tahu kesetiaan saya, saya tak pernah lompat ke mana-mana, setia dengan UMNO, saya ikutlah apa arahan dari pucuk pimpinan parti.”

Demikian reaksi Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung keputusan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hendak bertanding di kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).




Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu, beliau sudah dimaklumkan oleh Mohamad atau Tok Mat supaya mencari kawasan lain untuk bertanding nanti.

“Ya, dia (Tok Mat) dah maklum pada saya untuk saya pergi ke tempat lain dan oleh kerana beliau adalah Ketua Bahagian Rembau, saya timbalan kepada beliau, saya kena bagi laluanlah.

“Beliau kata nak bertanding di Rembau dan minta saya bagi laluan kepadanya. Saya tidak ada halangan. Saya kena bagi laluanlah,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) 2022 di sini hari ini.



Semalam, Tok Mat menyatakan hasratnya untuk terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam PRU-15 ini.
Malah beliau juga turut mengintai kerusi Parlimen Rembau.

Ditanya ke mana beliau akan bertanding, Khairy menjelaskan;



“Itu saya tak tahu, sebab saya dari Rembau. Saya Timbalan Ketua Bahagian Rembau. Saya tak tahu tempat atau kawasan lain sebab saya berpolitik di Rembau lebih 20 tahun dan jadi Ahli Parlimen hampir 15 tahun di sana.

“Saya tak pernah fikir nak jadi ahli Parlimen atau calon di tempat lain. Kenapa saya nak fikirkan tempat lain, sedangkan saya sudah 15 tahun di Rembau. Bila saya diberitahu untuk keluar cari tempat lain, maka saya kenalah sekarang berusaha sekiranya ada kawasan nak terima saya,” katanya sambil ketawa.

Beliau juga menjelaskan akan akur kalau pucuk pimpinan memintanya bertanding di kawasan lain atau tidak lagi memilihnya sebagai calon pada PRU ini.

“Saya akan akur dan kalau pucuk pimpinan tak pilih saya bertanding pun saya akan terima sebab saya orang parti. Cuma setakat ini saya belum terima apa-apa arahan lagi.

“Saya nak pergi tempat lain pun rasa malu juga (ketawa)… nak ceroboh kawasan orang lain sebab politik UMNO ini kita bertanding di kawasan kita, kawasan di mana kita menjadi ahli, berkhidmat dan berjasa di kawasan tersebut.

“Sekarang ini terpulanglah kepada pucuk pimpinan parti dan pada masa sama menunggu arahan itu saya sedang berusaha bertanya khabar dengan kawan-kawan yang mungkin ada tempat nak beri kepada saya, tapi kalau tak ada pun, tak apa,” katanya. – MalaysiaGazette
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,079
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,079
Reaction score
20,163
Points
2,866
Awards
1
KJ ni kena btanding kat Klantan .. DUN CMM ... tgok CMM nak pangkah dark&tall ka ... nak pangkah pak aji ka
hehe tn eizz ni, mmg terbaik (y)
:D
 

puterekota

Fun Poster
Messages
248
Joined
Jan 2, 2016
Messages
248
Reaction score
64
Points
20
Biasa je camni. Nak berebut kuasa. KJ ni tak boleh retain kuasa kalau terlalu baik. Nice guys finish last. Kena jahat sikit sikit baru kekal kuasa. Tengok TSKI la, contoh terbaik
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,079
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,079
Reaction score
20,163
Points
2,866
Awards
1
Menarik kalau betul-betul berlaku
https://www.utusan.com.my/.../2022/09/kj-lawan-anthony-loke/

KJ lawan Anthony Loke?​

kj-loke.png


  • 5 September 2022, 7:16 am


SEREMBAN: Selepas terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Rembau selepas sudah 20 tahun berbakti di kawasan itu untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Mohamad Hasan, Khairy Jamaluddin dipelawa untuk bertanding di Parlimen Seremban pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin berkata, pelawaan itu dibuat selepas Khairy berkata akan mencari kawasan lain yang mahukan beliau tetapi sehingga kini masih belum dipastikan lagi kawasan mana yang akan ditandinginya.



Sehubungan itu, katanya, kepemimpinan tertinggi UMNO diharap dapat melihat cadangan berkenaan sekali gus merealisasikan hasrat UMNO untuk bertanding di Parlimen Seremban pada PRU15.

“Saya amat berharap serta mengalu-alukan Khairy untuk bertanding di Parlimen Seremban memandangkan bilangan pengundi muda dan Melayu di sini yang semakin bertambah.

“Pucuk pimpinan parti diharap dapat merealisasikan impian UMNO untuk bertanding di Parlimen Seremban dengan memberi laluan kepada Khairy sebagai calon,” katanya di sini semalam.

Zool Amali berkata, hasrat supaya Khairy bertanding di Seremban sudah dinyatakannya berulang kali sama ada di peringkat akar umbi mahupun kepada pucuk pimpinan parti.

“Kita semua tahu bahawa Rembau akan diberikan kepada Tok Mat (Mohamad). Bagi saya Tok Mat dan Khairy adalah pemimpin tersohor dilahirkan UMNO.

“Amat rugi jika Khairy tidak bertanding pada PRU15, dan saya harap impian UMNO untuk bertanding di Seremban dapat tercapai sekali gus mampu memberikan satu kerusi untuk BN dalam membentuk kerajaan kelak,” katanya lagi.

Khairy dalam satu program di ibu negara semalam berkata, beliau tiada masalah memberi laluan kepada Mohamad tetapi tidak mahu sesuka hati menceroboh kawasan orang lain.

“Tidak pernah terfikir untuk bertanding di kawasan lain, namun sekarang saya akan berusaha jika terdapat kawasan yang mahukan saya,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu juga akur, sekiranya namanya tidak dicalonkan UMNO untuk mewakili Barisan Nasional (BN) dalam PRU-15 akan datang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, kerusi Parlimen Seremban dimenangi oleh Anthony Loke Siew Fook dari DAP dengan majoriti sebanyak 30,694 undi. Siew Fook kini merupakan Setiausaha Agung DAP.

BN di kerusi Parlimen Seremban secara tradisinya ditandingi oleh MCA namun parti itu tewas sejak 2008. – UTUSAN
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,079
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,079
Reaction score
20,163
Points
2,866
Awards
1
TokMat ni bagus terhadap constitutents dia, dia mmg jaga sungguh sungguh
bet kalau dia pegang mana mana area dia mmg boleh perform

KJ based on hasil kerja dia dan reputasi dia mmg mantap
 

Maestro

Super Active Member
gem
Messages
5,413
Top Poster #9
Joined
Nov 11, 2009
Messages
5,413
Reaction score
1,626
Points
151
bukan soal KJ bagi laluan...tok mat yang bagi laluan dah berapa penggal dah kat KJ...diorang satu bahagian...tok mat ketua bahagian rembau...KJ timbalan ketua bahagian..
 
Sponsored Post

Top
Log in Register