BTC USD 64,924.7 Gold USD 2,326.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umno Pernah Tawarkan Jawatan Kepada ADUN PAS Kelantan yang bersedia melompat parti

mzamani

Fun Poster
Messages
343
Joined
Dec 30, 2005
Messages
343
Reaction score
2
Points
15
aku dpt artikel ni kat web tranungkite online...

lu pikiaq arrrr sendiri......
Artikel Oleh Perdana V6

Umno nampaknya kian resah dengan rancangan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengambil alih kuasa pemerintahan di peringkat persekutuan yang dijangka berlaku pada 16 September 2008 apabila Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat ke PR.

Ramai pemimpin-pemimpin Umno yang mengutuk tindakan PR khususnya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kononnya melakukan sesuatu yang tidak demokratik, memerintah melalui pintu belakang dan sebagainya.

Tapi lupakah pemimpin-pemimpin Umno/BN siapa yang mengajar melakukan perkara-perkara ini? Lupakah Umno/BN atau buat-buat lupa tindakan mereka membeli ADUN-ADUN PAS semasa memerintah Negeri Terengganu tahun 1960-an sehingga tumbangnya kerajaan PAS Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar ketika itu, Daud Samad? Adakah itu satu tindakan yang demokratik pada pandangan pemimpin Umno?.

Lupakah pemimpin Umno semasa Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Pasir Kelantan tahun 2005 yang lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Anuar Musa (sekarang Tan Sri) telah
menawarkan secara terbuka kepada ADUN-ADUN PAS yang bersedia melompat parti dijanjikan dengan jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Speaker DUN Kelantan dan EXCO Kelantan.

Jika pemimpin umno sudah terlupa tawaran yang dibuat oleh umno, kita lihat laporan sebuah akhbar bertarikh 26 November 2005 yang menyiarkan tawaran yang dilakukan oleh Anuar Musa yang ketika itu sangat ghairah untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd Aziz Nik Mat :

Umno tawar jawatan kepada Adun Pas
PASIR MAS: Umno Kelantan bersedia menawarkan jawatan Timbalan Menteri Besar kepada mana-mana wakil rakyat Pas yang pertama ‘menyeberang’ dan menyertai Barisan Nasional (BN), jika BN menang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir.


Wakil rakyat kedua yang ‘menyeberang’ dan menyertai BN pula ditawarkan jawatan Timbalan Speaker, manakala wakil rakyat ketiga hingga ketujuh yang mengambil tindakan sama ditawarkan jawatan Exco.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa, berkata BN berbuat demikian untuk faedah rakyat Kelantan, demi mengubah kehidupan mereka yang kini serba ketinggalan.

Dengan seorang daripada wakil rakyat perlu dilantik menjadi Speaker katanya, kedudukan di dalam DUN Kelantan akan menjadi seri 22-22.

“Selepas itu, siapa wakil rakyat Pas menjadi orang pertama hingga ke tujuh menyeberang kita tawarkan jawatan itu.


“Tetapi rasanya ini tidak akan berlaku kerana Pas tidak akan berani mengambil risiko dan menunggu sehingga wakil rakyatnya menyeberang. Lagipun jika ada wakil rakyat Pas yang uzur dan tidak boleh hadir sidang DUN, wakil rakyat BN boleh mengemukakan undi tidak percaya dan jatuhlah kerajaan negeri.

“Walaupun Datuk Nik Aziz kata ada kelebihan setengah kerusi pun beliau tidak akan bubar dewan, tapi saya percaya sebagai orang politik beliau tidak akan berani mengambil risiko,” katanya berucap pada majlis mesra rakyat bersama penduduk Banggol Ara di sini, semalam.

Justeru, kata beliau, jika penduduk Kelantan mahukan perubahan, maka pilihan raya kecil kali ini adalah faktor penentu ke arah itu dan mereka perlu memastikan kemenangan calon BN.

Annuar berkata, selepas 15 tahun pembangkang memerintah Kelantan keadaan taraf hidup penduduknya masih jauh dan sekarang ada 19,000 keluarga miskin dengan 13,000 daripadanya ditakrif golongan termiskin berpendapatan kurang RM250 sebulan, selain kadar pengangguran di kalangan siswazah seramai 25,000 orang.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20051125235306/Article/

Dengan terang-terang Anuar Musa menawarkan pelbagai jawatan kepada mana-mana ADUN PAS yang bersedia melompat parti, turut disiarkan ialah taktik kotor yang dirancang oleh Anuar Musa untuk menumbangkan kerajaan negeri Kelantan melalui undi tidak percaya di dalam siding DUN Kelantan.

Bagaimana penilaian pemimpin-pemimpin Umno/BN dalam hal ini? Kenapa tidak ada pemimpin-pemimpin umno yang mengkritik tindakan Anuar Musa itu?

Kita imbas pula pengalaman yang dilalui oleh Kerajaan Negeri Kelantan dibawah kepimpinan YAB Tuan Guru Nik Aziz ketika berhadapan dengan suasana pemerintahan ketika itu yang hanya mempunyai kelebihan hanya 1 undi, ditambah pula dengan perancangan jahat daripada Umno/ BN yang dikepalai oleh Anuar Musa.

Adakah Tuan Guru Nik Aziz atau kelab penyokong Kerajaan Kelantan, membawa keluar Negara ADUN-ADUN PAS seperti yang dilakukan oleh BN BBC semata-mata untuk mengelakkan Ahli-ahli Parlimen mereka melompat kepada PR pada tarikh 16 September 2008?

Kita boleh saksikan sekarang betapa penakutnya Umno dalam menghadapi suasana politik sekarang walaupun Pak Lah masih mendabik dada kononnya mendapat mandate yang besar dalam PRU yang lepas tetapi hakikatnya Pak Lah sangat gentar dengan Susana politik sekarang, berbeza dengan sikap PAS khusunya Tuan Guru Nik Aziz, walaupun mereka memerintah dengan kelebihan hanya 1 kerusi ketika itu.

Apa yang boleh disimpulkan sekarang ialah, Umno merupakan pemimpin yang hipokrit kerana bercakap tak serupa bikin dan pemimpin-pemimpinnya kini takut dengan baying-bayang sendiri
 
Sponsored Post

well, lompat parti ni tidak bersalahan dengan undang-undang negara..

ini bermakna, Undang-undang Negara Malaysia mengiktiraf sesiapa sahaja yang melompat parti mengikut kerelaannya sendiri..

samada Pemerintah kepada Pembangkang, atau Pembangkang kepada Pemerintah...

yang lain hanya isu teknikal sahaja :)
 
well, lompat parti ni tidak bersalahan dengan undang-undang negara..

ini bermakna, Undang-undang Negara Malaysia mengiktiraf sesiapa sahaja yang melompat parti mengikut kerelaannya sendiri..

samada Pemerintah kepada Pembangkang, atau Pembangkang kepada Pemerintah...

yang lain hanya isu teknikal sahaja :)

betul tu..sebab tu be end nak ade kan akta utk xboleh lompat parti ari tu..diorg kecut perut la tu..
 
bila kes lompat parti x menyebelahi mereka..bantahan keras tu..
mcm2 kenyataan keluar kpd bakal2 yg nak lompat ni..silap2 BPR pn
dah stanby nk 'buat' fail kes..

bila kena atas batang hidung sendiri..pikir la sendiri..
sesiapa pernah dgr tak ayat ni..'jika TDM dipanjangkan umur,
dia pasti akan melihat kemusnahan dlm amno yg telah dia rencanakan
sendiri sebelum dia meletak jawatan..fikir2kan lah..mmg benar2 terjadi sekarang...:-?
 
Isu Isu Lapuk ini Tidak Perlu di jawab

sleep.gif
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register