"UMNO juga perlu keluar BN"

CG Sponsors




serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan sekumpulan penyokong Pas yang mengadakan perhimpunan mendesak parti itu supaya keluar Pakatan Rakyat (PR) sebagai penyokong buat-buat dan menganggapnya seumpama permainan wayang kulit memandangkan mereka yang terbabit itu didakwa bukanlah ahli parti itu.

Nik Abdul Aziz berkata, jika ahli UMNO boleh meminta Pas keluar daripada Pakatan Rakyat, Pas juga boleh bertindak sebaliknya kepada UMNO dengan meminta parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN). :

“Semalam saya buat kenyataan dan sebut kepada setiausaha saya, kalau orang UMNO boleh minta Pas keluar daripada Pakatan, maka saya minta daripada UMNO keluar daripada BN untuk bersama dengan Pas dengan syaratnya dia (UMNO) tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. :

“Kedua, apabila mereka bersama dengan kami, dan Pas sendiri dalam Pakatan sekarang, maka dia kena terima, DAP pun kena terima sama. PKR pun kena terima sama. Sekiranya mereka sanggup bersama dengan kami UMNO kena tukar dasar yang dibawanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009, di sini, semalam.

Beliau berkata, disebabkan Pas di dalam PR maka UMNO juga perlu menerima warga PR itu sekali.

“Ia lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada sekarang ini,” katanya dengan nada sinis.

Mengulas kemungkinan perhimpunan itu didalangi pihak tertentu Nik Abdul Aziz berkata: “Didalangi tu perkara biasa bagi golongan sekular ini. Sebenarnya orang Pas ni dah masak dah. Sejak tahun 1991 lagi macam-macam perkara dibuat.”


http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6263014.asp
 
Sponsored Post

lilbee

Active+ Member
Joined
Nov 13, 2009
Messages
4,801
Reaction score
10
Points
25
"tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam"

kalo UMNO buat, aku tanpa segan silu akan join..

tapi nak ke UMNO buat??:-?:-?
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
saya juga bersetuju jika UMNO keluar BN. ini kerana UMNO sebuah parti yang kuat, dominan dan ketuanan MELAYU mungkin akan dapat diteruskan :)

melaihkan UMNO sebuah parti yang lembik dan nak mampus, maka UMNO perlu stay dalam BN untuk terus menghirup simpati parti-parti komponen lain, terutama parti-parti dari Sabah dan Sarawak untuk terus berkuasa.

semoga UMNO keluar BN.


p/s: :))
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
“Semalam saya buat kenyataan dan sebut kepada setiausaha saya, kalau orang UMNO boleh minta Pas keluar daripada Pakatan, maka saya minta daripada UMNO keluar daripada BN untuk bersama dengan Pas dengan syaratnya dia (UMNO) tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. :

“Kedua, apabila mereka bersama dengan kami, dan Pas sendiri dalam Pakatan sekarang, maka dia kena terima, DAP pun kena terima sama. PKR pun kena terima sama. Sekiranya mereka sanggup bersama dengan kami UMNO kena tukar dasar yang dibawanya,”
yang pertama tuh aku faham..yang bahagian kedua aku kurang faham..boleh jelaskan tak apa maksud bahagian kedua nih..
 

lilbee

Active+ Member
Joined
Nov 13, 2009
Messages
4,801
Reaction score
10
Points
25
UMNO kua BN
PAS kua PR
PAS + UMNO = Parti Islam Malaya...fuh best!
tp cam xlogik jea...nak ke UMNO perjuangkan Islam?...:-?:-?
nak kot..

tengok thread sebelah ayop cam marah je..dia takut PAS xlaksanakan dasar penubuhan negara islam..

mesti dia dah bgtau suruh geng2 dia bertindak sebab bagi dia PAS xleh harap..

xsabar sangat dah dia dengan dasar negara islam..
 

srikandi_syahid

Active Member
Joined
Oct 22, 2009
Messages
1,052
Reaction score
6
Points
25
nak kot..

tengok thread sebelah ayop cam marah je..dia takut PAS xlaksanakan dasar penubuhan negara islam..

mesti dia dah bgtau suruh geng2 dia bertindak sebab bagi dia PAS xleh harap..

xsabar sangat dah dia dengan dasar negara islam..
apa kte kita lantik Ayop jd wakil Pas mesti dia taksub Pas punyale...:)paid
 
Sponsored Post
Top
Log in Register