Umno diminta jelas pembiayaan Juara Rakyat

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PAS meminta Umno menjelaskan sumber peruntukan untuk membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hujung minggu lalu.

Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata penjelasan tersebut dapat mengelak tanggapan bahawa wang rakyat disalahgunakan bagi kepentingan politik parti Umno.

Program Juara Rakya titu dilancarkan Najib yang juga perdana menteri di Tapak Ekspo Bandar Bukit Sentosa di Hulu Selangor.

Mahfuz berkata, Umno perlu menjelaskan bahawa keseluruhan program itu dibiayai dengan sumber kewangannya sendiri.

Katanya, ia termasuk peruntukan berjumlah RM15.6 juta bagi membaiki sebuah pangsapuri di kawasan berkenaan.

"Umno kena jelaskan kepada rakyat bahawa semuanya projek dan program Umno dalam siri kempen Juara Rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera Umno sendiri," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya perkara itu dapat dijelaskan, maka barulah Umno boleh mendabik dada sebagai juara rakyat, seperti yang diuar-uarkan.

"Kalau tidak mereka hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik Umno yang kian pudar dan mulai pupus," katanya lagi.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena turut mempertikaikan peruntukan untuk membaiki pangsapuri itu yang disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

"Adakah gaji pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh Umno. Begitu juga dengan program dan projek-projek lain, apakah mereka tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan?

"Persoalannya ialah kalau Umno hendak mengaku mereka juara rakyat, adakah program dan projek yang mereka buat dalam kempen Umno juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari Umno sendiri?

"Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukkan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung (pangsapuri di Taman Bukit Sentosa). Adakah ini duit dari tabung Umno atau duit negara yang merupakan duit rakyat?" soalnya lagi.
 
Sponsored Post

bijakasb

Fun Poster
Joined
Dec 12, 2009
Messages
889
Reaction score
39
Points
25
aku rasa duit kerajaan nie bukannya umno sorang...
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
mesti la guna duit UMNO...

UMNO memiliki dana yang amat2 besar....:">:">

xkn la plak nk guna duit kerajaan atau lebih tepat lagi duit rakyat...:">:">

nama program pun UMNO juara rakyat....:)paid
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
Weiii.. korang tak ingat ke kes UMNO tak bayar duit ke satu syarikat sempena PRU yg lepas dalam kontrak buat barang kempen UMNO? tup tup ada plak duit UMNO ni nak jadi juara rakyat la kononnya biayai pembaikan kerosakan pangsapuri.

Duit sapa lagi yg diorang nak guna kalau bukan duit rakyat. Duit rakyat tu UMNO anggap duit UMNO. Inilah mentaliti UMNO dan kerajaan yg ada sekarang. kalau korang sakit hati, jgn lupa jundi calon PR dalam PRU akan datang.
 

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
pakai duit hasil jualan enjin jet
 

adifaza

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2006
Messages
3,153
Reaction score
4
Points
25
bak kata ustaz kt ofis aku tadi...

UMNO hanya pandai 'berniaga' dengan rakyat. rakyat jugak yang ditindas akibat 'urusniaga' yang tak betul nih... :(
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,117
Reaction score
1,077
Points
201
umno kaki kelepet .... rakyat plak byk yg noob
 
Sponsored Post
Top
Log in Register