BTC USD 50,695.8 Gold USD 1,784.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO Di Minta Undur Dari BN Pulau Pinang

shane

Legendary Member
Messages
14,052
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,052
Reaction score
245
Points
133
UMNO diminta undur dari BN Pulau Pinang

UMNO Pulau Pinang diminta mengundur diri daripada Barisan Nasional (BN) jika tidak berpuas hati dengan kepimpinan Gerakan yang telah lama menjalankan amanah rakyat di negeri ini.

Naib Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana UMNO dan Gerakan adalah pengasas kepada BN negeri yang sudah lama bekerjasama dalam memastikan tanggungjawab kepada rakyat dijalankan dengan baik.

“Tindakan UMNO (meminta jawatan Pengerusi BN negeri diserah kepada parti itu) dianggap keterlaluan, boleh menjejaskan hubungan baik yang sudah lama terjalin. Di mana hilangnya semangat setiakawan kita?,” katanya.

“Kalau tidak berpuas hati sangat dengan apa yang dilakukan oleh Gerakan, undur diri. Jangan salahkan orang lain yang dianggap tiada kredibiliti untuk mentadbir,” katanya.

Menurutnya, tindakan UMNO menuntut jawatan Pengerusi BN negeri adalah satu tindakan yang rakus.

“Jika perkara ini diusulkan kepada parti komponen lain, saya rasa parti komponen lain pun akan setuju dengan cadangan saya ini supaya UMNO undur diri daripada BN Pulau Pinang.

“Pada saya, tindakan UMNO tidak menghormati parti-parti komponen lain dan ia boleh dikatakan sebagai ‘duri dalam daging’ bagi BN Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, apa yang dikatakan sebagai ‘duri dalam daging’ itu merujuk kepada sikap kerakusan sesetengah pemimpin di dalam UMNO negeri itu.

“Parti Gerakan adalah parti yang menjalankan amanah rakyat, jadi apa yang masih tidak kena dengan parti ini? Sebab itu, saya kata, UMNO rakus dalam mengejar jawatan.

“Kita(Gerakan) tiada masalah dengan mana-mana parti komponen lain termasuk UMNO malah kita mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Pemuda BN negeri, jadi di sini sudah boleh nampak, siapa yang bermasalah sebenarnya,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, jawatan itu wajar diserahkan kepada UMNO berikutan parti komponen BN lain tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum lalu, Khoon Leng menyifatkan itu alasan yang ‘tidak masuk akal’.

“Itu bukan alasan. Kalau nak ikutkan, parti komponen hilang kerusi adalah kerana tindakan UMNO sebelum ini yang tidak disukai oleh rakyat antaranya kenyataan-kenyataan yang dibuat UMNO yang bersifat perkauman selain sikap kerakusan mereka sendiri.

“Parti Gerakan sudah lama buat kerja dari akar umbi. Jadi saya fikir, UMNO perlu ‘tepuk dada tanya selera’ dan apa yang paling dikesali, tindakan mereka seolah-olah tidak menghormati keputusan Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional,” katanya.

Sebelum ini, Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memutuskan untuk menuntut jawatan Pengerusi BN negeri diserahkan kepada parti itu ekoran parti komponen BN lain di negeri itu tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum lalu. -SH


UMNO PP boleh keluar BN PP & join PR buat kerajaang perpaduang!!!:)):)):eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
yah....gaduh lagiiiiiiiiiii
 

VAMP

Ex-Super Mod
Messages
10,440
Paid Membership
Joined
Feb 10, 2007
Messages
10,440
Reaction score
59
Points
130
dlam dewan undangan negeri (DUN), pihak pembangkang semuanya dari parti UMNO je.

klau diorng keluar dan join pr (maybe), siapa lak akan memperjuangkan nasib msyarakt melayu di penang. :"> :D
 

adifaza

Active+ Member
Messages
3,153
Joined
Sep 20, 2006
Messages
3,153
Reaction score
4
Points
25
hahaha... gaduh! amacam UMNO? dah kena penangan Gerakan ke? :eek:

* Tak sabar nak tengok, poster sapa plak yang akan dikoyaknya... :))
 

syah99

Super Active Member
Messages
6,069
Joined
Sep 22, 2006
Messages
6,069
Reaction score
63
Points
70
hunus keris la kalau berani :p
 

mohamad09

Banned
Messages
353
Joined
Aug 20, 2009
Messages
353
Reaction score
1
Points
15
dah sampai masanya utk UMNO wujudkan kerajaan perpaduan melayu di penang.lagipun dah macam mimpi disiang hari GERAKAN boleh menang balik kerusi DAP. so buat apa kerjasama dengan "loser"
 

jejantas

CG Top Poster Club
Messages
24,648
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
Kita tunggu komen2 si Badut hihihihihiihihi
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Messages
182,199
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
nasib la ameno ... :p mari masuk pas byk2 :))
 

adaman

Fun Poster
Messages
296
Joined
Mar 9, 2009
Messages
296
Reaction score
10
Points
15
(UMNO) dah tua mai macam2 penyakit la ada...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register