UMNO dakwa DAP ada agenda halus: Ahmad Zahid

Recommended Brokers


joeaxe

Fun Poster
Joined
May 17, 2008
Messages
192
Reaction score
9
Points
15
Empat sebab UMNO tolak DAP


25 Julai 2019



KUALA LUMPUR – UMNO memberi empat sebab kenapa parti itu tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, salah satu sebab ialah kata-kata Tun Dr, Mahathir Mohamad ketika memimpin UMNO sebelum ini bahawa DAP adalah parti rasis dan anti Islam.

Katanya, sehingga kini UMNO masih ingat dan berpegang kuat pada kata-kata itu, walaupun Dr. Mahathir telah melanggar ‘sumpah’nya sendiri.

Beliau seterusnya memberitahu sebab kedua UMNO tolak bekerjasama dengan DAP kerana perlembagaannya sendiri menyebut ia parti sosialis.

“Sebab ketiga, DAP masih menjadikan Malaysian Malaysia sebagai dasar dan keempat, ia sebuah parti yang memperjuangkan secularism,” katanya menerusia ciapan Twitter beliau hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, parti itu dan Pas bakal menandatangani piagam bersama sebagai usaha menjadikan kerjasama antara kedua parti berkenaan berlangsung secara rasmi, tidak lama lagi.

Melalui piagam itu, katanya, mereka akan menutup pintu untuk mana-mana parti yang menjalin hubungan dengan DAP.

“Perbincangan sudah tamat dimuktamadkan, tak aka nada rundingan dengan parti dalam Pakatan Harapan (PH) selagi mereka berkongsi kuasa dengan DAP,” kata Ahmad Zahid. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/25/empat-sebab-umno-tolak-dap/
ahli MCA hanya sekadar baju...dihati mereka DAP. Buktinya..
berapa kerusi MCA sekarang ye d parlimen.:D:D:D
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,136
Reaction score
5,527
Points
1,316
Umur Dr M dah Isyak nak masuk tahajud - Zahid

Diterbitkan Hari ini 6:12 petang | Dikemaskini Hari ini 6:12 petang



Faktor usia Dr Mahathir Mohamad yang sudah lanjut menjadi sebab DAP mengalihkan pergantungannya kini kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik Sinar Harian berkata demikian ketika berucap pada majlis santai bersama barisan kepimpinan Umno Bahagian Alor Setar di Dewan RC di ibu negeri Kedah hari ini.

"Umur Dr Mahathir dah Isyak nak masuk tahajud dah, jadi mereka (DAP) bergantung pula pada Anwar yang banyak terhutang budi pada DAP,” katanya.

Zahid juga dilaporkan berkata kerja sama Umno-PAS digeruni PH, terutama DAP kerana kuasa majoriti Melayu semakin kukuh.

“Ditambah pula, selepas Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang membenarkan umur 18 tahun mengundi, sebelum ini kita mempunyai 62 peratus pengundi orang Islam dan dicampur dengan usia 18 tahun, menjadi 68 peratus pengundi.

"Jika termasuk Bumiputera, menjadi 72 peratus,” katanya.

Sementara itu, pada satu lagi majlis lain di Kedah, Ahmad Zahid berkata Umno menolak sebarang kerjasama politik dengan Anwar Ibrahim selagi mana beliau terus bersekongkol dengan DAP.

"Umno menolak sebarang tawaran kerjasama dengan Anwar Ibrahim selagi Anwar Ibrahim bersekongkol dengan parti DAP, noktah.

"Saya sebut banyak kali sebab ramai orang tak faham...sebab punca DAP...DAP terlalu halus," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah, hari ini.

Ucapan beliau disiarkan secara langsung melalui laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu Zahid berkata beliau yakin cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri tidak akan tercapai selagi Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkuasa.

"Anwar bercita-cita dan berhasrat menjadi perdana menteri semua org tahu dan semua menjadi rahsia umum bawa perdana menteri sekarang tidak akan pernah memberikan jawatan itu kepada Anwar.

"Semua orang tahu (Mahathir tak akan beri Anwar jadi perdana menteri), ciumlah mulut tujuh kali sehari pun," katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/485657
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,136
Reaction score
5,527
Points
1,316
5 dekad DAP lebih utama Cina’
Zaid Ibrahim akan lompat parti jika gagal jadi YB, dakwa Puad​

27/07/2019



“Zaid Ibrahim kata 50 tahun adalah terlalu lama untuk Melayu semai ketakutan ke atas DAP. Kalau selepas tragedi 13 Mei 1969 tak apalah juga kata Zaid. Ini selama lima dekad.”

Demikian bidas Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menjawab persoalan dibangkitkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, bahawa orang Melayu telah disemai oleh pemikiran negatif mengenai Cina/DAP selepas tahun 1969.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mempersoal Zaid, adakah beliau lupa dalam tempoh lima dekad itu sudah ada usaha untuk memurnikan DAP.

“Tanyalah Ku Li dan Ustaz Hadi. PAS ada pengalaman dengan DAP melalui Semangat 46-Ku Li. Kemudian PAS dengan DAP melalui PKR-Anwar. Tetapi kenapa PAS putuskan hubungan dengan DAP sebelum PRU ke-14?

“Zaid tidak pentingkan itu semua. Dia masuk DAP kerana mahu jadi calon dan menang. Tunggulah, kalau dengan DAP dia gagal jadi YB, dia akan masuk PPBM pula,” katanya.

Terdahulu Zaid menyifatkan, sifat takut kepada DAP berdasarkan premis bahawa parti majoriti Cina itu adalah ancaman kepada status quo orang Melayu dan Islam sudah lapuk.

Katanya, pemikiran sedemikian dapat difahami selepas peristiwa rusuhan kaum 1969 tetapi bukannya lima dekad kemudian.

“Seingat saya, lebih-lebih lagi selepas tahun 1969, orang Melayu telah disemai oleh pemikiran negatif mengenai Cina/DAP. Sejurus selepas 1969, itu boleh difahami tetapi 50 tahun kemudian?” soalnya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Puad berkata, perangai orang Melayu yang masuk DAP seperti Zaid, Wan Ji Wan Hussin, Dyana Sofya dan Norhizam Hassan Baktee menyebabkan orang Melayu semakin sangsi dengan DAP.

“Apatah lagi selama lima dekad, DAP tidak pernah meninggalkan perjuangan Malaysian Malaysia. DAP lebih mengutamakan isu kaum Cina.

“Ada DAP bising apabila seorang murid prasekolah (SK) maut terjatuh daripada jambatan gantung yang tidak diselenggara di Lilingkuon Tongod Sabah. DAP pasti melalak jika ia membabitkan murid SJKC atau SJKT.

“DAP tidak lantang pun dalam kes Adib? Tetapi dalam kes Teoh Beng Hock (tahanan SPRM) DAP membelanya hingga ke hari ini sampai mayat digali semula,” kata Puad.

https://www.ismaweb.net/2019/07/27/5-dekad-dap-lebih-utama-cina/
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,136
Reaction score
5,527
Points
1,316
Zahid cabar Mat Sabu nafi DAP biayai Amanah

28 Julai 2019 3:02 PM


AHMAD ZAHIDI HAMIDI menerima cenderamata yang disampaikan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abdul Ghaffar selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Barat di Ipoh hari ini. - UTUSAN ONLINE

IPOH 28 Julai - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dicabar untuk menafikan bahawa punca kewangan parti tersebut sebenarnya adalah dibiayai oleh DAP.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penafian itu perlu dilakukan bagi menepis dakwaan tentang pembabitan DAP pada awal penubuhan Amanah.


“Saya buat cabaran terbuka terhadap Mat Sabu untuk menafikan siapa yang membiayai Amanah hingga sekarang? Sila nafikan bahawa Amanah telah dibiayai oleh DAP dari segi kewangan.

“Jangan menuduh Pas terima dana sebanyak RM90 juta daripada UMNO. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah bawa kes itu ke mahkamah di London dan tiada bukti mahupun saksi mereka menerima dana kononnya melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Barat di Bangunan UMNO Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, perpecahan di dalam Pas berlaku lebih awal daripada UMNO ekoran perancangan oleh DAP untuk menarik 10 peratus sokongan orang Melayu.

“Sebab apa DAP ini beritahu kalau mahu jadi Perdana Menteri semula, Pakatan Harapan mahu menang, buat dua perkara iaitu ambil 10 peratus orang Melayu dari UMNO dan Pas.

“Itu perancangan halus DAP yang akhirnya mereka menang. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diwujudkan atas cadangan DAP, Amanah juga diwujudkan atas cadangan mereka,” katanya.

Tambah beliau, meskipun PH menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu dan berjaya membentuk kerajaan namun ia adalah sebuah kerajaan boneka DAP.

“Kita menentang DAP bukan kerana namanya DAP tetapi kerana mereka mahu memecahkan orang Melayu. Perpecahan orang Melayu pada PRU-14 menyebabkan orang Melayu hilang kuasa.

“Benar Perdana Menteri adalah orang Malayu tetapi kerajaan yang ada adalah kerajaan boneka DAP,” katanya.-UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/politik/zahid-cabar-mat-sabu-nafi-dap-biayai-amanah-1.945468
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
45,136
Reaction score
5,527
Points
1,316
Siapa 'orang' Dr. Mahathir yang kunjungi Zahid?

28 Julai 2019 7:46 AM



KUALA LUMPUR 28 Julai - Jika benar dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada 'orang' Tun Dr. Mahathir mengunjunginya, persoalan yang timbul ialah siapakah orang berkenaan dan kenapa kunjungan itu dilakukan.

Adakah itu kunjungan persahabatan atau kunjungan untuk mencari satu ikatan ekoran suasana politik tempatan sekarang melihat pelbagai pihak cuba mencari tempat berpaut untuk mengukuhkan kedudukana masing-masing.


Semalam, Ahmad Zahid mendakwa dirinya dikunjungi 'orang' Dr. Mahathir namun Presiden UMNO itu tidak menjelaskan secara lebih lanjut adakah kunjungan itu disertai dengan jemputan untuk menyerti pakatan kerajaan.

Apa yang dinyatakan oleh beliau ialah orang berkenaan ajak berbincang dan Ahmad Zahid hanya menyatakan UMNO meletakkan tiga syarat sekiranya mahu parti itu ikut menyertai gabungan yang diterajui pengerusi Bersatu.

“Ingin saya maklumkan hari ini bahawa saya telah didatangi ‘orang Tun’ (Mahathir) supaya kita (UMNO dan Bersatu) duduk berbincang (bekerjasama) baru-baru ini.

“Maka saya sebutkan pendirian dengan jelas bahawa UMNO sama sekali tidak mahu DAP menjadi rakan kongsi (bekerjasama); kedua, membawa Pas bersama-sama (kerjasama politik) dan ketiga, tidak membubarkan UMNO,” katanya dalam ucapan semasa menghadiri program sarapan bersama barisan kepimpinan UMNO bahagian Alor Setar di Dewan RC di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, pendirian sama juga dilontarkan jika parti-parti lain termasuk PKR ingin menjalin kerjasama politik dengan UMNO.

Katanya, pendirian UMNO tersebut adalah amanah yang perlu dipertahankan beliau sebagai Presiden parti dan kehendak akar umbi ahli-ahli.

Tambah beliau, kuasa majoriti orang Melayu sekiranya bergabung melalui penyatuan ummah telah ‘menggerunkan’ Pakatan Harapan (PH) termasuk apabila Dewan Negara meluluskan untuk membenarkan umur 18 tahun mengundi semasa pilihan raya.

“Sebelum ini kita mempunyai 62 peratus pengundi orang Islam dan apabila dicampur dengan usia 18 tahun (dibenarkan mengundi) ia menjadi 68 peratus pengundi kaum itu. Jika termasuk Bumiputera, ia menjadi 72 peratus,” katanya.

Kelmarin, Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan di Dewan Negara dengan majoriti dua per tiga.

Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan ini, pilihan raya pada masa hadapan akan menyaksikan pengundi berumur 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding umur 21 tahun sebelum ini, selain pendaftaran pengundi akan dilakukan secara automatik. - UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/siapa-orang-dr-mahathir-yang-kunjungi-zahid-1.945322
 

d_conan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 24, 2011
Messages
24,121
Reaction score
862
Points
161
yang ni lawak..dulu sekarang sama je. masa najib attand mesyuarat MCA..terang2 ahli MCA pakai baju SAY NO TO HUDUD...dimanakah anda ketika itu?
Yg lagi best bila gang rani kulup melaungkan hidup melayu lah islam lah..tapi dgn spontan ayah rani cakap apa rukun islam...hahahha kiri kanan org kanan clueless:D:D:D
Rasulullah tak pernah ajar bermusuh dgn bangsa lain.
Dekat malaysia boleh bersatu sujud kesatu arah kiblat yg sama..tapi keluar je dari masjid ..lu ..lu..gua gua...maki hamun pn bersepah. INI SEMUA SEBAB POLITIK TAKSUB kedua dua belah parti.
aik? aku cakap nk pertahan agama pun kelakar?

huhuhu.. aku xde niat pun nk buat kelakar..
 

joeaxe

Fun Poster
Joined
May 17, 2008
Messages
192
Reaction score
9
Points
15
aik? aku cakap nk pertahan agama pun kelakar?

huhuhu.. aku xde niat pun nk buat kelakar..
pertahankan ugama tu bagus..sy sokong sangat..cumanya bukan baru sekarang ugama kita kena kacau...kerajaan yg lepas pn ugama kena kacau juga.
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
17,455
Reaction score
901
Points
161
Zahid ni xpandai main game la
Terus guna nuke bahaye la
Dari lawan berpecah, serangan zahid jadikan lawan bersatu semula

Cuba main game mcm najib
zahid ni game dia kurang cerdik...sesungguh dia tak layak jadi Ketua...emosi terlebih dan terlajak tak pandai..
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
17,455
Reaction score
901
Points
161
“Sebelum ini kita mempunyai 62 peratus pengundi orang Islam dan apabila dicampur dengan usia 18 tahun (dibenarkan mengundi) ia menjadi 68 peratus pengundi kaum itu. Jika termasuk Bumiputera, ia menjadi 72 peratus,” katanya.


Hakikatnya berbanding dgn kaum lain...berapa kerat budak budak antara umur 18-23 tahun org melayu yg daftar untuk mengundi...mrk masing lagi main main...leka dgn media sosial...leka buat viral bowdoh....so keadaan akan jadi mcm tu juga..memberikan kelebihan kpd kaum lain yg dah sedar...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register