UMNO beri 'Ang Pau' RM300, umpan pengundi Cina

CG Sponsors




kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
UMNO beri 'Ang Pau' RM300, umpan pengundi Cina

Khairul Azlam Mohamad
Fri | Dec 26, 08 | 12:55:58 pm MYT


KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Hrkh)- Pengundi Cina diingatkan agar tidak termakan 'umpan' dana khas kerajaan Persekutuan yang kini mula diagihkan sebagai 'Ang Pau' oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Pengerusi DAP cawangan Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata pembahagian duit 'Ang Pau' yang digunakan dari peruntukkan dana khas sedang giat diagih-agihkan kepada penduduk di Bandar Kuala Terengganu.

Katanya, pemberian tersebut berselindung atas nama sempena Tahun Baru Cina diagih-agihkan kepada penduduk berketurunan tionghua.

"Saya harap rakyat terutama pengundi kaum tionghua yang akan terlibat dengan Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu ini tidak termakan �umpan� dana khas RM300 seorang itu.

"Duit 'Ang Pau' dana khas itu boleh ambil sebab bukan duit peribadi pemimpin MCA-BN tetapi itu memang duit rakyat yang diambil dari royalty.

"Saya harap rakyat boleh ambil duit sahaja tetapi undi dalam Pilihan Raya Kecil pada 17 Januari 2009 depan kita (pengundi) tidak gadai hanya kerana 'habuan' RM300 sahaja," jelasnya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yakin para pengundi dan rakyat di Terengganu ini terutama kaum tionghua sudah matang berpolitik serta dapat mengikut arus perubahan tsunami politik seluruh negara.

Kata Ng, pemberian dana khas (Ang pau) itu sememangnya patut diberikan kepada semua rakyat yang layak dan bukan di kalangan pengikut serta penyokong MCA dan kerajaan BN sahaja.

"Orang (BN) bagi duit ambil, orang bagi kain pakai, orang bagi gula kacau, tetapi tiba masa mengundi kita (rakyat) tolak BN undi PAS," ujarnya mengambil kata-kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, masyarakat Cina di Kuala Terengganu ini tidak mendapat pembelaan yang baik meski pun mempunyai seorang wakil rakyat dari kalangan parti MCA.

Katanya, pelbagai masalah gagal diselesaikan oleh kerajaan BN termasuk kesesakan jalan di Bandar, kekurangan parkir kereta, longkang tersumbat, banjir kilat dan pembangunan tidak seimbang.-azm _



p/s : adeh...ini sudah dikira rasuah nie. dah la tu, guna duit orang Melayu plak untuk raih undi orang Cina....memang rosak CIS lah UMNO nie...
 
Sponsored Post

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
Orang beri, ambillah. Ikut nasihat Tuan Guru.
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
klu cenggini bangsa lain pun boleh gi tuntut duit rm300 nih la eekkk...

dah dia kata duit royalti untuk rakyat...
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
Aku sangat setuju cara BN kempen kat K Terengganu.

Beri peruntukan RM300 pada pengundi supaya 'Pangkah' bulan !

Parti Bulan tak yah buat apa2 sekarang, kerana BN dah sediakan cukup peruntukan !

Baiknya BN.
 

rising_spirit

Active Member
Joined
May 24, 2008
Messages
1,456
Reaction score
1
Points
25
satu bentuk rasuah tetapi diterjemahkan sebagai ang pow...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register