BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umno akan jadi mangsa DAP

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Umno akan jadi mangsa DAP

April 18, 2023
PAS dah lalui zaman Pakatan Rakyat (PR) dan tahu sangat putar belit DAP. Apa dia yang DAP nak dari PAS masa itu hanya nak undi Melayu.

Lepas PRU13 ahli PAS tersentak dan sedar tipu daya DAP. Saya sebahagian dalam kerajaan ketika 2008-2015.

Melayu yang terpedaya dengan lakonan Lim Guan Eng-DAP terus keluar parti dan tubuh parti oren.

Hasil dari DAP berjaya pecahkan PAS melalui beberapa individu tertentu, mereka putuskan hubungan dan keluar PR.

Parti BERSATU pula berkawan 22 bulan dalam PH.

Rakan-rakan dari BERSATU nampak kelaku DAP yang biadab kepada Islam, berpecah dan terus keluar PH.

Parti Ultras Melayu kini mangsa seterusnya. PH hanya perlu 10 peratus undi Melayu.

Ternyata tipu daya PH-DAP berjaya mendapat 11 peratus undi Melayu dalam PRU15 lalu dan ditambah pula BN bertaut pada PH-DAP untuk kelangsungan hidup. Kebetulan itulah yang diharapkan DAP-PH.

Soalannya mampukah lagi mereka mendapat sokongan Melayu?

Namun BN kali ini bukan lagi dominan. Mampukah bertahan lama bersama DAP dengan umpan 3-5 kerusi DUN sahaja untuk bertanding di Penang.

Gelombang hijau beralun-alun, alunnya tinggi di Pulau Jerjak. Marah orang Melayu jangan sampai dibalun, nanti dibalun hingga hilang tiada dapat dijejak.

Sebagai rakan-rakan yang pernah kita bersama, adalah lebih elok Umno duduk dengan PAS dan Muafakat Nasional serta Perikatan Nasional demi persaudaraan Islam.

ISZUREE IBRAHIM
Setiausaha
PAS Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 18/4/2023

Sebagai rakan-rakan yang pernah kita bersama, adalah lebih elok Umno duduk dengan PAS dan Muafakat Nasional serta Perikatan Nasional demi persaudaraan Islam.

Mana ada eloknya UMNO duduk bersama PAS/MN/PN. UMNO sentiasa jadi duri dalam daging kpd semua rakan dlm gabungan yg ada UMNO. Beri nyawa kpd UMNO umpama jerut leher sendiri. Elok UMNO pupus je. Politik Malaysia akan jadi jauh lebih baik tanpa UMNO 😂
 
Xlama dah..scheme of thing bos..
 
Back
Top
Log in Register