BTC USD 62,284.7 Gold USD 1,764.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMK bersama pelajar luar Negara bantu tingkat ekonomi penduduk Orang Asli

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
GUA MUSANG, 5 Sept — Seramai 32 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersama 19 pelajar luar negara berkampung di Kampung Lambok, Kuala Betis, di sini untuk membantu masyarakat Orang Asli dalam proses pembangunan ekonomi dan sosial kemasyarakatan.

Program selama lapan hari bermula hari ini akan turut memberi manfaat kepada perkembangan pembelajaran pelajar terbabit dalam membuat kajian dan mengumpul maklumat berkaitan masyarakat Orang Asli.

Pengarah Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK Prof Dr Farok Zakaria berkata pelajar terbabit terlibat dalam program Perusahaan Sosial Untuk Pembangunan Ekonomi (SEED) yang lebih memberi tumpuan kepada lima aspek utama iaitu pendidikan masyarakat itu, industri kraftangan, herba, pertanian dan penjagaan kesihatan.

“Kita berharap pelajar dan kaum Orang Asli menumpukan sepenuhnya dalam kajian tersebut serta pembangunan ekonomi, agar ianya membawa kesan terbaik selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis Suai Kenal dan Taklimat Program SEED di Kampung Lambok di sini hari ini.

Pelajar asing terbabit dari universti di Thailand dan Vietnam, serta pemerhati dari Jerman dan Jepun.

Dr Farok berkata program SEED itu merupakan kali ketiga dilaksanakan di Kelantan di mana kali pertama dan kedua dibuat di Tumpat baru-baru ini, hingga mampu memberi peningkatan ekonomi kepada penduduk terpilih yang menjalankan perniagaan.

Katanya melalui program tersebut, masyarakat Orang Asli Kampung Lambok akan diberi bimbingan khusus untuk membantu mereka dalam industri yang diceburinya.

Wakil masyarakat Orang Asli kampung berkenaan, Jabal Salleh berkata mereka mengalu-alukan kedatangan pelajar terbabit bagi membantu kaum itu mencapai kemajuan.

“Kita mengakui masih hidup mundur dan banyak perkara yang perlu dipelajari, terutamanya membabitkan industri yang pernah diusahakan penduduk Orang Asli, tetapi tidak produktif sebagaimana kaum lain di negara ini.

“Apa yang kita harapkan usaha yang dilakukan pelajar itu akan membawa perubahan lebih besar dalam kehidupan Orang Asli terutama cara terbaik bagi meningkatkan pendapatan menerusi aktiviti yang dijalankan,” katanya. — Bernama
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register