Umie Aida Reda Jika Tiada Anak Kandung

Recommended Brokers


dhiaperfumes

Banned
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
60
Points
120

Pelakon Datin Umie Aida terpaksa reda seandainya tidak dikurniakan cahaya mata menerusi perkahwinan yang sudah dibina hampir tiga tahun bersama Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.

Umie atau nama sebenarnya Umi Kalsum Rahmad Ali, 40, berkata, dia tidak lagi memikirkan soal cahaya mata atau mahu melakukan sebarang usaha untuk mendapatkan anak.

"Saya sangat suka budak kecil, bila tengok anak Eja (Siti Shahrizah Saifuddin) atau anak kawan-kawan saya yang lain saya rasa tersentuh hati.

"Namun Allah tidak beri rezeki itu dan saya reda. Sekarang saya tidak fikir tentang anak. Mungkin selama ini salah saya kerana kahwin lewat," katanya.

Umie mempunyai dua anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus, 20, dan Mohd Dzulhelmy, 19.

Dalam pada itu, Umie berkata, dia gemar berlakon bersama kanak-kanak kerana dapat merasai satu suasana yang tenang dan ceria berbanding ketika bersama pelakon dewasa.

"Saya suka berlakon dengan kanak-kanak seperti dalam drama Ummi baru-baru ini kerana bagi saya ia telah memberikan saya satu perasaan yang berbeza dan bukan hanya sekadar berlakon," katanya.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,864
Reaction score
20,715
Points
1,661
Umie ambil lagi anak angkat



“SEKARANG saya seperti ibu yang baru bersalin. Semuanya saya buat sendiri,” kata pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida yang mengambil bayi perempuan berusia 12 hari sebagai anak angkatnya.


Umie, 46, atau nama sebenarnya Umi Khalaum Rahmad berkata, pada awalnya dia tidak merancang namun tidak mampu menolak rezeki Allah SWT.

Menurut Umie, kehadiran anak syurga itu dalam hidupnya bersama suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah rezeki yang tidak ternilai.

“Pada awalnya saya ‘forward’ mesej kepada semua rakan dan bertanya jika mereka inginkan anak angkat ketika bayi itu baru dilahirkan 12 hari lalu. Memandangkan tidak ada maklum balas, saya buat tak tahu saja. Saya berfikir mungkin mereka akan menghubungi ibu bayi ini sendiri.

“Namun, pada sebelah tengah hari saya tergerak hati bertanya semula kepada ibu bayi ini sama ada sudah ada yang berminat atau belum. Apabila diberitahu tidak ada siapa yang memberi maklum balas, saya terus berkata saya nak.

“Padahal sebelumnya saya tidak ada perancangan ke arah itu pun. Tapi, kuasa Allah yang menggerakkan hati kita. Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki untuk saya, bayi ini dan keluarganya,” katanya.

Umie yang juga pelakon filem Dukun berkata, bayi yang belum diberi nama itu juga adalah amanah besar buatnya.

“Ini amanah dan ia besar rahmat. Macam mana saya besarkan dan didik dua anak sebelum ini. Apa yang penting adalah didikan agama.

“Insya Allah, saya cuba untuk menggunakan pendekatan digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam mendidik anak. Caranya, perdengarkan ayat al-Quran selama sebulan untuk satu juzuk. Begitulah seterusnya. Jadi, apabila sudah boleh bercakap, terus ajar mengaji. Dalam masa enam bulan selepas itu, dia sudah boleh khatam. Saya cuba buat macam itu. Semoga Allah permudahkan. Dalam masa sama mendidik diri juga,” katanya.

Umie juga berkongsi, suaminya tidak menghalang keputusannya mengambil anak angkat.

“Suami tidak membantah. Dia okey dan suka,” katanya.

Menurut Umie lagi, selama 12 hari ini bayi itu sentiasa ada bersamanya termasuklah membawanya ke lokasi penggambaran Mak Cun musim kelima.

“Saya tidak pernah lagi tinggalkan bayi ini bersama pembantu. Kalau boleh saya nak sentiasa ada bersamanya. Jadi, ketika terbabit dalam penggambaran Mak Cun, saya bawa sekali ke lokasi,” katanya.

Umie yang berkahwin dengan Khairuddin Mac 2010 tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum ini, Umie sudah memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhelmy, 25.


https://www.hmetro.com.my/utama/2019/07/472651/rezeki-umie-dapat-bayi-perempuan
 

Syedz

CG Top Poster Club
Joined
Dec 23, 2008
Messages
21,898
Reaction score
94
Points
125
dia kawin memang lewat,
tapi rezeki Allah tu kita tak tahu..
banyak2 la berdoa..
usaha kena tingkatkan lagi..
jgn putus asa..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register