BTC USD 38,785.3 Gold USD 1,823.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umi mungkin dijel 12 tahun

voda

Active Member
Platinum Member
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
pix_middle

TERSENTUH... Lazim membaca akhbar kisah Umi Azlim.

PASIR PUTEH: “Jika benar hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan terhadap anak saya dikurangkan kepada hanya 12 tahun, saya sekeluarga sangat bersyukur.

“Selama ini saya ingat anak sulung saya akan mati di dalam penjara, namun mimpi ngeri itu nampaknya akan bertukar,” kata Mohamad Lazim, 54, ayah kepada Umi Azlim, 26, gadis Malaysia yang dipenjara di Guangzhou, China kerana kesalahan mengedar hampir tiga kilogram heroin.


Mohamad Lazim berkata, berita gembira itu diperolehnya daripada seorang saudara yang berhubung dengan kakitangan kedutaan Malaysia di China dan berharap ia adalah benar.

“Setakat ini saya berharap apa dikhabarkan kepada saya benar belaka. Saya bersyukur kerana rayuan dibuat sebelum ini mungkin mendapat maklum balas daripada mahkamah di China,” katanya.


Menurutnya, sebelum ini keluarganya tertekan kerana Umi Azlim dijatuhi hukuman mati sebelum ditukar kepada penjara seumur hidup.


“Saya menganggap jika benar hukuman ke atas Umi Azlim dikurangkan kepada penjara 12 tahun, tiada yang lebih menggembirakan adik- beradiknya, terutama adik kembarnya Umi Azmira dan Umi Azuraiha, 18.“Meskipun kami sekeluarga belum mendapat pengesahan mengenai perkara itu, sedikit sebanyak berita ini menceriakan kami, malah memberi harapan rayuan kami mungkin diterima,” katanya yang bekerja sebagai mekanik di Taman Desa Anda, di sini, semalam.


Mohamad Lazim berkata, dia menyerahkan surat rayuan itu kepada pihak mahkamah ketika melawat Umi Azlim bersama arwah isterinya, Umi Slaia Ibrahim dan penyelaras Tabung Umi Azlim, Hu Pang Chaw, tiga tahun lalu.

“Pada awalnya kami menjangkakan hukuman penjara seumur hidup itu yang terakhir dikenakan terhadap Umi Azlin dan menganggap mungkin hayatnya akan berakhir di sana.


“Namun kini dengan berita yang kami peroleh, mungkin harapan untuk dia dibebaskan akan terlaksana,” katanya.


Menurutnya, daripada maklumat yang diberitahu kepadanya, bukan anaknya saja yang kini dipenjara di China atas kesalahan dadah, malah ramai lagi rakyat Malaysia ditahan atas kesalahan sama.


“Sebagai bapa, saya menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi pekerjaan anak mereka, terutama jika membabitkan perjalanan ke luar negara.


“Saya tidak mahu apa yang menimpa anak saya turut berlaku ke atas anak orang lain dan anggaplah ia sebagai pengajaran,” katanya yang memaklumkan dia mendapat tahu mengenai berita itu melalui adiknya pada sambutan Aidilfitri lalu.


Sebelum ini, Umi Azlim didakwa menyeludup dadah jenis heroin seberat 2,983 gram ke negara itu pada 19 Januari 2007 dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou pada Mei 2007, tetapi ditukar kepada penjara seumur hidup selepas rayuannya diterima.
 
Sponsored Post

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,952
Reaction score
126
Points
123
syukur..tahniah kerajaan negeri atas inisiatif diaorg menolong keluarga umi...
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,815
Reaction score
21,196
Points
1,671
dkat 3kilo tu..ok pe penjara
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,314
Reaction score
442
Points
136
kesian la pada rakyat malaysia yg terpedaya ngan taktik sindiket cilakuk ni..
 

musashibest

Active Member
Joined
Dec 23, 2007
Messages
1,375
Reaction score
4
Points
25
siapalah dalang sebenar di sebalik sindiket ni..
 

kaYaIlmu

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2010
Messages
7,918
Reaction score
29
Points
70
kesian umi ...die dianiaya ....
 

hazirah

Super Active Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
6,907
Reaction score
100
Points
73
umi ni baik gile.. stu klas ngan akak aku ms kt ums dlu...

mmg kesian ap yg jd kt die skang ni...
 

eapui

Active+ Member
Joined
Dec 28, 2007
Messages
4,827
Reaction score
7
Points
25
org kampung aku ne... kenal sangat la keluarga die 2...
erm....
 

chaz0106

Fun Poster
Joined
Apr 1, 2010
Messages
120
Reaction score
0
Points
10
adehhh.. silalah berhati2 kalo nk gi obersea yerr.. uhukk
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register