BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umat Islam semakin menyahut seruan Khilafah

Sekalipun wujud peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat, negara Malaysia tetap sekular


  • Total voters
    0

Kehidupan

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
219
Points
123
Bertahun-tahun lamanya golongan kuffar Imperialis Barat telah melakukan serangan terhadap usaha untuk menegakkan semula Khilafah.

Mereka melontarkan pelbagai kata-kata dan propaganda jahat bagi menggambarkan kepada dunia bahawa gerakan yang ingin menegakkan Khilafah adalah gerakan yang ekstrem, radikal, teroris dan pelbagai macam tohmahan lagi.

Mereka berusaha untuk menakutkan dunia, termasuklah dunia Islam sendiri bahawa Khilafah merupakan sebuah kekuasaan yang penuh dengan kejahatan dan kekolotan.

George W. Bush sering melemparkan kata-kata jahatnya terhadap gerakan yang ingin mendirikan semula Khilafah, antaranya
“They hope to establish a violent political utopia across the Middle East, which they call caliphate, where all would be ruled according to their hateful ideology.”

Mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair, semasa memberi komen setelah peristiwa pengeboman London menyifatkan pengebom sebagai ‘barbarian’.

Tidak berhenti di situ.

Blair kemudian menambah,
“Undang-undang syariah di dunia Arab akan membawa kepada terbentuknya satu kekhilafahan untuk seluruh manusia dengan Islam.”

Menteri Dalam Negerinya Charles Clark ketika itu pun turut memberikan pernyataan (dalam dialognya dengan para pemikir sayap kanan Amerika, The Heritage Foundation),
“Kita tidak akan pernah bertolak ansur sedikit pun tentang penegakan Khilafah. Kita juga tidak akan bertolak ansur apa pun tentang pelaksanaan undang-undang (hukum) syariah.”

Banyak lagi pernyataan-pernyataan lain yang keluar dari mulut golongan kuffar ini tentang Khilafah.

Seruan kepada Khilafah benar-benar telah digambarkan dengan gambaran yang jahat oleh mereka dan mereka sering mengaitkannya dengan keganasan.

Padahal, usaha umat Islam untuk menegakkan Khilafah, sejak Khilafah dihancurkan pada 3 Mac 1924, ternyata berjalan tanpa kekerasan sedikit pun.

Dan perjuangan ini tidak lain merupakan perjuangan politik semata-mata.

Ia adalah perjuangan politik dalam usaha umat Islam untuk mewujudkan semula institusi politik antarabangsa yang telah runtuh ini.

Pada bulan Rajab tahun lepas (1428H), di London, lebih dari 2,500 orang telah menghadiri Konferens Khilafah yang diadakan di Alexandria Palace, London, yang digambarkan oleh akhbar New York Times sebagai “Serangan Pertama terhadap Para Pengkritiknya”.

Di kota Ramalah, Palestin, lebih dari 12,000 kaum Muslimin telah menghadiri longmarch (perarakan) yang menyerukan penegakan Khilafah.

Di Sudan, ratusan ulama kaum Muslimin telah mengikuti dialog tentang Khilafah.

Di Malaysia, Belanda, Yaman, Ukraine dan Lebanon dan lain-lain negara lagi, ribuan manusia telah berkumpul untuk menyokong, mendengar dan membicarakan tentang Khilafah.

Pendek kata, kaum Muslimin telah mula sedar dan bangkit bahawa Khilafah merupakan satu-satunya jalan dan masa depan bagi umat Islam.

Sementara itu, konferens Khilafah Internasional di Indonesia telah dihadiri oleh lebih kurang 100,000 umat Islam dari seluruh dunia yang menyatakan sokongan yang begitu kuat dari setiap Muslim untuk menegakkan Khilafah.

Al-Jazeera, BBC, Reuters dan lain-lain media internasional melaporkan tentang himpunan terbesar umat Islam ini yang menginginkan Khilafah.

Wahai kaum Muslim yang mulia,

Sesungguhnya Khilafah bukanlah monopoli salah satu kumpulan atau kelompok Islam.

Khilafah adalah sistem politik Islam yang sama-sama kita harapkan akan tertegak satu hari nanti.

Sistem tersebut merupakan satu kefardhuan yang agung, yang telah Allah SWT tetapkan.

Seruan-seruan yang dikumandangkan di seluruh dunia, selain menjelaskan adanya kekuatan yang tengah membimbing kaum Muslimin menuju tegaknya Khilafah,

juga telah berjaya meruntuhkan berbagai fitnah dan serangan yang dipenuhi kedengkian,

berbagai kritikan yang keliru, serta berbagai kebohongan yang telah dihembuskan oleh musuh-musuh Islam dan kaum Muslimin selama bertahun-tahun yang lalu.

Kaum Muslimin semakin sedar bahawa menjadi kewajiban bagi setiap Muslim untuk memperjuangkan penegakan semula Khilafah serta mendukung gerakan Islam yang memperjuangkannya.

Justeru, mari kita bergabung dengan saudara-saudara kita di seluruh dunia dan saling bahu-membahu dalam perjuangan mereka demi mewujudkan Daulah Khilafah, yang akan mengembalikan kemuliaan umat Islam. Firman Allah SWT,

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah..."
(Surah As-Saff, Ayat 14)
 
PUAKA2 UMNO je yg tak minat ngan khilafah ni,,,tambah satu lagi PUAKA DAP......
 
Tapi aku heran sgt...napa pak2 arab ni bole melabur membuka perniagaan yg mewah2 di negara kufar...cthnya rangkaian perniagaan al fayed di london....tu tak termasuk lagi mempelawa kufar tur p buka perniagaan di negeri2 arab :-?:-?:-?
kalau pak2 arab ni firm dgn agama....dia org bole tarik balik per perniagaan di negara2 kufar tur....mau terkancit kufar2 tur...
 
apa2pon umno tetap sekular dulu, kini n selamanya. terima kasih pd tunku bapa sekular malaysia.
 
Tapi aku heran sgt...napa pak2 arab ni bole melabur membuka perniagaan yg mewah2 di negara kufar...cthnya rangkaian perniagaan al fayed di london....tu tak termasuk lagi mempelawa kufar tur p buka perniagaan di negeri2 arab :-?:-?:-?
kalau pak2 arab ni firm dgn agama....dia org bole tarik balik per perniagaan di negara2 kufar tur....mau terkancit kufar2 tur...

dah x kire dah tue...bile pk bisness...yang nampak untung...huhu
 
Bila ada sistem Khalifah barulah umat Islam terbela. Palestin dapat dilindungi. Duit Arab banyak2 beli kelab bola. Orang yahudi beli tanah Palestin. Lagipun arahan khalifah wajib dipatuhi, jika tidak berdosa. Maka tak berlakulah amalan sorok2 barang nak bagi barang naik harga.
 
PUAKA2 UMNO je yg tak minat ngan khilafah ni,,,tambah satu lagi PUAKA DAP......




sorry bro nambah nasik



p/s: tadi bro rais yatim ada explain dlm tb 3 suki.....cuba utk terangkan pd negara lain tang islam neh...coz dia pn terang2 ckp kat reporter(pendirian msia) x berapa setuju.....forum antara bangsa bebaru nih yg duk ckp islam tu -Ve


bni den le tlg ingatkan den tadi...coz x de kat umah msa tu...


tq bro kehidupan <<<< antara topic yg patut di baca ni



:)cgrock
 
dah masuk cerita khilafah dah nih...lama aku tk penah masuk website khilafah.com ...jgn lupa lepas ni masuk cerita hizbut tahrir plak.....
 
Bila ada sistem Khalifah barulah umat Islam terbela. Palestin dapat dilindungi. Duit Arab banyak2 beli kelab bola. Orang yahudi beli tanah Palestin. Lagipun arahan khalifah wajib dipatuhi, jika tidak berdosa. Maka tak berlakulah amalan sorok2 barang nak bagi barang naik harga.



klo boss rajin aka ada msa lapang.....tel jek ksi report....


p/s: den doa2 mlm ni supaya msia kita menuju zaman kegemilangan khalifah/tamadun2 ternama islam terdahulu


amin



:)
 
dah masuk cerita khilafah dah nih...lama aku tk penah masuk website khilafah.com ...jgn lupa lepas ni masuk cerita hizbut tahrir plak.....

Kalau duk umah jer maner tahu...:p..cuba buat2 keluar sat..
 
Back
Top
Log in Register