Kehidupan
CG Top Poster Club
- Messages
- 25,111
Paid Membership
- Joined
- Jan 11, 2008
- Messages
- 25,111
- Reaction score
- 218
- Points
- 123
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada di kedudukan keempat dan kelima dalam ranking universiti terbaik Asia Tenggara, menurut Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar).
Justeru Khaled menegaskan, dakwaan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bahawa universiti negara ini adalah lebih buruk daripada universiti di Indonesia adalah tidak benar sama sekali.
Tambahnya, berdasarkan ranking kedudukan universiti Asia Tenggara, tempat pertama ialah Universiti Nasional Singapura (NUS), kedua ialah Universiti Nanyang Teknikal Singapura, ketiga Universiti Chulalongkorn Thailand dan tempat keempat ialah UM serta tempat kelima UKM.
”Universiti-universiti Indonesia masih terletak di bawah universiti di Malaysia dan saya tidak tahu daripada mana Ipoh Timur mendapat fakta bahawa universiti negara ini lebih teruk,” katanya semasa menggulung perbahasan Bajet 2009 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau memberitahu, lima universiti negara ini juga masih berada dalam kedudukan 500 universiti terbaik dunia berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education-QS World Universiti Ranking (THE-QS- WUR).
Jelasnya, ranking yang dibuat oleh THE-QS- WUR tidak boleh diambil perhatian sangat memandangkan kriteria penilaian berdasarkan enam indikator di mana penilaian rakan kesepakaran iaitu sebanyak 40 peratus adalah jelas tidak memihak kepada universiti di negara ini.
”Penilaian rakan kesepakaran merupakan kriteria terpenting tetapi sebahagian besar responden adalah daripada negara-negara maju yang mempunyai sistem pendidikan berbeza daripada negara-negara Asia.
”Justeru mereka lebih cenderung untuk memberi penilaian yang rendah kepada institusi pendidikan tinggi di negara-negara Asia termasuk di Malaysia,” katanya.
Jelas beliau, penilaian-penilaian lain yang menentukan ranking universiti di dunia ini ialah kekerapan kajian dirujuk, nisbah pelajar dengan pensyarah, kajian majikan, nisbah pensyarah antarabangsa dan nisbah pelajar antarabangsa.
Khaled memberitahu, berdasarkan penilaian itu kementerian tidak dapat memenuhi banyak kriteria kerana ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan modal insan rakyat negara ini.
Tegasnya, kalau kementerian membenarkan universiti melantik banyak pensyarah asing dan membenarkan lebih banyak pelajar asing, apa jadi dengan pensyarah serta pelajar tempatan.
”Adalah jelas dua kriteria itu akan menyebabkan negara kerugian kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat negara ini,” katanya.