BTC USD 76,403.2 Gold USD 2,684.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UM dikecam jemput pensyarah pro-Zionis

Malaysia selamat untuk dikunjungi - Kedutaan AS​



(Gambar fail) Dr Bruce Gilley

(Gambar fail) Dr Bruce Gilley

KUALA LUMPUR: Malaysia dikategorikan sebagai negara yang selamat untuk dikunjungi, menurut Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Media sebelum ini melaporkan ahli akademik AS dipercayai pro-Israel, Dr Bruce Gilley yang menyebarkan propaganda Zionis serta menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin sebagai menyebarkan kebencian terhadap Yahudi, telah mendakwa Malaysia bukan negara yang selamat untuk dilawati sekarang.

"Tiada perubahan dalam nasihat perjalanan AS untuk Malaysia yang kekal pada Tahap 1, tahap paling bawah daripada empat," kata kedutaan itu sebagai respons kepada dakwaan berkenaan.

Hasil semakan terhadap Nasihat Perjalanan Biro Hubungan Konsular AS menunjukkan Tahap 1 adalah tahap nasihat paling rendah untuk keselamatan dan risiko keselamatan.

"Pada Tahap 1, pengembara harus mengamalkan langkah berjaga-jaga yang normal terhadap risiko biasa dan kebimbangan yang mereka mungkin hadapi di mana-mana perjalanan antarabangsa," menurut nasihat perjalanan itu.

Pada Tahap 4 pula, ia menasihati rakyat AS supaya tidak pergi ke negara terbabit atau meninggalkannya secepat mungkin.

Sebelum ini, Gilley yang juga seorang pensyarah sains politik di Portland State University, kongsikan gambarnya menyampaikan syarahan di Universiti Malaya (UM), dalam laman X dengan kapsyen:

'Pemimpin politik Malaysia menggesa 'holocaust' kedua terhadap orang Yahudi, tidak akan jadi pemain yang serius dalam hal ehwal dunia.' – BERNAMA
Melaun ni dah pergi melawat taman burung, shopping mall naik public transport dekat malaysia lepastu sembang tak selamat.

Memang bebal siapa yang ajak prof ni datang bagi speech.
 
Sponsored Post

penggunaan perkataan tu jelas fitnah....mana ada penghapusan yahudi..dieorg yg ambil tanah palestin...penceramah barua zionis tu
Tuduhan ambil tanah tu pun teknikalnya x tepat. Isu Palestine-Israel ni bukan simple mcm yg kita fikir.
 
tak tepat?...mana mai negara Israel?....tanah Palestin yg depa duduk tu la, asal pelarian ja puak tu...
Itulah serabutnya konflik ini. Tanah Palestine tu secara teknikalnya bukan satu negara berdaulat, ianya sejak turun temurun adalah tanah jajahan/naungan kuasa besar.

Dan pada permulaan tertubuhnya negara haram Israel tu, tanah2 diperoleh secara sah dari sudut undang2, menggunakan dana dari Rothchild dll, dorg beli dari jutawan2 arab yg memiliki tanah tp tidak tinggal pun di tanah Palestine.

Dan mereka wujud sebagai negara 40 tahun lebih awal dari Palestine.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register