BTC USD 69,692.2 Gold USD 2,355.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UM dikecam jemput pensyarah pro-Zionis

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,083
Top Poster #8
Joined
Apr 18, 2010
Messages
46,083
Reaction score
4,643
Points
266
Awards
1
View attachment 95cc6452-c682-4a34-a743-3856e7fbe724.webp

Tindakan Universiti Malaya menjemput seorang profesor pro-Zionis dari Amerika Syarikat menerima kecaman ramai selepas ucapan beliau menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin sebagai penyebar kebencian terhadap Yahudi.

Bruce Gilley, profesor sains politik yang pernah menimbulkan kontroversi kerana mendokong tindakan kuasa Barat menjajah negara lain, berkata ahli politik Malaysia mahukan "Holocaust kedua", atau pembunuhan ramai-ramai terhadap bangsa Yahudi.

Gilley turut menyerang bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Ini sikap buruk lama di kalangan ahli politik Malaysia yang mengingatkan kembali kepada nasihat Mahathir supaya belajar daripada Jerman bagaimana cara menghapuskan bangsa Yahudi. Kini, penyampai berita TV menamatkan siaran dengan kata-kata 'Dari Sungai ke Segara' dan 'Israel cuak'," tulisnya di X, mengulas ucapannya mengenai dasar luar Malaysia yang disampaikan pada ceramah anjuran UM semalam.

Kirimannya di X yang mengutuk sokongan Malaysia kepada perjuangan Palestin mengundang kecaman yang mempersoalkan pendiriannya, manakala ramai yang mengkritik UM kerana menjemput seorang penceramah pro-Zionis.

"Kenyataan tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja tidak benar tetapi menjejaskan kerjaya hos anda di sini," kata Ooi Kok Hin, pengarah eksekutif Bersih.

"Tetapi anda tak kisah, kan? Anda sedar sepenuhnya konteks tetapi mengutamakan kepentingan diri sendiri. Nota: Ucapan anda bukan ucaptama. Tak perlu cakap besar semata-mata untuk mendapatkan pengiktirafan," tambahnya.

UM difahamkan sedang menyiasat perkara itu, dan membatalkan satu lagi program menampilkan beliau yang dijadualkan esok dan dianjurkan Institute of China Studies, sebuah badan di bawah UM.

MalaysiaNow telah cuba menghubungi Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kader.

Bekas menteri pengajian tinggi Saifudin Abdullah meminta UM, Zambry dan Wisma Putra untuk memberikan penjelasan.

0fb9aab1-81ba-4f9d-9381-5c3bb9f6fcc3.jpg


Di media sosial, pengguna X, Rashifa, mempersoalkan bagaimana UM boleh terlepas fakta bahawa Gilley merupakan penyokong tegar Israel.

"Saya memang sepatutnya hadir syarahan ini, tetapi saya melihat dia mengibar bendera Israel di halamannya. Hanya memerlukan pencarian latar belakang yang mudah untuk menghalangnya memasuki fakulti. Sungguh memalukan," tulisnya.

"Ahli akademik memanglah ahli akademik, tetapi perlu ada garis moraliti juga."

Pada tahun 2017, Gilley mencetuskan kemarahan selepas penerbitan makalahnya dalam jurnal Third World Quarterly, di mana beliau mempertahankan sejarah penjajahan kuasa Barat dengan mengatakan adalah keterlaluan untuk mendakwa ia merugikan negara yang dijajah.

Gilley antara lain menyeru penjajahan dikembalikan, menyifatkannya sebagai sesuatu yang mendatangkan faedah dan ada keabsahan.

Penulisannya itu ditarik balik, manakala 15 ahli sidang pengarang jurnal tersebut meletak jawatan sebagai tanda protes, dan menyelar Gilley kerana gagal memberikan bukti seperti yang diperlukan dalam penulisan akademik.

Sementara itu, ucapan Gilley di UM turut dikecam pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz.

"Ini benar-benar mengelirukan dan tidak boleh diterima. Kenyataan beliau memberikan gambaran palsu mengenai matlamat Malaysia ke arah keamanan dan sebuah negara Palestin yang merdeka," tulisnya di X.

Amira menolak dakwaan Gilley bahawa ahli politik Malaysia menyokong pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi.

"Hakikatnya, kerajaan Zionis Israel yang sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai pada masa ini."

Amira kemudian mempersoalkan tindakan UM menjemput Gilley.

"Institusi akademik harus cermat apabila menjemput penceramah dan pensyarah yang menyebarkan naratif pro-Zionis," katanya.

Badan pemikir Institut Iris yang berpangkalan di Kuala Lumpur berkata Gilley menunjukkan beliau jahil mengenai isu dan dasar Malaysia.

"Ucapan beliau ialah propaganda naratif Zionis yang diucapkan untuk mempengaruhi pelajar-pelajar di Malaysia," kata pengarah eksekutifnya Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim kepada MalaysiaNow.

"Saya difahamkan beliau bukan pakar atau bukan diundang untuk berbicara soal Palestin dan Malaysia. Ini bermakna beliau menyalahguna pentas akademik yang disediakan untuk memanipulasi dan memainkan persepsi serta sentimen yang berbaur fitnah dan mengelirukan pelajar serta khalayak ramai."

Ucapan Gilley yang mengkritik mereka yang bersimpati dengan Palestin dibuat di sebalik bantahan anti-Israel besar-besaran oleh pelajar beberapa universiti terkemuka di AS seperti Columbia, Yale dan New York University.

Ribuan pelajar menggesa gencatan senjata di Gaza, pemberhentian bantuan ketenteraan Amerika kepada Israel, dan gesaan agar pihak universiti memboikot syarikat yang mendapat keuntungan daripada perang di Gaza, yang setakat ini telah membunuh lebih 30,000 orang awam Palestin.

 

Attachments

Sponsored Post

Ini yang cara terang terangan.. memberi pandangan..

ada yg secara halus melingkupkan bangsa melayu dgn ilmu2 dan pandangan2 liberal.. jemput puak2 dia yg sama liberal bg talk..

kemudian melayu2 terpaling bijak pandai auto join jd liberal..

Takziah semua bakal2 pakar..
sebab tu xleh percaya sgt pakar2 kita.. walaupun melayu.. pemikiran telah disongsangkan..

tp mcm biasa.. korang nk percaya ? silakan..
aku x halang..
 
bagi den kalau betul nak tahu apa pendpat penyokong Israel ni kita dgr la apa diorg nak cakap.

So student UM tu blh la berdebat dgn org yg sokong Israel. Tu baru la berkembang minda..
Exactly, nk faham isu konflik dan kekusutan permasalahan Palestine-Israel mmg kena ambik fakta dari kedua2 pihak yg terlibat.
 
Exactly, nk faham isu konflik dan kekusutan permasalahan Palestine-Israel mmg kena ambik fakta dari kedua2 pihak yg terlibat.
yep betul tu, Secara teknikalnya Palestine kene jajah dgn bangsa yahudi zionist yg majoritinya berasal dari luar tanah arab. diorg bina Negara Israel.

manakala kita ni pulak menyokong Negara Palestine (gaza dan tebing barat) yg berada dalam kawasan negara Israel mereka masih lagi menentang penjaajahan Israel sampai hari ni.

Mungkin kita akan lebih faham apa isunya konflik Palsetin - Israel ni.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register