Ulat di Lebuhraya Utara-Selatan perlu dibanteras

CG Sponsors




AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,629
Reaction score
258
Points
91
dari ruangan forum Utusan Malaysia

SAYA adalah pengguna yang kerap menggunakan laluan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk urusan perniagaan antara Johor dan Kuala Lumpur. Saya selalu menggunakan 'R&R Seremban arah selatan' untuk berehat dan menjamu selera.

Pada mulanya saya beranggapan kegiatan ini bersifat sementara. Tetapi setelah beberapa kali singgah di sana, saya dapati ia menjadi satu gejala berpanjangan dan bilangan semakin bertambah, iaitu:

n Seseorang pemuda akan mendekati kita dengan menawarkan telefon bimbit, jam tangan atau apa sahaja barang terpakai kepada orang yang singgah, sama ada orang tempatan atau pelancong. Pemuda ini yang saya anggap ulat bergerak secara berkumpulan sehingga melebihi 10 orang.

n Ada juga sebilangan orang yang berperwatakan 'warak' untuk mengutip derma dengan alasan ada kebenaran daripada pihak berwajib, sedangkan ia boleh diragui.

Saya terpanggil untuk memaklumkan perkara ini kerana ia telah berpanjangan. Satu ketika saya telah ditanya oleh seorang pelancong mengenai kualiti barangan yang dijual.

Mereka amat keliru dan amat tidak selesa kerana terpaksa melayan ulat berkenaan sedangkan pelancong berkenaan tidak berminat dengan barangan yang ditawarkan.

Saya berharap pihak PLUS akan mengambil perhatian terhadap perkara ini demi keselesaan pengguna.

MOHD SABANDI ASMONI

Batu Pahat, Johor.

selalu gak berjumpa dengan geng2 ni...tapi aku menolak tawaran dengan baik walaupun menganggu selera aku nak menjamu selera..:)
 
Sponsored Post

kimix77

Fun Poster
Joined
Jan 20, 2008
Messages
584
Reaction score
3
Points
20
uish...aku pown xgemar sgt bila diganggu tambah2 time ngah makan (how dare u!!!)...
mungkin xder sape yg melaporkan lg kes nie ke pihak pengurusan plus sebelom nie...
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Ini bukan ulat lg ini dah sememangnya antuuuu
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,192
Reaction score
823
Points
176
nak wat camner.. tu ajer cara nak carik rejeki
 

elan

Active+ Member
Joined
Apr 10, 2007
Messages
4,796
Reaction score
34
Points
30
memang patut di benteras.......
 

silvermaddness

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2007
Messages
11,535
Reaction score
66
Points
130
ntah..kdg2 dok memaksa org beli plak...camne ni..kita guna highway siap bayar tol mahal lagi..adei... boleh mendatangkan marah betul la
 

geniusneuro

Banned
Joined
Nov 1, 2008
Messages
19,775
Reaction score
7
Points
115
x bape gemar ade ulat2 ni... mmg hope immediate action taken...

kdg2 ganggu nak makan je...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register