Ular Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
Oleh Norehan Salleh

KUANTAN, 21 Jan (Bernama) -- Bagi Fauzi Sarwani Ismail, kerjayanya bukanlah sebarang kerjaya. Beliau menjadikan ular sebagai sumber pendapatannya.

Selain membuat pertunjukan di seluruh negara, pemuda berumur 27 tahun itu juga menawarkan perkhidmatan menangkap ular yang memasuki rumah kediaman dan bangunan.

"Seekor ular yang ditangkap, saya kenakan bayaran RM100," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Beruang, Sungai Soi, dekat sini Khamis.

Menurut Fauzi Sarwani, dia mula "berjinak-jinak" dengan reptilia itu sejak berusia 10 tahun lagi.

"Saya mula memegang ular sejak berusia 10 tahun, kali pertama saya memegang bangkai seekor ular yang dilenyek kenderaan. Sejak itu saya mula berani memegang dan menangkap serta mencari ular di hutan-hutan berdekatan.

"Bermula dengan hobi, kini dah jadi kerjaya saya pula," katanya.

Kata Fauzi, berbekalkan kemahiran itu, dia kemudian membuat pertunjukan bermain dengan ular di seluruh negara sejak lima tahun lepas sebagai sumber pendapatan.

"Saya membuat pertunjukan dengan bermain ular sawa, tedung selar dan ular tedung dan pelbagai jenis lagi, biasanya saya dibayar antara RM1,000 sehingga RM2,000 untuk setiap kali persembahan," katanya yang turut memiliki sebuah warung makan berhampiran rumahnya.

Sabtu ini dia akan membuat persembahan di Bukit Gambang Resort City dekat sini untuk majlis sebuah syarikat akhbar.

Walaupun mahir mengendalikan ular, pemuda itu tetap tidak terkecuali daripada diserang reptilia itu.

Kira-kira lapan tahun lepas, lengan kirinya pernah dipatuk ular tedung selar ketika dia memandikan reptilia itu.

"Selepas dipatuk, saya segera ke hospital, lengan saya ketika itu seolah-olah seperti disimbah asid," katanya yang turut memelihara lebih 100 ekor pelbagai jenis ular.
 
Sponsored Post

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
duit hasil main lar ni kire cmne ekk?
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
erm..perhilitan x tgkp ke bela ulorrr?
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
ramai gak orang suka ular.
offer vs demand la ni..
 

hapizi84

Active Member
Joined
Aug 31, 2009
Messages
1,675
Reaction score
20
Points
25
Peh..brani..aku nmpak ular sawa pun dh lari jauh ni kn plak ular2 yg b'bisa..:)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register