BTC USD 49,168.2 Gold USD 1,779.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ulamak politik mahu jadi Malaikat.

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
aku amik dari mykimut..korang nilai sendiri laa..aku tak nak komen apa2
Sebagai umat Islam, kita harus menjadikan golongan ulamak sebagai pusat rujukan selepas ketiadaan baginda Rasulullah SAW. Ini kerana ulamak lah yang menjadi penyambung kepada ajaran Islam sepertimana baginda ajarkan.

Sebagai umat Islam juga kita tak boleh menolak golongan para ulamak. Ulamak yang berteraskan ajaran tauhid dan juga membawa pengajaran Islam sebenar adalah merupakan ulamak pewaris nabi.

Tapi sejak kebelakangan ini, muncul banyak ulamak-ulamak yang menggunakan medium politik untuk mencari keuntungan sendiri melalui Islam. Rasulullah SAW pernah berkata bahawa diakhir zaman nanti akan ada pihak yang memperdagangkan agama demi kepentingan sendiri. Mungkin inilah yang dimaksudkan baginda.

Ulamak yang baik ialah ulamak yang menyemarakkan amalan Islam, berusaha menjaga dan melindungi kesucian Islam serta menyemai kepada perpaduan ummah seperti yang dituntut didalam ajaran Islam. Malangnya, sejak akhir-akhir ini ada pula ulamak politik yang mengklasifikasikan hanya parti anutannya akan menjanjikan syurga.

Apabila dikatakan oleh segelintir ulamak politik ini bahawa syurga dan neraka itu boleh ditentukan dengan hanya melihat dari segi anutan parti, bukankah ia bertujuan menyeleweng aqidah sesama Islam?

Ulamak yang sebegini telah memanipulasi agama itu sendiri demi menjuarai kepentingan politik yang dibawanya. Bolehkah ulamak sebegini mentafsirkan siapa yang layak diterima Allah SWT untuk ke syurgaNYA? Bolehkah ulamak politik sebegini menentukan pula siapa yang akan dihumban ke neraka jahannam ?

Diceritakan didalam hadis juga kisah-kisah para anbiya', ada dua godaan besar yang akan menimpa golongan manusia yang dikurniakan ilmu dari Allah SWT. Manusia yang diberi kelebihan ilmu dan juga kuasa akan diuji dengan sifat RIAK & TAKABBUR. Ulamak juga tidak akan terkecuali dari godaan ini melainkan jika dia tetap kepada ajaran kitab Allah.

Apabila berasakan diri terlalu sempurna dan juga melebihi individu lain, syaitan akan membisikkan kata-kata pujian untuk diri berasa sombong dengan apa yang dimiliki. Maka akan keluarlah kenyataan-kenyataan angkuh dan sombong serta ego diri yang meninggi.

Kenyataan-kenyataan seperti Tuhan pun mencarut, boleh berkawan dengan syaitan, tuhan pun samseng, undi parti akan beroleh syurga dan pahala dan sebagainya menunjukkan betapa ulamak politik ini telah dikuasai dengan sifat RIAK yang melampau.

Begitu juga dengan kenyataan-kenyataan mengkafirkan sesama Islam, menyatakan barang-barang peribadi sebagai berkat, mengatakan bahawa hanya doanya sahajakan dimakbulkan Allah, berperasaan bahawa dirinya ma'sum serta menentukan tahap keimanan seseorang juga menunjukkan bahawa sifat TAKABBUR didalam jiwanya telah sampai ke tahap kronik.

Tafsiran-tafsiran berbalutkan agama sebegini digunakan secara meluas oleh ulamak-ulamak politik hanya demi kepentingan parti politik mereka yang semakin bercelaru. Tambah pula kenyataan-kenyataan seperti ini diterima bulat-bulat oleh jemaah parti yang terlalu taksub kepada ulamak politik ini. Maka berlakulah penyelewengan aqidah serta perpecahan sesama umat di negara ini hanya kerana ulamak politik tersebut.

Amat malang bagi mereka yang terpedaya dan terperangkap dengan permainan poltik ulamak celup ini. Apakah mereka ini tidak mampu untuk berfikir dengan waras lagi ?

Bukankah Rasulullah telah bersabda bahawa baginda telah mewasiatkan dua perkara untuk kesejahteraan umatnya iaitu sunnah baginda dan juga Al Quran yang mana jika kita tetap berpegang kepada kedua-dua ini InsyaAllah kita tidak akan sesat.

Tetapi ada pula ulamak-ulamak politik ini telah menyalah gunakan tafsiran kitab Allah dan juga sunnah rasulullah itu sendiri bagi menyesatkan umat. Oleh itu kita harus memikirkan dengan kewarasan yang ada untuk menilai apakah patut individu sebegini disanjung sebagai ulamak pewaris nabi ?

Ditangan ulamak sejati terletak kebijaksanaan para umara'. Dibawah kepimpinan umara' yang bergandingan dengan ulamak juga akan menjamin kesyumulan Islam berserta ajarannya. Tetapi apa terjadi jika ada yang mengaku ulamak, memerangi serta menimbulkan kebencian rakyat terhadap umara' ? Kesannya ialah Islam itu sendiri akan lemah dan dipijak-pijak maruahnya oleh golongan kafir.

Sebab itulah kita harus berwaspada dengan golongan-golongan yang mengaku dan diangkat sebagai ulamak didalam politik kerana siyasah islamiah itu menuntut kebijaksanaan didalam membuat pertimbangan dan juga rasional keputusan.

Daripada Jabir bin Abdullah r.a , bahawa Rasulullah SAW didalam khutbahnya telah bersabda,

"Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adah Kitabullah, dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad sallallahu alaihi wassalam. Dan seburuk-buruk perkara ialah perkara yang diada-adakan dan setiap bid'ah adaalah sesat." (Hadis riwayat Muslim)

Jadi, apabila seseorang yang mengaku ulamak didalam berpolitik mengakui bahawa boleh bersahabat dengan syaitan sedangkan syaitan itu musuh yang nyata seperti yang disebutkan didalam AlQuran, apakah dia tidak condong ke arah kesesatan ?

Dan tidakkah pelik jika tiba-tiba ulamak politik ini berkeinginan pula untuk "menjadi malaikat" ??

Nauzubillah.
 
Sponsored Post

kuhik

CG Top Poster Club
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
sejak bila plak Ulamak ialah "pusat rujukan" semata-mata? ingat itu je ke fungsi Ulamak?

betullah kata Nazri, ahli UMNO memang boddoh dan banggang...
 

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
sejak bila plak Ulamak ialah "pusat rujukan" semata-mata? ingat itu je ke fungsi Ulamak?

betullah kata Nazri, ahli UMNO memang boddoh dan banggang...

:eek::eek:..tu la pasal..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register