BTC USD 41,039.6 Gold USD 1,839.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ulama, barisan depan pimpin perjuangan Islam

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Ulama, barisan depan pimpin perjuangan Islam

October 11, 2021

Mohd Shukri (dua dari kanan) pada majlis penyerahan replika cek RM1,000 oleh penyumbang kepada Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis di Arau, Perlis baru-baru ini.
Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

ARAU: Ulama merupakan golongan yang perlu berada di barisan hadapan bagi memastikan peranan mereka memimpin saf perjuangan menuju jalan kebenaran seperti yang digariskan oleh Islam.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, institusi ini menjadi tonggak utama kepada jemaah Islam berdasarkan kepada ketokohan dan tahap keilmuan yang dimiliki oleh mereka.


Justeru, beliau menyarankan agar golongan ulama perlu menguasai tiga elemen penting dalam jemaah iaitu tarbiyah, siyasah dan dakwah.

“Saya juga menyarankan kepada seluruh pendukung ulama supaya sentiasa menguasai ilmu semasa agar dapat menjuarai isu-isu masyarakat.

“Ini termasuklah soal berkaitan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN),” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Ulamak PAS Kawasan (DUPK) Kali Pertama di Kompleks Pendidikan MADI, Jejawi Dalam di sini pada Ahad lepas.

Mesyuarat agung tahunan dewan itu dirasmikan secara serentak dengan dihadiri seramai 60 orang perwakilan DUPK daripada ketiga-tiga kawasan di negeri ini.

Sehubungan itu antara lain, Mohd. Shukri mengingatkan golongan ulama tentang kepentingan mereka dalam memainkan peranan bagi menjayakan agenda penyatuan ummah yang diusahakan PAS, meskipun berhadapan dengan pelbagai kesukaran pada ketika ini.

“Pilihanraya Umum ke 15 (PRU-15) nanti akan menjadi mudah apabila ketiga-tiga parti terbesar Melayu dalam Perikatan Nasional (Pas, Bersatu dan Umno) dapat bergerak bersama-sama. Jika kita tidak bersatu, tidak mustahil Pakatan Harapan (PH) akan kembali berkuasa,” katanya lagi.

Untuk rekod, tahun ini merupakan kali pertama dewan ulama kawasan-kawasan bermuktamar kerana sebelum ini kawasan-kawasan hanya berstatus penaja.

Dewan Ulamak PAS Kawasan Padang Besar diketuai oleh Ustaz Muhammad Rohim Kamis dan dibantu oleh Timbalan Ketua, Ustaz Zul Hilmi Rasid bersama Naib Ketua, Ustaz Ibnu Ibrahim.

Sementara bagi Dewan Ulamak PAS Kawasan Kangar pula, Ustaz Mohamad Zahid Ibrahim dilantik menjadi ketua dan dibantu oleh Timbalan Ketua, Ustaz Abu Afif bersama Naib Ketua, Ustaz Fakhrul Anwar Ismail.

Bagi kawasan Arau pula, ia diketuai oleh Ustaz Abu Amirullah bersama Timbalan Ketua, Che Ani Hassan dan Naib Ketua, Ustaz Abu Haseef.

Turut diadakan penyerahan replika cek berjumlah RM1,000 oleh para penyumbang kepada Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis (DUPNPs) sempena Pelancaran Dana PRU15 DUPNPs. – HARAKAHDAILY 11/10/2021
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Kurang enak jadi Muslim?

October 18, 2021

APABILA kita, orang Islam dihina, dimaki, kita tidak boleh membalas hinaan itu sebagaimana mereka lakukan. Dengan cacian dan makian, jika kita kembalikan kepada penghina, ia akan menyebabkan taraf kita sama sahaja dengan mereka. Sebut lah apa yang ingin mereka sebut, bodoh, bangang, celaka, kita hanya disuruh bersabar, sambil diberi ingatan mengenai kelebihan orang yang bersabar.

Tidak cukup dengan itu, kita dihidangkan pula dengan kisah para Anbiyak yang kerja mereka adalah berdakwah, kemudiannya, mereka diseksa, dihina malah sehingga dibunuh. Kisah berkenaan tukang kayu dalam surah Yaasin yang mengajak orang kampungnya mengikut Nabi yang datang berdakwah, sehingga dia mati dipukul, menjadi tauladan kita.

Advertisement

Betapa sukarnya Mariam mahu menjelaskan kepada masyarakatnya bahawa Isa A.S adalah anaknya yang sah, melalui suatu proses luar biasa yang dikurniakan Allah. Beliau dimaki, dinista, dituduh pelacur oleh masyarakatnya, hanya mampu mendiamkan diri. Setelah Nabi Isa A.S dewasa, tiada pula Baginda diarahkan oleh Allah supaya membalas semula semua kejian itu, mewakili ibunya. Hanya sabar dan sabar, sehingga lah Baginda hendak dibunuh, tetap lah Baginda bersabar.

Malah dalam perang sekali pun, membalas hanya sekadarnya sahaja. Dan jika musuh meminta berdamai, Allah menyuruh kita berdamai, seperti dalam surah al-Anfal. Apa yang ada dalam hati mereka, serahkan kepada Allah. Ketahanan sebegini bukan ketahanan biasa-biasa. Ia memerlukan satu latihan yang tinggi lama dan berkekalan. Contoh seperti mengerjakan solat dengan betul, selalu berdoa, selalu berzikir, selalu mengaji al-Quran, bersedekah dengan istiqamah, maka akan keluar lah akhlak yang baik, yang seperti disebutkan di atas, ada pada para Anbiyak untuk kita contohi.

Tetapi, bagi menyempurnakan semua ini, ia memerlukan satu proses yang sungguh panjang, bukan sehari dua, bukan seminggu dua dan tidak pula sebulan dua. Ia adalah hasil daripada kesabaran yang bertahun-tahun lamanya. Maka yang ghalib mendapat manafaat atau ilmu ini, ialah para ulamak yang telah dinobatkan menjadi waris kepada para Anbiyak, bersama para pengikutnya.

Tidak terbina segala kesabaran, akhlak dan juga kebaikan seperti yang dimiliki para Anbiyak, yang diiktiraf Allah ini kepada mereka yang gopoh, suka meniru cara musuh iaitu dengan akhlak terkutuk, memfitnah bagi kononnya menegakkan keadilan dan seumpamanya. Matlamat tidak menghalalkan cara. Amat ramai manusia yang bersikap sedemikian, sambil mereka mendabik dada, mendakwa mereka lah golongan yang diredhai Allah, walau jalannya tergelincir.

Maka kepada mereka yang percaya yang mereka sedang berjuang di atas nama Allah, semestinya memerhatikan tanda aras ini. Adakah kita menuruti perjalanan para Anbiyak dalam menghadapi ujian di dunia ini dengan sabar, atau perangai kita sama sahaja dengan musuh? Ini lah yang selalu ditekankan oleh pimpinan PAS agar ahlinya bersabar dan tidak gopoh dalam berjuang menegakkan Islam.

Pernah kata Presiden PAS ketika ditanya untuk membalas fitnah lawan dalam masa berkempen, beliau menjawab, kalau boleh, cara yang makruh pun kita cuba elakkan, jangan kata yang haram. Menjelaskan kepada kita, beliau sungguh bersabar dalam menghadapi fitnah. Bagi ahli PAS, kita boleh menjadi dari kalangan orang-orang yang sabar dalam perjuangan dengan mengikut langkah-langkah pimpinan.

Duduk dalam usrah, supaya diri kita sentiasa dinilai oleh naqib dan sentiasa ada hubungan persaudaraan. Duduk dalam majlis ilmu bagi mendapatkan ilmu-ilmu yang menguatkan diri kita dari tekanan musuh. Tunduk dan patuh kepada arahan pimpinan sama ada suka atau tidak, dalam hal yang tidak melanggar hukum-hukum Allah. Selalu mengamalkan ajaran-ajaran yang warid daripada Rasulullah S.A.W seperti membaca al-Ma’thurat, melazimi membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan al-Quran, bertahajud dan sebagainya.

Lihat sahaja bagaimana Presiden PAS, ketika mana masih dalam musafir dan kesakitan di sebuah hospital di Turki, menerima rawatan, tetap mengerjakan solat Dhuha yang sunat itu, apa lagi yang fardhu. Setiap Jumaat, sedaya upayanya, jika berada dalam negara, akan menyampaikan kuliah mingguan yang sudah lebih 40 tahun beliau istiqamah dan dua kali tamat mengajar. Juga tahajud yang beliau lakukan secara konsisten. Begitu juga almarhum TG Nik Abdul Aziz yang dikatakan hanya tinggal beberapa kali sahaja tahajud dalam hidupnya.

Jadi dengan kekuatan mereka yang dapat kita lihat sendiri kerana amalan khusus mereka yang kuat itu, kita mesti belajar untuk meniru mereka yang mana ilmu asalnya daripada Rasulullah. Dengan keadaan sekarang, fitnah datang dalam berbagai bentuk dan juga penjuru, kita memerlukan kesabaran untuk menghadapinya. Lihat lah musuh yang tidak putus-putus memaki kita, walau apa pun yang kita buat. Yang benar sekalipun mereka kutuk, apa lagi kalau tersalah. Yang penting, kita mahukan syurga Allah. Kalah dan menang dalam berjuang, itu urusan Allah.

Jadi, ia kelihatan kurang enak menjadi seorang Muslim, tidak bebas membalas mengikut kehendak dendam kita dan kita terkurung dengan hukum, tidak sebagaimana musuh Islam. Tetapi percaya lah, semua itu akan bertukar menjadi keseronokan setelah kita mati dan berjumpa semula pada kehidupan kedua di akhirat, bagi mereka yang mempercayainya. Sabar lah dengan ujian dan amalan. Tidak lama, sedikit sahaja lagi untuk kita semua mati dan akan berjumpa Allah. Musuh kita juga akan mati. Ia pasti.

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 18/10/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Inilah kejayaan kita – Presiden PAS

October 19, 2021

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: PAS menganggap penyatuan parti politik di bawah Gagasan Sejahtera, Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah kejayaan dalam usaha penyatuan parti politik Islam di Malaysia.


Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata usaha menyatukan orang Islam bukan satu kerja yang mudah memandangkan orang Islam telah lama dipengaruhi fikiran penjajah.

Katanya, sebahagian orang Islam menganggap Islam hanyalah agama ketika beribadat sahaja, bukan agama yang sempurna.

“(Situasi ini berlaku) sehingga dalam kalangan orang Islam sendiri bercakap dan menghina hukum Islam kerana kejahilan mereka. (Oleh itu), kita terpaksa mengubati kejahilan ini.

“Alhamdulillah, hasil daripada kegigihan kita, kita telah berjaya menyelamatkan (orang Islam) daripada kejahilan ini,” katanya dalam ucapan khas sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan di laman rasmi Facebooknya, semalam.


Menurut Tuan Guru, pandangan mengenai agama tiada kaitan dengan politik sudah tidak kedengaran lagi, dan jika ada sekalipun hanya isu terpencil.

Katanya, pendapat bahawa hukum islam tidak sesuai di dalam politik juga sudah tidak berani diluahkan secara umum lagi.

Justeru itu, kata Tuan Guru, keadaan itu menjadi indikasi kejayaan PAS walaupun bukan semua rakyat Malaysia menjadi ahli PAS.

Menurutnya, kejayaan itu dapat dicapai melalui kerjasama yang dibina melalui parti politik Islam di tanah air bermula dengan Gagasan Sejahtera, Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

“Bermula dengan Gagasan Sejahtera, kita masuk pilihan raya secara bersendirian, dan kita berjaya memerintah dalam keadaan terus mempertahankan Kelantan, mengambil alih semula Terengganu dan memimpin semula kerajaan Kedah, ini kejayaan kita.

“Kemudian kita berjaya mengambil alih kerajaan pusat bermula dengan penubuhan Muafakat Nasional, iaitu apabila PAS dan Umno mengajak parti Melayu yang berada di luar kerajaan untuk bersama,” katanya.

Menurut Tuan Guru lagi, tidak cukup dengan parti di luar kerajaan, Muafakat Nasional turut mengajak parti di dalam kerajaan, iaitu Bersatu untuk bersama dengan Muafakat Nasional.

Katanya, muafakat yang dijalinkan mestilah turut disertai oleh semua kumpulan islam, bumiputra dan orang bukan Islam untuk diajak bersama, bukan sekadar Umno dan Bersatu.

“Semua kita ajak bergabung, kalau sebahagian sahaja (yang diajak), itu tidak selari dengan sifat dan ciri parti Islam. Kita mengajak Muafakat Nasional disertai oleh tiga parti Melayu Islam yang besar untuk bersama.

“Oleh kerana kita memerlukan kerjasama dengan kalangan orang bukan islam, termasuk di Sabah dan Sarawak, maka kita tubuhkan Perikatan Nasional.

“Perikatan Nasional adalah tonggak yang penting sehingga kita berjaya mengambil alih pemerintahan negara sehingga hari ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/10/2021
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register