UJSB rugi bersih lebih RM9.95 bilion

CG Sponsors

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
UJSB rugi bersih lebih RM9.95 bilion
25 November 2020

1606562838771.png

MOHD SHAHAR

KUALA LUMPUR - Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mencatat kerugian bersih RM9.95 bilion bagi tempoh kewangan berakhir 14 Disember 2018 sehingga 31 Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah berkata, UJSB hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM234 juta sepanjang tempoh itu berdasarkan hasil dividen dan sewaan aset milik syarikat terbabit.

Menurutnya, jumlah pendapatan kecil itu tidak dapat menampung kerugian operasi disumbangkan antaranya melalui perekodan kerugian nilai saksama ke atas instrumen ekuiti sebanyak RM7.57 bilion dan kerugian rosot nilai berjumlah RM1.177 bilion.

"Jumlah nilai saksama aset UJSB pula adalah sebanyak RM10.33 bilion berbanding jumlah liabiliti sebanyak RM20.29 bilion.

"Keadaan ini sudah dijangka memandangkan aset Tabung Haji (TH) dipindah milik kepada UJSB dibuat bukan pada nilai saksama iaitu RM9.7 bilion, sebaliknya pada nilai buku dengan premium RM19.9 bilion. Ini menjadikan jurang lebihan liabiliti berbanding aset terpaksa ditanggung UJSB berjumlah RM10.2 bilion," katanya di Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang meminta kerajaan menyatakan prestasi kewangan UJSB setakat ini.

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
info berkenaan UJSB juga boleh dilihat kat thread berikut

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
Abdul Rahim Hilmi Zakariya

25 November jam 2:34 PTG ·

Geleng kepala saya apabila mendengar pendedahan YBTM Kewangan II tadi berkenaan prestasi kewangan UJSB. Isu ini sangat mustahak kerana UJSB perlu membayar RM27.56 bilion kepada Tabung Haji dalam tempoh 9 tahun.

Logiknya UJSB perlu menjana keuntungan RM3 bilion setahun barulah pembayaran boleh dibuat dalam masa yang ditetapkan. Nak tahu prestasi kewangan UJSB?

Sepanjang 14 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019, pendapatan UJSB hasil dividen aset TH hanya RM234 juta sahaja. Ini baru pendapatan. Untungnya pasti lebih rendah kerana perlu ditolak kos operasi (sewa, emolumen dan lain-lain).

Dah kalau pendapatan pun setakat itu saja, berapa ratus tahun yang diperlukan baru UJSB boleh bayar hutang Tabung Haji?

Maka langkah paling cepat untuk memastikan hutang boleh dibayar mengikut masa yang ditetapkan adalah dengan menjual aset. Itulah sahaja satu-satunya cara jika sekiranya tiada bantuan kewangan daripada pihak kerajaan.

Jawapan tambahan YB Shahar pula lebih memilukan. UJSB kini hanya mempunyai aset dengan nilai saksama RM10.33 bilion sahaja. Makna kata kalau dapat jual semua pun dengan harga pasaran, UJSB masih perlu cari sekitar RM17bilion untuk dibayar kepada TH

Itupun kalau dapat jual dengan fair value. Tapi kalau ladang sawit Tabung Haji Plantations pun nak dijual kepada syarikat Non Bumi dengan harga RM170 juta (berbanding penilaian JPPH RM224 juta), kita rakyat nak berharap apa?

Mujurlah YB DS Azeez Rahim (Baling) dan YB DS Shahidan Kassim (Arau) dalam pertemuan antara backbenchers PN dan pengurusan TH semalam telah berjaya meyakinkan semua ahli parlimen PAS dan UMNO bagi menolak sebarang usaha penjualan aset Tabung Haji kepada pihak ketiga.

Pendedahan nilai aset saksama UJSB itu juga sebenarnya membuktikan bahawa pelan pemulihan Tabung Haji adalah membuang masa, memberikan risiko kewangan tidak perlu (unnecessary risk) dan boleh merugikan TH buat jangka masa panjang.

Lagi pelik, bagi menampung kekurangan tersebut, YB Shahar memaklumkan bahawa kerajaan PH telah bersetuju menyuntik RM17.8 bilion kepada UJSB bagi tempoh 10 tahun supaya mereka berkemampuan membayar hutang kepada TH.

Dah kalau begitu, buat apa kita nak jual aset Tabung Haji kepada UJSB? Kenapa tidak kita suntik sahaja RM17.8 bilion tersebut kepada TH supaya mereka dapat membaiki nilai aset tersebut dari masa ke semasa?
Apa keperluannya untuk kita letakkan belasan bilion wang negara ke dalam sebuah syarikat baru yang berada di bawah Menteri Kewangan?

Hebat sangat ke Menteri Kewangan Malaysia zaman PH?

Maka munasabahlah Ketua Audit Negara pun tidak meyakini bahawa Tabung Haji akan dapat memperoleh RM27.56 bilion itu mengikut masa yang ditetapkan.
Inilah pelan pemulihan kurang akal yang menyusahkan semua orang
---
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Dungun Terengganu

1606563056734.png

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Saya cakap terus terang saja. Kalau kerajaan PN ini masih benarkan jualan aset2 TH yang dah dirancang pada zaman PH, maka saya akan tarik balik setiap inci sokongan saya kepada mereka.
Bacul dan dayus kalau ada kuasa tapi biarkan aset umat Islam terlepas ke tangan pihak lain.
Bacul
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
Najib Saahari

25 November jam 5:29 PTG ·

Timb Menteri kewangan harini bercakap pasal UJSB .
Dah bgtahu dah dulu
1f642.png

Najib Saahari

19 Februari ·

Sukuk UJSB , TH dibiarkan bogel .

Pertama sekali hendak kita fahamkan . Sukuk itu zero coupon dan nilai diisu kena beri deep discount berbanding par value .

*Par Value , Value yang perlu dibayar semasa tempoh matang .

Tabung Haji dapat sukuk tu pada nilai RM19.9billion tapi par valuenya RM27billion . Maknanya bila tempoh matang , UJSB kena bayar TH RM27billion . Sama ada dalam bentuk tunai atau aset yang setara nilainya .
Berapa nilai aset Tabung Haji yang dipindahkan kepada UJSB untuk Sukuk itu ? Nilainya RM9.9billion lebih kurang .

Nampak macam bestkan ? Bagi RM9.9billion , selepas 10tahun dapat RM27billion .

Sabar dulu Tuan-tuan dan Puan-puan . Bila kita nak enter satu deal ;
1 - kita mesti tahu deal tu logik atau tidak .
2 - Risiko dia macam mana .

Pertama sekali , deal itu logik atau tidak ?

Deal itu tidak logik . Untuk membolehkan UJSB membayar nilai par sukuk itu , UJSB kena pastikan nilai aset grow 15% setahun tanpa gagal .

* 2019 dah habis dan UJSB punya aset masih lagi stagnant .
* KLCI punya purata pertumbuhan hanyalah sekitar 13% setahun

Earning syarikat kena naik 3x ganda dalam masa 10tahun , baru UJSB boleh bayar nilai par sukuk tersebut .

Ini tidak termasuk opex yang perlu ditanggung UJSB tapi part ni kita boleh ignore sebab opex dijangka rendah sahaja .

Kedua , macam mana dengan risikonya ? Adalah ianya boleh dikawal ataupon tidak ?

Part ni TH masuk deal ni bogel gitu je dalam bahagian mengurus risiko .

Sukuk tiada jaminan kerajaan , Sukuk tiada klausa "put option" dan TH tak boleh exit dalam masa 10tahun sebab Sukuk ni non tradeable .

The only thing yang ada ialah UJSB milik penuh kerajaan .

Ibarat dia macam kamu meniaga dengan anak orang kaya . Budak tu tak bagi apa jaminan pon . Bila kita tanya dia , dia cakap jangan risau bapak aku kaya boleh bayar balik kalau apa2 berlaku .

Bila Sukuk ini tiada jaminan dan tiada coupon , carrying value dia dalam akaun tidak dapat dipastikan . Kalau nilai dia dalam akaun pon susah nak dipastikan , macam mana pula nilai dia 10tahun lagi ?

Hanya Allah yang tahu .

Let say ada auditor sign dan bagi emphasis of matter dekat Sukuk tu , it still means yang nilai Sukuk itu tidak dapat dipastikan . Cuma auditor nak berlepas diri daripada permasalahan akan datang .

What if investment gone wrong in the middle of the deal ?

TH literally cant do anything . Takde exit clause . Renung je lah Sukuk paper yang carrying value dia tidak dapat dipastikan tu .
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,645
Reaction score
1,395
Points
201
Najib Saahari

25 November jam 5:29 PTG ·

Timb Menteri kewangan harini bercakap pasal UJSB .
Dah bgtahu dah dulu View attachment 318230

senang betul gune duit TH.. duit kwsp.. duit ASb... semua nak guna dana rakyat... hebak betul bizness mcm ni
 
theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,881
Reaction score
686
Points
121
perghj,aku tak tau apa , yg aku tau ia jumlah kerugian yg sgt besar.

mcm air sungai je duit tu hilang mcm tu.. kalau la 9 billion tu masih ada, byk boleh tolong masyarakat ni waktu2 pandemik.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
Najib Razak

23j ·

Korang tentu ingat tuduhan rejim Gagalkrasi PH yang kata BN jahanamkan Tabung Haji sebab kita buat kerja jahat dengan terlebih bayar Hibah sebanyak RM4.1 bilion kepada pendeposit.

Sebelum dan selepas PRU14, PH buat macam-macam tuduhan terhadap BN.

Kata kita songlap duit Tabung Haji, palsukan akaun dan macam-macam.

Tapi sehingga kini seorang pemimpin BN atau juruaudit tidak pernah didakwa dalam mahkamah atas tuduhan-tuduhan PH itu.

Sekarang, saya nak bongkar apa yang berlaku selepas itu.

Selepas PH ambil alih kerajaan pada PRU14, ekonomi menjunam, pasaran saham menjadi paling corot dalam dunia dan rata-rata aset Tabung Haji dijual (oh sorry.. "pindah milik") pada masa nilai aset rendah.

Bukan itu sahaja. Propaganda PH bahawa TH dalam bahaya dan bakal bankrap lagi menjahanamkan TH sehingga ramai pendeposit keluarkan duit dari TH dan memaksa TH menjual lagi aset.

Akibatnya TH sebenarnya rugi teruk pada tahun 2018 dan 2019.

Sebenarnya, hibah 1.25% tahun 2018 iaitu paling rendah dalam sejarah pun tidak patut dibayar.

Untuk menyorok kerugian besar ini, kerajaan PH mewujudkan sebuah syarikat SPV yang diberi nama Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) di bawah Kementerian Kewangan.

Lalu, aset bernilai RM20 bilion dijual TH kepada UJSB.

Selepas dijual, UJSB mencatat kerugian bersih RM9.95 bilion bagi tempoh kewangan berakhir 14 Disember 2018 sehingga 31 Disember tahun lalu.

Ya.. kerugian hampir RM10 bilion dalam masa setahun sahaja.

Ini bermakna kerugian RM10 bilion bagi tahun 2019 untuk Tabung Haji dipindah ke UJSB supaya USJB umum kerugian tetapi TH tidak rugi.

Jika PH tuduh kita jahanamkan TH dengan terlebih bayar RM4.1 bilion hiba kepada pendeposit, bagaimana pula dengan kerugian RM10 bilion dalam masa setahun sahaja yang wang entah hilang ke mana?

Satu sen daripada kerugian RM10 bilion ini pun tidak mengalir kepada mana-mana pendeposit TH.

Saya rasa ianya lebih baik untuk kerajaan PN teruskan RCI yang dijanji PH dahulu.

Biar seluruh umat Islam di negara faham bagaimana PH telah jahanamkan TH.

Biarlah kebenaran ini masuk dalam buku sejarah.

25 Nov 2020: PARLIMEN: UJSB rugi bersih RM9.95 bilion
https://www.bharian.com.my/.../nasi.../2020/11/758156/bhplus

1606564342998.png

Najib Razak

Akaun UJSB di atas adalah untuk akhir tahun 2019 dan baru dibentang dalam parlimen minggu lepas.
Sebenarnya, saya sudah syaki perkara ini telah berlaku tahun 2019 lepas. Banyak kali saya tanya Kekanda masa itu tapi sekali pun dia tak berani jawab:
14 November 2019 ·
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156497212110952
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
Najib Razak

7j ·

Dr. Zaharuddin ini adalah antara individu paling lantang mempertahankan Kekanda dan rejim Gagalkrasi PH dahulu berhubung Tabung Haji masa itu (tetapi dia telah henti tak lama kemudian).

Dia mengesahkan bahawa ianya memang tujuan kerajaan PH mewujudkan syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd di bawah Kementerian Kewangan untuk sorok kerugian Tabung Haji.

UJSB rugi RM10 bilion supaya Tabung Haji boleh untung.

Tetapi persoalannya ialah kenapa Tabung Haji tiba-tiba boleh rugi teruk sebanyak RM10 bilion (dan ke mana duit itu pergi) selepas PH mengambil alih kerajaan?

Ini perlu tanya kekanda serta propaganda yang gagalnya.

(Saya tahu jawapan tapi saya nak tengok Kekanda jawab)

1606564426931.png
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,175
Reaction score
11,710
Points
1,906
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

Semalam jam 5:03 PTG ·

KERUGIAN BERSIH URUSHARTA JAMAAH SDN BHD (UJSB) SYARIKAT YANG AMBIL ALIH ASSET TABUNG HAJI..

Pendedahan Timbalan Menteri Kewangan II tentang kerugian bersih Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang bernilai RM9.95 bilion bagi tempoh kewangan 14 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019 sememangnya membimbangkan..

Syarikat yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan dizaman kerajaan PH pada lewat 2018 untuk memulihkan Tabung Haji (TH) itu sendiri seolah-olah kecundang dalam usaha menyelamatkan TH.

Mengikut rancangan asalnya, UJSB perlu membeli aset lemah TH dengan mandat untuk meningkatkan nilai aset tersebut selama 10 tahun. Setakat sekarang, UJSB harus membayar sebanyak RM27.56 bilion kepada TH bagi baki tempoh 9 tahun.

Namun begitu, kerugian UJSB menimbulkan tanda tanya tentang kemampuan syarikat itu untuk membayar hutang TH. Apatah lagi peranan dan kecekapan UJSB dalam memulihkan situasi kewangan TH telah lama dipersoalkan.

UJSB membeli aset lemah TH dengan nilai RM19.9 bilion, sedangkan nilai pasaran aset tersebut sepatutnya RM9.7 bilion sahaja. Alasan pembelian ini dinyatakan untuk menstabilkan kewangan TH pada akhir 2018.

Tetapi, jika benar Kerajaan PH ingin membantu TH, mengapa ia tidak memberikan suntikan terus kepada TH untuk memperbaiki aset lemah ini, dan bukannya menggunakan UJSB sebagai mekanisme untuk mengambil alih aset tersebut?

Tambahan pula, RM19.6 bilion daripada nilai pembelian aset TH adalah daripada sukuk. Ini bermakna TH tidak menerima apa-apa wang tunai, melainkan yang berbentuk perjanjian surat hutang dengan UJSB yang sepatutnya dibayar dalam tempoh tertentu. Ini menjadikan TH menanggung risiko yang besar jika UJSB gagal menyelesaikan bayaran terjadual tersebut.

Semenjak mengambil alih aset TH, UJSB telah menjual saham-saham aset TH dengan tujuan melabur dalam saham yang lebih berpotensi. Oleh kerana penjualan saham tersebut dilakukan ketika pasaran lemah, strategi UJSB ini akan sukar untuk mengembalikan nilai pulangan terbaik kepada TH. Ini bermakna, kedudukan kewangan TH dijangka tidak akan mengukuh untuk tahun ini.

Persoalan sekarang ialah, wajarkah kita terus memberikan kepercayaan kepada syarikat ini untuk menyelamatkan TH? Peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif UJSB pada pertengahan 2020 menggoyahkan lagi keyakinan terhadap syarikat tersebut.

Saya menyeru Kerajaan melihat semula kemampuan UJSB memenuhi mandatnya. Jika perlu penstrukturan semula dilakukan untuk meningkatkan kecekapannya dalam mengendalikan aset TH, maka ia mesti segera dilakukan. Saya juga menyeru UJSB terus telus dalam segala keputusan pelaburan dan perniagaan berkaitan harta TH dan dana kerajaan. Tabung Haji adalah institusi terpenting umat Islam dan ia tidak boleh dibiarkan terus melemah dan GAGAL

Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan

1606564744297.png
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,645
Reaction score
1,395
Points
201
Najib Razak

23j ·

Korang tentu ingat tuduhan rejim Gagalkrasi PH yang kata BN jahanamkan Tabung Haji sebab kita buat kerja jahat dengan terlebih bayar Hibah sebanyak RM4.1 bilion kepada pendeposit.

Sebelum dan selepas PRU14, PH buat macam-macam tuduhan terhadap BN.

Kata kita songlap duit Tabung Haji, palsukan akaun dan macam-macam.

Tapi sehingga kini seorang pemimpin BN atau juruaudit tidak pernah didakwa dalam mahkamah atas tuduhan-tuduhan PH itu.

Sekarang, saya nak bongkar apa yang berlaku selepas itu.

Selepas PH ambil alih kerajaan pada PRU14, ekonomi menjunam, pasaran saham menjadi paling corot dalam dunia dan rata-rata aset Tabung Haji dijual (oh sorry.. "pindah milik") pada masa nilai aset rendah.

Bukan itu sahaja. Propaganda PH bahawa TH dalam bahaya dan bakal bankrap lagi menjahanamkan TH sehingga ramai pendeposit keluarkan duit dari TH dan memaksa TH menjual lagi aset.

Akibatnya TH sebenarnya rugi teruk pada tahun 2018 dan 2019.

Sebenarnya, hibah 1.25% tahun 2018 iaitu paling rendah dalam sejarah pun tidak patut dibayar.

Untuk menyorok kerugian besar ini, kerajaan PH mewujudkan sebuah syarikat SPV yang diberi nama Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) di bawah Kementerian Kewangan.

Lalu, aset bernilai RM20 bilion dijual TH kepada UJSB.

Selepas dijual, UJSB mencatat kerugian bersih RM9.95 bilion bagi tempoh kewangan berakhir 14 Disember 2018 sehingga 31 Disember tahun lalu.

Ya.. kerugian hampir RM10 bilion dalam masa setahun sahaja.

Ini bermakna kerugian RM10 bilion bagi tahun 2019 untuk Tabung Haji dipindah ke UJSB supaya USJB umum kerugian tetapi TH tidak rugi.

Jika PH tuduh kita jahanamkan TH dengan terlebih bayar RM4.1 bilion hiba kepada pendeposit, bagaimana pula dengan kerugian RM10 bilion dalam masa setahun sahaja yang wang entah hilang ke mana?

Satu sen daripada kerugian RM10 bilion ini pun tidak mengalir kepada mana-mana pendeposit TH.

Saya rasa ianya lebih baik untuk kerajaan PN teruskan RCI yang dijanji PH dahulu.

Biar seluruh umat Islam di negara faham bagaimana PH telah jahanamkan TH.

Biarlah kebenaran ini masuk dalam buku sejarah.

25 Nov 2020: PARLIMEN: UJSB rugi bersih RM9.95 bilion
https://www.bharian.com.my/.../nasi.../2020/11/758156/bhplus

View attachment 318232
semua property yg tak membuahkan hasil park kt UJSB... da tu rasa2 untung ka time ni?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register