News Ujian Rangkaian 5G - Kemaskini 3G, 4G, Streamyx & Fibre Optik

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,693
Points
236
Peluasan Infrastruktur Jalur Lebar Antara Teras Pelan 6 Bulan KKMM

17.16.2020 - Kuala Lumpur, Pelan tindakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam tempoh enam bulan akan datang digariskan dalam enam teras termasuk memperluas liputan infrastruktur jalur lebar di kawasan bandar dan luar bandar, kata Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata peluasan liputan jalur lebar itu akan berpandukan kepada rangkaian gentian optik berkualiti tinggi dan menaik taraf atau menghentikan penggunaan tembaga serta peruntukan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang lebih berkesan.

"Ini termasuk memastikan beberapa objektif jangka pendek misalnya capaian Internet dapat ditingkatkan secepat mungkin dan pada waktu sama memastikan industri telekomunikasi kita lestari dan seimbangkannya dengan kepuasan pengguna," katanya semasa membentangkan Kad Laporan 100 Hari beliau, di sini hari ini.

Saifuddin berkata teras lain di bawah pelan yang selari dengan Pelan Strategik KKMM 2019-2023 itu ialah ekonomi digital; kawal selia ekosistem komunikasi dan multimedia yang stabil; penyebaran maklumat kenegaraan dan pengukuhan jati diri; perkhidmatan penyiaran dan penerangan; dan industri kreatif.

Di bawah teras ekonomi digital, katanya Pasukan Petugas Ekonomi Digital Malaysia telah dibentuk dan dipengerusikan oleh beliau secara bersama dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

"Antara skop utama pasukan ini ialah aspek digitalisasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), penggunaan pembayaran elektronik, inovasi dan teknologi startup, ekonomi gig dan pengembangan bakat dalam teknologi digital dan industri kreatif," katanya.

Di bawah teras kawal selia ekosistem komunikasi dan multimedia, Saifuddin berkata akan ada satu atau dua undang-undang berkaitan industri yang mungkin perlu dipinda susulan kajian yang dijalankan KKMM mendapati ada peruntukan yang sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan.

Mengenai pengukuhan jati diri, beliau berkata sebuah Pasukan Petugas Pendidikan Rukun Negara diwujudkan bagi menerapkan Rukun Negara secara formal dan tidak formal menerusi pelbagai pendekatan dan medium agar dapat dijiwai oleh rakyat secara berkesan dan berkekalan.

Dari segi perkhidmatan penyiaran dan penerangan pula, katanya matlamat KKMM adalah untuk mewujudkan TV Pelancongan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta memantapkan TV Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

"Walaupun TV Pendidikan secara teknikalnya sudah mula menggunakan platform TV Okey dua jam sehari, langkah seterusnya bergantung pada perbincangan dengan kedua-dua kementerian nanti," katanya.

Di bawah teras industri kreatif pula, Saifuddin berkata Pasukan Petugas Industri Kreatif Malaysia yang dipengerusikannya secara bersama dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri akan menjadikan industri itu sebagai agenda nasional.

"Kebetulannya Banci Penduduk dan Perumahan 2020 akan bermula tidak lama lagi, jadi kita akan mengambil kesempatan ini untuk membuat bancian lebih tepat tentang kedudukan industri kreatif. Kalau boleh kita ingin tahu angka sebenar penggiat industri kreatif," katanya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1852170
 
Last edited:
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,816
Reaction score
1,214
Points
201
4g pon kelaut .. 5g... sembang kencang je
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,693
Points
236
Celcom Bersedia Memperkenalkan Rangkaian 5G - Hanya Menantikan Agihan Spektrum

Celcom kini mengatakan mereka telah bersedia untuk memperkenalkan rangkaian 5G kepada pengguna awam. Apa pun, seperti biasa, Celcom dan pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan sedang menantikan agihan spektrum rangkaian 5G oleh pihak SKMM sebelum dapat memperkenalkan rangkaian generasi baru ini kepada orang awam.

Celcom telah pun mula menaik-taraf rangkaian teras untuk dapat memenuhi permintaan teknologi baru. Ia dikatakan hanya akan mengambil masa beberapa bulan sahaja untuk Celcom memperkenalkan teknologi berkenaan kepada pengguna awam.

Buat masa ini, SKMM masih belum mengumumkan agihan spektrum secara rasminya. Pada bulan lepas, kita telah melihat KKM telah mengagihkan spektrum untuk syarikat tempatan, tetapi membatalkannya kembali tidak lama selepas itu.

Rangkaian 5G dijangka bukan sahaja menawarkan kelajuan rangkaian yang pantas, tetapi juga akan membolehkan penggunaan peranti berhubung dan pelbagai produk pintar dapat beroperasi dengan lancar – memandangkan ia menawarkan kadar pendam masa yang sangat rendah.

Sumber asal https://www.theedgemarkets.com/article/celcom-ready-deploy-5g-matter-months-says-ceo
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,693
Points
236
Setiap Satu Daripada Tiga Telefon Pintar Yang Terjual Di China Menyokong Rangkaian 5G

Dengan rangkaian 5G pelbagai perkara dapat dilakukan dengan lebih pantas dengan sela masa yang rendah. Antara negara terawal melancarkan rangkaian 5G ialah China. Menurut laporan terkini Counterpoint, pada suku kedua 2020 setiap satu dari tiga telefon pintar yang dijual kini menyokong rangkaian 5G.

Huawei mendominasi pasaran peranti 5G dengan pegangan 60%. Pada waktu yang sama Huawei kini memegang 46% pasaran telefon pintar di China yang juga merupakan pegangan pasaran terbesar pernah mereka catatkan. Ini diikuti oleh Vivo (16%), Oppo (15%), Apple (9%) dan Xiaomi (9%). Sungguhpun begitu jualan telefon pintar di China menjunam 17% pada suku kedua 2020 kerana penangan Covid-19.

Tetapi tidak semua berita adalah buruk. Apple menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 32% berbanding suku yang sama 2019 manakala Huawei pula meningkat 14%. Xiaomi paling teruk terkesan dengan penurunan -35% diikuti oleh Oppo (-31%) dan Vivo (-29%).

Di Malaysia Huawei menjadi pengeluar pertama melancarkan peranti 5G kelas pertengahan menerusi Nova 7 SE dan Nova 7 5G. Strategi mereka untuk memasarkan peranti kelas pertengahan 5G pada harga mampu milik jelas menunjukkan impak positif.

Counterpoint-jualan-Q2-2020-A.jpg


Sumber asal https://www.counterpointresearch.com/one-three-smartphones-sold-5g-phone-china-q2-2020/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,693
Points
236
Zodiac Labur RM1.5B Dalam Malaysia Bagi Pembangunan Cip 5G

24.08.2020 - Kuala Lumpur, Zodiac (China) Applied Science and Technology Research Centre Ltd merancang untuk membuat pelaburan awal sebanyak RM1.5 bilion, sebagai sebahagian daripada pelan yang lebih besar bagi pengeluaran dan pembangunan cip 5G serta teknologi pengkapsulan di Malaysia.

Zodiac, yang merupakan perusahaan berteknologi tinggi dengan rekaan litar bersepadu frekuensi tinggi (IC) serta memiliki keupayaan ujian, pembungkusan dan teknologi pengeluaran serta reka bentuk sistem penerimaan satelit sedang merancang bagi membina fasiliti pengeluaran kedua di atas tanah seluas 202.34 hektar di Malaysia.

"Cip satelit kumpulan itu menjadi jualan yang paling tinggi di dunia dan sentiasa menjadi pilihan industri disebabkan kecanggihan teknologinya. Bagi menangani keperluan pasaran serta respon antarabangsa, kumpulan berhasrat untuk menubuhkan fasiliti pengilangan kedua di Malaysia bagi membangunkan cip 5G dan pengkapsulan," kata Pengerusi Kumpulan Zodiac, Datuk Chu Boon Tiong.

"Fasa pertama fasiliti pengeluaran itu akan dibina di atas sebidang tanah, berukuran 500 ekar (202.34 hektar), dengan pelaburan awal sebanyak RM1.5 bilion," katanya.

Zodiac telah menyusun pelan susun atur strategik dan penyusunan semula termasuk strategi pembangunannya yang baharu bagi menangani keperluan untuk mengurangkan risiko berikutan krisis Amerika Syarikat (AS) - China dan pandemik COVID-19. Fasiliti pertama syarikat itu yang terletak di Quanzhou, Fujian, China, telah beroperasi sejak 2018.

Pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelaburan adalah disebabkan persekitarannya yang memberangsangkan, infrastruktur dan sistem kewangan yang baik dan mantap, ditambah pula dengan lokasi strategik Malaysia, yang mana ini akan membolehkan Zodiac mewujudkan sambungan rangkaian perindustrian global yang unggul.

Selain daripada faktor-faktor tersebut, Zodiac juga menerima sokongan kerajaan negeri di lokasi pelaburan, yang membabitkan galakan ke atas eksport produk siap dan beberapa kelebihan lain.

Berdasarkan kepada pemangkin di atas, kumpulan menjangkakan kapasiti pengeluaran masa depan akan melangkaui US$20 bilion (kira-kira RM84 bilion), katanya.

Keputusan untuk melabur di Malaysia telah dibuat selepas mengambil kira permintaan serantau terhadap produk Zodiac dalam masa terdekat, dan memahami bagaimana pelaburan ini boleh meningkatkan daya saing kumpulan di pasaran antarabangsa. Pelaburan ini juga dijangka akan menyaksikan peningkatan yang besar dalam bidang kawalan kos, kos pengeluaran dan kecekapan keseluruhan.

Serentak dengan keputusan pelaburan di Malaysia, kumpulan juga telah merekodkan kejayaan dalam batasan 5G untuk komunikasi mudah alih generasi kelima, dan sekarang, ia sedang beranjak ke arah pembangunan teknologi generasi keenam, teknologi canggih ini akan menyemai benih kemajuan kumpulan pada masa hadapan.

Untuk tujuan ini, Zodiac akan melabur kira-kira US$600 juta (RM2.5 bilion) dalam masa terdekat bagi membangunkan sistem komunikasi generasi keenam, yang akan menjadi pemangkin untuk peringkat kedua dalam penyelidikan dan pelaburan 6G.

Zodiak telah menerima sokongan kewangan dan teknikal dari Hong Kong Blue Mountain Group dan Hong Kong Headway Technology Holdings Co., Ltd untuk pembangunan teknologi 6G.

Sementara itu, kumpulan juga telah bekerjasama dengan syarikat perhubungan awam dan strategi, Opustique Infinity Co. Ltd bagi menyediakan sokongan dan nasihat yang diperlukan Zodiac.

Bercakap mengenai pembangunan 6G, Chu berkata: "Kumpulan dan subsidiarinya mempunyai pengalaman berdekad yang kaya dan unik dalam teknologi pembangunan cip termaju. Teknologi pembuatan cip yang maju serta pengkapsulan generasi kelima untuk teknologi telah memecah sempadan had 5G, dan kini sedang beralih ke arah pembangunan 6G.

Screenshot-2595.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1873047
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,571
Reaction score
3,693
Points
236
Contoh teknologi 5G digunakan untuk pengeluaran di lombong Sandaozhuang di Henan,China. Teknologi 5G yang berkelajuan tinggi ini membolehkan pekerja mengawal kenderaan dan mesin dengan tepat.

Screenshot-2642.jpg
Screenshot-2643.jpg

Screenshot-2644.jpg
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,428
Reaction score
2,239
Points
191
5g nih dia shorter range..
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,428
Reaction score
2,239
Points
191
View attachment 275933
700mhz low band long range
tak pasti tujuan quote komen dgn gambar..

Tp aku bg penerangan ringkas apa yg aku faham..

Klo salah tolong betulkan..

So ini perbezaan base on penetration bangunan dan keluasan range base on 4 glte vs 5g..

Klo dia guna 700 MHz dia xleh transfer data yg lebih tinggi..

Frequencies-for-5G-1024x463-Annotated.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register