News Ujian Rangkaian 5G - Kemaskini 3G, 4G, Streamyx & Fibre Optik

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
SKMM Mempercepatkan Pelaksanaan Projek Infrastruktur Pelan Gentian Optik

Sebanyak RM3 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif NFCP sepanjang tahun ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan, enam inisiatif di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara [National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP)] iaitu dari NFCP 1 hingga NFCP 6 akan bermula tahun ini.

NFCP bertujuan untuk mengurangkan jurang digital melalui peluasan liputan dan peningkatan kualiti perkhidmatan jalur lebar talian tetap dan mudah alih, selain menyediakan asas bagi rangkaian baharu untuk teknologi 5G.

Kesemua enam projek NFCP itu merangkumi penyediaan perkhidmatan selular awam dan jalur lebar talian tetap di seluruh negara dan mampu melonjakkan tahap sosio-ekonomi Rakyat.

NFCP 1 yang telah pun bermula pada 15 Februari 2020 lalu. Manakala NFCP 2 dalam proses penerimaan dokumen cadangan daripada pemegang-pemegang lesen yang layak bagi meluaskan liputan perkhidmatan selular awam di pelbagai negeri di seluruh negara.

Sementara NFCP 3 menyasarkan untuk menyediakan rangkaian gentian optik dan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan sehingga 500Mbps di 100,000 premis komersial dan kediaman.

Inisiatif-inisiatif lain yang sepertimana yang dimaklumkan oleh SKMM bagi perancangan tahun ini adalah:

NFCP 4 – melibatkan penyediaan kesalinghubungan di 151 perkampungan Orang Asli. Permintaan untuk Cadangan untuk projek ini dijangka akan dikeluarkan pada suku kedua 2020.

NFCP 5 – untuk menaiktaraf 377,360 pengguna rangkaian jalur lebar tembaga (copper) kepada rangkaian jalur lebar gentian optik dan dijangka akan bermula pada suku pertama, 2020. Telekom Malaysia Berhad (TM) akan melaksanakan projek ini dengan menggunakan sumbangan PPS oleh TM sendiri selaras dengan Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002.

NFCP 6 – melibatkan pemasangan kemudahan rangkaian dan pelaksanaan perkhidmatan rangkaian di kira-kira 740 lokasi di seluruh negara untuk penyediaan perkhidmatan selular awam. Permintaan untuk Cadangan bagi projek ini dijangka akan dikeluarkan pada suku keempat 2020.

NFCP dijangkan akan merangsang pelaburan dan inovasi dalam industri-industri berkaitan di samping mewujudkan hampir 20,000 peluang pekerjaan baharu seperti yang dianggarkan oleh SKMM BAGI sepanjang tempoh pelaksanaan lima tahun bermula dari tahun 2019.

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
MBPJ Perintis Realisasi Visi Bandar Pintar

11.03.2020 - Petaling Jaya, Pihak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dalam merealisasikan visi Selangor menjadi bandar pintar menjelang 2025, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri Besar berkata ia susulan pembinaan Pusat Pintar Petaling Jaya yang menjadikan MBPJ satu-satunya PBT pertama di Malaysia berjaya membina pusat berkenaan.

Katanya, paling membanggakan apabila pusat itu menjadi rujukan beberapa PBT termasuk agensi penguatkuasa luar negara sejak mula beroperasi pada April tahun lalu.

“Ini adalah satu pencapaian membanggakan buat MBPJ. Saya optimis MBPJ mampu menjadi bandar raya pertama di Malaysia capai status bandar pintar menerusi pembinaan pusat ini.

“Wujudnya pusat pintar ini diharap mampu menghubungkan dengan beberapa agensi seperti Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan agensi keselamatan lain sekali gus memudahkan semua pihak,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bangunan Pusat Pintar Petaling Jaya dan Demonstrasi 5G Celcom di Petaling Jaya, di sini, semalam.

Pusat Pintar Petaling Jaya dengan peruntukan kira-kira RM50 juta daripada Kerajaan Negeri berfungsi sebagai pusat penyimpanan data bernilai untuk sistem perancangan dan pengurusan bandar berlandaskan perisian sistem informasi geografik dan data bandar dalam bentuk papan pemuka.

Pusat pintar ini dibangunkan dengan mengambil kira isu strategik dan wawasan penduduk bagi menjadikan Petaling Jaya ke arah bandar raya bersih, hijau, selamat, saling berhubung dan harmoni.

Pada masa sama, bagi melancarkan sistem itu MBPJ turut bekerjasama dengan syarikat gergasi telekomunikasi Celcom Axiata Berhad bagi melaksanakan penyelesaian bandar pintar dan keselamatan awam menerusi teknologi 5G.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/03/mbpj-perintis-realisasi-visi-bandar-pintar/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
Menara 5G Di Bakar Di United Kingdom Kerana Di Dakwa Menyebarkan Covid-19

Covid-19 ialah wabak yang kini menjangkiti lebih 1 juta penduduk dunia dengan kematian mencecah puluhan ribu. Saintis percaya wabak bermula di China selepas virus melompat dari haiwan ke manusia di pasar bekalan daging eksotik. Tetapi di atas talian anda pasti ada melihat teori konspirasi yang mendakwa ia disebabkan oleh rangkaian 5G dan akibatnya di United Kingdom beberapa menara telekomunikasi telah dibakar.

Sebanyak tiga menara 5G telah dibakar di Birmingham minggu lalu sehingga menyebabkan gangguan rangkaian selular. Teori menjadi tular selepas beberapa selebriti popular berkongsi pautannya di media sosial tanpa mendapatkan pengesahan ia benar ataupun tidak. Akibat dari insiden ini, kerajaan UK kini meminta syarikat media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk memantau kandungan yang disebarkan terutamanya berita palsu.

Teori konspirasi 5G mengakibatkan wabak koronavirus mula kami lihat dua minggu yang lalu selepas video yang mendakwa warga China merobohkan menara telekomunikasi tular di media sosial. Video sebenarnya menunjukkan menara kamera litar tertutup dirobohkan di Hong Kong bagi mengelakkan pemantauan oleh kerajaan China ketika rakyat menunjukkan perasaan tahun lalu.

Kami tahu apa yang tular di media sosial mudah disebarkan dengan menekan satu butang. Tetapi ingatkan untuk berfikir sebelum menyebar kerana anda boleh didakwa akibat menyebarkan kebathilan. Pada waktu yang sama ia menunjukkan dalam situasi pandemik, berita palsu juga boleh menipu warga negara yang selama ini kita lihat sebagai maju serta bertamadun.



 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
TM Pasang Stesen Pemancar 5G Di Pusat Kuarantin Covid-19, Tawar Internet Percuma

Kemeteran Kesihatan Malaysia pada waktu ini telah membuka dua pusat kuarantin di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari luar negara akan menggunakan dua pusat kuarantin ini sebagai pusat saringan bagi memastikan mereka tidak akan menjadi sumber kluster baharu. Bagi memastikan mereka sentiasa mempunyai capaian Internet sepanjang tempoh kuarantin, Telekom Malaysia telah memasang stesen pemancar 5G di dua pusat kuarantin ini.

Kedua-dua pusat kuarantin telah diperuntukkan sebanyak 50 unit terminal Akses Wayarles Tetap 5G (5G Fixed Wireless Access)
terminal) menawarkan sambungan WiFi yang mampu mencecah kelajuan 500Mbps. Rangkaian WiFi 5G ini boleh dinikmati pengguna dan petugas secara percuma.

Akses kepada internet adalah antara hak asasi asas manusia mengikut PBB. Dalam keadaan terkurung sepanjang tempoh kuarantin, ia adalah perlu bukan sahaja bagi mengelakkan kebosanan tetapi untuk terus berhubung dengan dunia di luar

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
Menara Selular Di Bakar Syak Menyebar Covid-19, Canada

Terdapat pelbagai teori tidak berasas mengenai wabak koronavirus seperti tag garam yang dipakai di leher, memakan ikan singgang dan meminum air suam dapat menentang jangkitan dari berlaku. Ini adalah teori-teori yang popular di Asia. Tetapi di negara maju antara teori popular ialah Covid-19 disebarkan menerusi menara telekomunikasi 5G.
Terkini empat menara telekomunikasi selular telah dibakar di bandar berhampira Quebec dan Montreal Kanada. Menara yang terbakar menyebabkan gangguan perkhidmatan selular di bandar tersebut. Tambah menghairankan ialah menara yang dibakar bukanlah menara 5G tetapi sekadar menara selular biasa.

Akibat serangan vandalisme yang berlaku, Menteri Inovasi Kanada terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan vandalisme yang mengakibatkan gangguan kepada perkhidmatan selular yang penting.

Sebelum ini menara selular turut telah dibakar di Birmingham, UK atas sebab yang sama. Sebanyak 50 kes dilaporkan di UK serta beberapa lagi di Ireland, Belgium dan Belanda. Pengajaran di sini ialah keperluan untuk memahami sains dengan lebih mendalam dan negara barat juga dipenuhi manusia yang terpaling pandai sehingga menjadi pandir.


Rujukan tambahan https://globalnews.ca/news/6905672/quebec-cellphone-tower-fires-conspiracy-theory/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
Nokia Mencatatkan Rekod Dunia Untuk Kelajuan 5G Terpantas

Pelbagai negara kini dalam persiapan untuk memperkenalkan rangkaian 5G masing-masing, dan semestinya penyedia infrastruktur ingin mencuri perhatian penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk menggunakan infrastruktur mereka.

Terbaru, Nokia mengumumkan kini mereka memegang rekod dunia untuk kelajuan 5G terpantas buat masa ini.

Melalui penggunaan OTA (Over-The-Air) yang dilakukan di Dallas, Texas, Nokia berjaya mencatatkan kelajuan mencapai 4.7Gbps. Kelajuan ini berjaya dicatatkan dengan menggunakan perisian dan perkakasan 5G yang sedia terdapat dipasaran secara komersil.

Nokia mengatakan kelajuan ini berjaya dicapai menggunakan lapan spektrum milimeter 100MHz, pada gelombang 28GHz dan 39Ghz, yang menawarkan bandwidth 800MHz, dan 40MHz pada spektrum LTE.

Penawaran ini memperlihatkan keupayaan penawaran perkhidmatan yang pantas kepada pengguna rangkaian menggunakan infrastruktur mereka. Walaupun ini tidak bermakna pengguna boleh menikmati kelajuan berkenaan pada peranti masing-masing pada hari ini, ia agak menarik untuk melihat penyedia infrastruktur bersaing dalam penawaran kelajuan terbaik kepada pengguna.

6187_NOKIA_5G_720x450_0.png


Sumber asal https://www.nokia.com/about-us/news/releases/2020/05/19/nokia-achieves-world-record-5g-speeds/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
Malaysia Batal Arahan Penawaran Kontrak Internet 5G

Noah Lee
Kuala Lumpur, Malaysia
2020-06-03


Para pegawai Malaysia pada Rabu membatalkan arahan penawaran kontrak bagi spektrum rangkaian telekomunikasi 5G kepada lima syarikat termasuk dua yang dikaitkan dengan gergasi teknologi China sehari selepas pendedahan bahawa penawaran itu telah dibuat pada pertengahan bulan Mei menerusi satu arahan yang dimuat naik di laman sesawang sebuah kementerian tanpa pengumuman awam.

Dalam satu kenyataan akhbar mengenai pembatalan arahan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata terdapat keperluan agar proses tersebut lebih telus meskipun beliau adalah individu yang menandatangani dokumen bertarikh 15 Mei menamakan syarikat-syarikat yang dibenarkan melaksanakan teknologi yang ditunggu-tunggu itu, yang dijangka menjadikan hubungan rangkaian telekomunikasi lebih pantas.

“Berdasarkan beberapa isu teknikal tertentu, peruntukan undang-undang dan keperluan bagi satu proses yang telus, saya telah mengarahkan pengerusi SKMM untuk membatalkan Arahan dan Penentuan Menteri serta mengkaji semula instrumen itu secepat mungkin,” menurut Saifuddin dalam kenyataan itu merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Pada Mei, kementerian itu telah menawarkan kontrak tersebut kepada Altel Communications Sdn Bhd, Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunication Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, dan Telekom Malaysia Berhad. Pembekal peralatan asing telah memohon untuk menjadi rakan kongsi syarikat telekom Malaysia yang terbabit untuk turut serta dalam pelaksanaan teknologi itu.

Maxis telah memeterai satu perjanjian dengan Huawei, syarikat China yang didakwa oleh para pegawai Barat sebagai melakukan pengintipan bagi kerajaan negara itu di Beijing. Tahun lepas, Setiausaha Negara AS Mike Pompeo telah memberi amaran kepada Filipina, antara negara lain, agar tidak menggunakan teknologi Huawei, terutama ddalam isu membabitkan maklumat sensitif.

Pada Februari 2019, Maxis dan Huawei telah memeterai satu memorandum persefahaman bagi menjalin kerjasama dalam percubaan 5G di Malaysia, lapor perkhidmatan berita Reuters pada Oktober tahun lepas. Ketika itu, gergasi China tersebut turut memeterai perjanjian awal 5G dengan Celcom, menurut Reuters.

5G adalah rangkaian komunikasi tanpa wayar generasi masa depan yang direka uuntuk membberikan hubungan maya lebih baik berbanding generasi sebelumnya, termasuk kelajuan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

Kementerian komunikasi itu tidak memberikan maklum balas segera kepada permintaan Berita Benar untuk mendapatkan komen.

Proses dipertikai

Gobind Singh Deo, yang menyandang jawatan sebagai menteri komunikasi di bawah kerajaan terdahulu pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad, telah menggesa kerajaan agar menjelaskan bagaimana penawaran kontrak 5G itu dilakukan pada Mei.

“Kami telah memilih satu pendekatan yang menyaksikan lebih banyak ketelusan dan akauntabiliti selaras dengan agenda kami untuk pembaharuan dan tadbir urus yang lebih telus,” menurutnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Beliau berkata satu tender bagi 5G sepatutnya dikeluarkan oleh SKMM dalam suku tahun pertama 2020.

“Proses tender terbuka inni adalah penting kerana ia akan mengenal pasti pemegang lesen yang mempunyai pelan perniagaan dan rekod prestasi terbaik untuk pelaksanaan,” katanya. “Oleh itu alasan mesti diberikan untuk penawaran terus, kriteria yang digunakan untuk memilih penyedia perkhidmatan, hasil kepada kerajaan dan faedah yang dijangka dinikmati rakyat Malaysia.”

Semasa berucap di Persidangan Antarabangsa 5G Malaysia pada bulan Januari, Gobind berkataa industri teknologi 5G mampu menghasilkan tambahan pendapatan sebanyak 12.7 bilion ringgit (AS$2.98 bilion) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar antara 2021 dan 2025 serta mewujudkan lebih 39,000 peluang pekerjaan, dengan merujuk kepada kajian oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia.

Pada Februari, Gobind memaklumkan wartawan bahawa kerajaan akan menentukan syarikat yang boleh mengambil bahagian dalam pelaksanaan 5G selepas para pegawai AS menggesa agar Huawei dikecualikan daripada menyediakan perkhidmatan itu.

Saifuddin menggantikan Gobind sebagai menteri komunikasi pada Mac selepas Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri selepas kerajaan pimpinan Mahathir tumbang.

Malaysia Corruption Watch (MCW), sebuah NGO, memuji pengumuman untuk membatalkan arahan itu.

“Projek-Projek besar, yang membabitkan isu keselamatan seperti telekomunikasi, hendaklah hanya diberikan kepada syarikat yang memiliki kepakaran. MCW tidak jelas mengenai alasan pembatalan ini, tetapi ia adalah keputusan yang tepat,” kata Presiden MCW Jais Abdul Karim kepada BeritaBenar.

Sementara itu, penganalisis politik Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia, berkata orang awam mahukan proses itu dilakukan secara terbuka.

“Satu tender membolehkan mereka yang membida bersaing antara satu sama lain dan tawaran terbaik akan berjaya mendapatkan kontrak itu,” katanya kepada BeritaBenar. “Orang awam memilih ketelusan dengan akauntabiliti dan kompetensi penuh bagi mencerminkan dasar tadbir urus yang baik.

“Tindakan segera menteri itu membatalkan arahan tersebut menyediakan ruang untuk menangani isu terbabit dengan cara yang lebih tepat,” katanya.

c8d85c72-c7cc-4980-9ad2-a30291cc4147.jpeg


Sumber asal https://www.benarnews.org/malay/berita/my-5g-200603-06032020213806.html
Rujukan tambahan https://www.malaysianwireless.com/2020/06/kkmm-minister-cancels-award-700mhz/
 
Last edited:

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,546
Reaction score
338
Points
131
Umobile x disebut bole buat 5G..
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
SKMM Rancang Bina Menara Telekomunikasi Baru Di Pitas

17.16.2020 - Pitas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merancang untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu di Kampung Bilangau Kecil, yang terletak berhampiran dengan Kampung Sapatalang di Pitas, Sabah.

MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan menara telekomunikasi itu akan dibina di bawah Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1, yang dijangka siap menjelang suku kedua tahun 2021.

“…ia boleh dioptimum untuk meningkatkan liputan di Kampung Sapatalang sejurus siap didirikan. Bagi memberi liputan yang lebih berkualiti di sekitar kawasan itu, SKMM juga telah membuat perancangan untuk menaik taraf liputan kepada 4G di bawah program Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP), sejak awal tahun ini,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video mengenai seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin, yang memanjat pokok di kampungnya di Pitas, Sabah, demi mendapatkan capaian Internet bagi menduduki peperiksaan secara dalam talian.

“Berdasarkan laporan yang diperolehi, terdapat sebuah menara telekomunikasi yang memberi liputan 3G dalam lingkungan 1.4 kilometer (km), dari kampung pelajar berkenaan.

“Liputan 3G itu, membolehkan pelajar mengambil peperiksaan secara dalam talian, manakala bagi tujuan aktiviti penstriman pula, ia memerlukan liputan yang lebih tinggi,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, MCMC sentiasa prihatin dengan keluhan masyarakat berkaitan kemudahan telekomunikasi, terutamanya di kawasan luar bandar dan melakukan usaha berterusan untuk merapatkan jurang digital di seluruh negara.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1852179

Berita berkaitan https://carigold.com/forum/threads/panjat-pokok-sebab-nak-jawab-peperiksaan-online.711425/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register