BTC USD 61,058.9 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Ujian Rangkaian 5G - Kemaskini 3G, 4G, Streamyx & Fibre Optik

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
16,947
Reaction score
6,531
Points
321
5g dekat dubai..

Dubai golongan kasta atasan je dpt kelebihan..

IMG_20211013_090209.jpg


IMG_20211013_090243.jpg
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Celcom, LG UPlus Dan Media Prima Bekerjasama Untuk Membangunkan Kandungan 5G Tempatan Yang Unik

Celcom, syarikat telekomunikasi tempatan baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama bersama-sama dua syarikat lain, iaitu LG UPlus dan juga Media Prima untuk membangunkan kandungan yang akan memanfaatkan penggunaan rangkaian 5G di pasaran tempatan apabila ia dilancarkan kelak.

Berbeza dengan penawaran siaran digital ataupun penstriman sedia-ada, penawaran kandungan yang akan ditawarkan oleh Celcom, LG UPlus dan Media Prima ini adalah lebih kepada penerokaan potensi menyediakan kandungan media melalui platform realiti maya dan realiti terimbuh.

Kerjasama ini akan memperlihatkan Celcom menawarkan kandungan media dari Korea dan juga media tempatan yang serba baru dan unik. Ia dilihat akan memberi pengguna pilihan untuk membiasakan diri dengan kandungan media alaf baru menggunakan platform realiti maya dan terimbuh untuk tujuan hiburan, pendidikan dan produktiviti yang jarang dilihat di pasaran lain.

Salah satu contoh yang diberikan ialah Celcom dan Media Prima akan menawarkan kandungan tempatan seperti vlog kembara yang mana pemilik peranti realiti maya boleh menggunakan kelengkapan tersebut untuk melihat lokasi-lokasi menarik di sekitar Malaysia dengan gabungan penawaran kandungan dan teknologi 5G yang akan diperkenalkan kelak.

LG UPlus ialah salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di Korea Selatan yang sudahpun menawarkan perkhidmatan 5G kepada para pelanggan mereka di negara tersebut, dan telah membangunkan pelbagai jenis kandungan berkaitan dengan teknologi 5G, dan dengan kerjasama ini, Celcom dilihat sedang cuba untuk memanfaatkan kepakaran syarikat telekomunikasi tersebut di negara ini.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom berkata “Celcom telah menjalankan lebih daripada 40 kes kegunaan 5G yang melibatkan pelbagai sektor industri dan perusahaan, untuk membolehkan Celcom mengkaji dengan lebih baik bagaimana teknologi 5G dapat digunapakai sebagai suatu penyelesaian, melaksanakan aplikasi digital, dan perkhidmatan untuk pengguna. Celcom akan berkolaborasi dengan LG Uplus dan Media Prima dalam menyediakan aplikasi 5G dan pengalaman digital, kerana kami percaya kerjasama dengan pelbagai industri adalah penting dalam mencapai kesalinghubungan konvergen,”.​
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register