News Ujian Rangkaian 5G - Kemaskini 3G, 4G, Streamyx & Fibre Optik

CG Sponsors




Maestro

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2009
Messages
3,186
Reaction score
479
Points
51
Kalau gov x push lambat lagi 5G ni kecuali bandar... 4G pn operator tercungap nak kutip balik yang diorang invest inikan pulak 5G...

Zaman 3G je operator untung sakan...
 
Sponsored Post

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,539
Reaction score
584
Points
126
70% untuk industri. 30% untuk pengguna
meter pintar TNB adalah salah satu peranti berhubung 5G
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,627
Reaction score
3,769
Points
236
SKMM Perlihatkan Butiran Lanjut Mengenai Penamatan Perkhidmatan 3G Negara

Beberapa bulan yang lalu, dilaporkan bahawa kerajaan sedang bercadang untuk menamatkan perkhidmatan internet 3G menjelang hujung tahun hadapan. Tahun 2021 bakal tiba, dan pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah memperlihatkan beberapa butiran mengenai penutupan perkhidmatan tersebut.

Fasa pertama telah bermula suku ketiga dan keempat ini dimana pihak SKMM telah bekerjasama dengan pelbagai pihak, seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SIRIM, CFM dan pembekal perkhidmatan untuk memperkenalkan pelan penamatan perkhidmatan 3G ini.

Dalam pada itu, notis penamatan perkhidmatan 3G juga telah dikeluarkan dan pihak-pihak berkepentingan diberitahu mengenai perkara ini. Sebagai contoh, peranti 3G dan yang tidak mempunyai sokongan VoLTE tidak akan melulusi piawaian SIRIM bermula tahun hadapan.

Fasa kedua akan bermula pada tahun hadapan, dimana pelan penutupan perkhidmatan rangkaian 3G ini akan berjalan secara berperingkat. Setiap pembekal perkhidmatan akan mula untuk menutup rangkaian 3G mereka bermula suku pertama tahun hadapan sehingga penghujung tahun hadapan apabila ia dijangka Malaysia akan menamatkan rangkaian ini sepenuhnya.

SKMM akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat ini untuk memastikan bahawa sepanjang proses ini berlaku, penaiktarafan rangkaian 4G akan diteruskan memastikan rakyat Malaysia tidak terkesan akibat kehilangan rangkaian 3G ini.

Jika semuanya berjalan seperti lancar, pada awal tahun 2022, SKMM dengan syarikat-syarikat telekomunikasi ini akan mengoptimasikan rangkaian masing-masing untuk memastikan rangkaian 4G yang menggantikan 3G ini stabil dan boleh digunakan tanpa masalah.

Jendela-3D-Sunset-950x535.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,627
Reaction score
3,769
Points
236
Pulau Pinang Negeri Pertama Yang Menetapkan Perkhidmatan Telekomunikasi Sebagai Utiliti Ketiga

Pada minggu lepas, kami ada melaporkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah berbincang dengan semua kerajaan negeri di Malaysia untuk menjadikan perkhidmatan telekomunisasi sebagai utiliti ketiga negara selepas air dan elektrik.

Hari ini, kerajaan Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka akan menguatkuasakan pemasangan infrastruktur komunikasi gentian optik sebagai utiliti asas, secara langsungnya menjadikannya negeri pertama di Malaysia yang melakukan perkara tersebut.

“Selaras dengan matlamat gagasan Penang 2030, kerajaan negeri Pulau Pinang terus komited untuk memastikan penyediaan infrastruktur digital yang menyeluruh dan berkualiti tinggi bagi menampung keperluan norma baharu serta menyokong pemangkinan ekonomi digital di negeri ini,” kata pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga mengatakan lagi bahawa Pulau Pinang sudahpun mempunyai Penang Connectivity Master Plan (PCMP) dimana rang undang-undang Kecil 25 dan 27 di bawah Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan telahpun diluluskan pada 17 Disember lalu.

Dengan ini, setiap pembangunan baharu yang akan dijalankan di Pulau Pinang akan perlu mengambil-kira perletakkan menara telekomunikasi dan juga laluan gentian optik untuk memastikan setiap rumah ataupun unit mendapat sambungan internet yang terpantas.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1914320
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,627
Reaction score
3,769
Points
236
Serangan Bom Di Nashville Dipercayai Berkait Dengan Teori Konspirasi 5G

Teori konspirasi 5G ialah antara subjek yang mendapat bualan ramai tahun ini kerana dikatakan menyebarkan wabak Covid-19. Tiada langsung fakta sains yang menyokong teori palsu ini tetapi kami masih dapat melihatnya disebarkan di beberapa laman media sosial popular tempatan. Pada Hari Krimas lalu, sebuah serangan bom telah dilakukan di Nashville, Tennessee Amerika Syarikat. Kini pihak berkuasa percaya motif serangan adalah berkait dengan teori konspirasi 5G.

Pembuat bom Anthony Warner adalah satu-satunya yang terkorban di dalam serangan menggunakan bom buatan sendiri. Tetapi sasaran beliau pada waktu tersebut ialah bangunan pemancar syarikat telekomunikasi AT&T. Menurut pihak berkuasa mendiang percaya teknologi 5G boleh menyebabkan kematian dan antara mangsanya ialah bapa beliau sendiri yang pernah bekerja dengan syarikat subsidiari AT&T.

Di A.S, Tennessee ialah antara negeri yang menjadi pusat penyebaran teori konspirasi 5G. Sebelum ini terdapat beberapa menara 5G menjadi mangsa serangan. Kini terdapat kerisauan jumlah serangan yang serupa akan meningkat di A.S kerana jumlah jangkitan serta kematian Covid-19 yang semakin tinggi.

Sumber asal https://www.newsweek.com/why-nashvi...ared-copycat-attacks-5g-conspiracists-1557485
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,627
Reaction score
3,769
Points
236
Kerajaan Akan Lancar Dasar Digital Negara Pada Suku Pertama 2021 - Penumpuan Khusus Pada 5G

Perdana Menteri Malaysia hari ini mengumumkan kerajaan bakal melancarkan Dasar Digital Negara pada suku pertama 2021 kelak. Kerajaan turut mengumumkan yang mana Dasar Digital Negara ini turut akan memberikan penumpuan khusus kepada pembangunan sistem rangkaian 5G. Sebelum ini, ia pernah diumumkan yang mana 5G mungkin diimplementasi sekitar 2022 atau 2023 kelak kepada umum, dan akan lebih memfokuskan industri terlebih dahulu.

Seperti ramai sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan telah mempercepatkan pelbagai usaha digitalisasi – meningkatkan kadar penggunaan, dan implementasinya dalam arena perniagaan. Sama-sama kita nantikan awal tahun 2021 kelak untuk mengetahui lanjut berkenaan dengan Dasar Digital Negara ini.

Screenshot-3453.jpg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register