News Ujian Rangkaian 5G - Kemaskini 3G, 4G, Streamyx & Fibre Optik

CG Sponsors




notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,441
Reaction score
569
Points
126
tak pasti tujuan quote komen dgn gambar..

Tp aku bg penerangan ringkas apa yg aku faham..

Klo salah tolong betulkan..

So ini perbezaan base on penetration bangunan dan keluasan range base on 4 glte vs 5g..

Klo dia guna 700 MHz dia xleh transfer data yg lebih tinggi..

View attachment 276572
gambar ni salah. ada 5G spektrum rendah 600mhz, 700mhz
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
tak pasti tujuan quote komen dgn gambar..

Tp aku bg penerangan ringkas apa yg aku faham..

Klo salah tolong betulkan..

So ini perbezaan base on penetration bangunan dan keluasan range base on 4 glte vs 5g..

Klo dia guna 700 MHz dia xleh transfer data yg lebih tinggi..

View attachment 276572
5G ada kelemahan tapi ianya boleh dibaiki .. antaranya material penetration xkisahla kaca ke konkrit ke memang mmWave x boleh tembus jadi sistem pemasangannya lain daripada LTE ..

5G guna sub 6Ghz .. kelemahan lain .. x boleh travel jauh dan ada masalah bila hujan "rain fade"

1598500822880.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
Kedah Berhasrat Jadikan Internet Sebagai Utiliti Ketiga

Kerajaan negeri Kedah kini berhasrat untuk menyenaraikan perkhidmatan internet sebagai utiliti ketiga – selain dari air dan elektrik. Dengan langkah ini, ia akan memerlukan pemaju hartanah dan pembangunan kawasan baharu memastikan kawasan berkenaan diliputi sokongan internet sebelum ia dijual atau dihuni.

Pada hari ini, menjadi kebiasaan kawasan perumahan baru mengambil masa lama untuk menerima sokongan internet daripada penyedia. Dengan langkah penyenaraiannya sebagai sebuah utiliti, ia dijangka akan menyelesaikan masalah berkenaan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat cadangan awal, dan masih tertakluk kepada perbincangan lanjut sebelum dilaksanakan dan disenaraikan sebagai utiliti ketiga di negeri berkenaan.

Screenshot-2878.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
Kerajaan Sedang Dalam Proses Membangunkan 500 Menara Telekomunikasi Di Seluruh Negara

Sambungan internet mudah-alih masih lagi menjadi satu masalah yang besar untuk ramai rakyat Malaysia yang menetap di luar kawasan-kawasan membangun dan pedalaman.

Untuk mengurangkan masalah ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Zahidi Zainul Abidin mengumumkan bahawa bermula suku keempat tahun ini, mereka sedang dalam proses untuk membangunkan 500 menara telekomunikasi di 210 mukim di seluruh negara.

Menurut beliau lagi, 280 daripada menara-menara ini, yang sedang dibangunkan dalam fasa implementasi, akan siap dibina, dan akan mula digunakan untuk memancarkan rangkaian 4G menjelang suku pertama 2021.

Dalam pada itu, 11 stesen pemancar telekomunikasi sedang dinaiktarafkan untuk membolehkannya memancar rangkaian 4G di kawasan-kawasan yang masih belum menerimanya.

Sepanjang 2021 kelak, ia diharap bahawa semua rakyat negara ini boleh mula menikmati sambungan internet mudah-alih yang pantas yang pastinya akan membantu semua orang dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang sosioekonomi.

Berita asal https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=1876069#.X1CQfVwwgQ8.twitter
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
Rangkaian Tembaga Akan Dinaiktarafkan Ke Gentian Optik Sepanjang 2021

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengatakan bahawa pihak kerajaan, melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia akan memulakan proses untuk menaiktarafkan rangkaian tembaga di seluruh negara kepada gentian optik yang akan dilengkapkan sepanjang tahun 2021.

Projek ini, yang dibentangkan oleh pihak Telekom Malaysia sudahpun berada dalam fasa implementasi, dimana 33,112 sambungan talian tetap internet jalur lebar sedang berada dalam fasa implementasi, dan dijangka akan siap menjelang penghujung tahun ini.

Beliau mengatakan lagi bahawa sepanjang tahun 2021, 337,360 pengguna internet yang masih lagi menggunakan perkhidmatan internet rangkaian tembaga akan boleh menaiktarafkan sambungan internet mereka ke pelan gentian optik apabila projek ini lengkap implimentasinya.

Berita asal https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=1876069#.X1CQfVwwgQ8.twitter
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
Korea Selatan, Kuwait & Switzerland Ialah 3 Negara Dengan Infrastruktur 5G Terbaik Dunia

Tahun lalu beberapa negara telah mula melancarkan rangkaian 5G yang menjanjikan kelajuan pantas dan masa pendam yang rendah. Tahun ini rangkaian 5G yang sama semakin matang dan Omdia telah mengeluarkan senarai negara dengan rangkaian 5G terbaik.

Korea Selatan ungguk di tangga teratas, meneruskan kejayaan menjadi negara dengan 4G terbaik sebelum ini. Kuwait di tangga kedua manakala Switzerland di tangga ketiga. Dua negara Asia Tenggara yang tersenarai ialah Singapura di tangga ke-19 dan Indonesia di tangga ke-22.

Senarai dihasilkan Omdia mengambil faktor spektrum, saiz rangkaian, pelancaran, ekosistem dan penggunaan. Walaupun Korea Selatan di tangga pertama, menurut Omdia hanya 10% pengguna i mempunyai capaian rangkaian 5G pada waktu ini.

OMdia-5G-950x694.jpg

Sumber asal https://www.gsmarena.com/south_kore...erland_tops_the_european_chart-news-45579.php
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
13 Menara Baru Akan Di Dirikan Di Pitas Bagi Lancarkan Capaian Internet Di Daerah Tersebut

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, sebanyak 13 menara baharu akan didirikan di Pitas. Kampung Mengkapon pula telah dikenal pasti akan menjadi salah satu lokasi untuk pembinaan menara berkenaan.

Pelaksanaan pembinaan menara-menara telekomunikasi itu akan dilaksanakan di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1.

Sebagai makluman, kerja-kerja pembinaan menara baharu ini telahpun dimulakan ketika ini.

Pihak penyedia perkhidmatan yang dilantik pula sedang dalam proses memohon kelulusan daripada pihak Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah sebelum kerja-kerja dimulakan di tapak-tapak yang telah dipilih.

Tempoh pembinaan menara dan pemasangan alat pemancar itu dijangkakan akan siap dan beroperasi dalam tempoh antara 6 hingga 12 bulan.

Sejak beberapa bulan lalu, Pitas telah menjadi tumpuan rakyat Malaysia selepas tular kes seorang pelajar yang telah memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi menduduki peperiksaan dalam talian.

Kini penduduk di Daerah Pitas telah pun menerima penambahbaikan yang pesat bagi capaian internet. Buktinya, Pusat Internet yang terletak di Pitas telah menjadi Pusat Internet yang pertama di Malaysia yang dinaiktaraf kelajuannya sehingga 300Mbps.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
Selangor Ingin Menjadi Negeri Dengan Liputan Perkhidmatan 5G Terbesar Di Malaysia

Kerajaan negeri Selangor hari ini telah membentangkan Belanjawan Selangor 2021, sekaligus, berkongsi sejumlah perancangan untuk negeri berkenaan pada tahun hadapan. Salah satunya, ia diumumkan Selangor berhasrat untuk menjadi negeri yang mempunyai liputan perkhidmatan 5G terbesar di Malaysia. Seperti ramai sedia maklum, pelbagai syarikat telekomunikasi telah bersedia untuk memperkenalkan penawaran 5G masing-masing, dan menantikan agihan gelombang oleh pihak SKMM. Kerajaan Sealngor berhasrat untuk hadir dengan infrastruktur 5G, sekaligus membolehkan pelbagai projek rintis dilaksanakan di Bangunan SUK 1. Untuk tujuan projek rintis 5G ini, negeri Selangor akan memperuntukkan sebanyak RM3 juta.

Screenshot-3073.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
Malaysia Akan Perkenal Rangkaian 5G Pada Penghujung 2022 Atau Awal 2023

Menteri Komunikasi dan Multimedia, hari ini menyatakan yang mana Malaysia akan memperkenalkan rangkaian 5G pada penghujung 2022 atau pada awal 2023, dengan perancangan dan sasaran yang teliti. Pelbagai perkara akan diteliti, termasuk dari segi caj kepada pengguna, selain untuk merapatkan jurang digital – dan pada masa yang sama ketersediaan industri. Menteri Komunikasi dan Multimedia turut mengatakan yang mana mengikut kajian awal, 70% penggunaan rangkaian 5G dijangka akan melibatkan industri, sementara hanya 30% dijangka untuk penggunaan rakyat. Perkara ini selari dengan jangkaan ramai yang mana 5G akan memacu penggunaan peranti berhubung untuk gaya hidup pintar.

james-yarema-G3q7mxXkP-M-unsplash-950x633.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,576
Reaction score
3,695
Points
236
Pulau Pinang Menyasarkan Menjadi Bandar Gigabit Seawal 2022

Kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk menjadi negeri pertama dengan sokongan penuh internet gigabit. Terbaru, berkongsi lanjut mengenainya, dan kerajaan negeri mengatakan mereka menyasarkan Pulau Pinang menjadi “Bandar Gigabit” menjelang tahun 2022 kelak.

Untuk menjayakannya, Pulau Pinang ingin memastikan rangkaian 5G meliputi semua bahagian sektor industri pada 2022 kelak.

Perkongsian terbaru ini selari dengan perancangan kerajaan untuk menawarkan rangkaian 5G pada penghujung 2022 kelak. Sebelum ini, ia telah dikongsikan yang mana rangkaian 5G ini akan lebih membantu dalam mendigitalkan sektor industri – dengan 5G dijangka digunakan 70% oleh industri, dan 30% untuk pengguna.

Mengikut perancangan awal sendiri, ia telah diperkatakan yang mana rangkaian 5G akan ditawarkan untuk penggunaan industri terlebih dahulu sebelum ditawarkan untuk pengguna awam.

Screenshot-3231.jpg


Sumber asal https://www.orientaldaily.com.my/news/north/2020/11/20/376340
 
Sponsored Post
Top
Log in Register