BTC USD 42,368.7 Gold USD 1,776.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ujang Kartunis dianiaya syarikat penerbitan Upin Ipin

fuhgeddaboudit

Active Member
Joined
Mar 10, 2016
Messages
1,812
Reaction score
648
Points
71


Ujang Dakwa Dianiaya Majalah Upin Ipin


jang.jpg


KUALA LUMPUR - Ibarat ‘habis madu sepah dibuang', lagenda dunia kartunis tanah air, Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang mendakwa beliau sekali lagi menjadi mangsa syarikat penerbitan komik selepas dibuang kerja pada minggu lalu.

Ujang yang cukup popular di zaman kegemilangan komik Gila-Gila dan Ujang mendakwa kali ini beliau menjadi mangsa syarikat penerbitan majalah komik Upin dan Ipin selepas bertungkus lumus menjayakan majalah yang menjadi kegemaran kanak-kanak tersebut.

3-3.jpg




Beliau dalam coretannya di Facebook mendakwa, enam tahun lalu sebuah syarikat penerbitan yang tidak dikenali, baru ditubuhkan dan tiada pengalaman menerbikan komik sanggup menghantar wakil ke rumahnya untuk meminta tolong mengajar menerbitkan komik.

Dakwa Ujang, beliau pada mula menolak tawaran tersebut kerana sudah serik dengan penipuan dunia penerbitan ke atas golongan artis tetapi syarikat penerbitan berkenaan tidak berhenti menghantar wakil untuk memujuknya.

Akhirnya, Ujang menerima tawaran sebagai penasihat komik tersebut dengan gaji RM2,000 sebulan tetapi selepas syarikat itu mengetahui cara untuk menjalankan operasi penerbitan komik, maka beliau diberhentikan.

Berikut kenyataan penuh Ujang berhubung isu tersebut dalam dialek Negeri Sembilan di laman Facebook beliau semalam:

Den sebona ey dah bosan dongan dunio penerbitan yang ponoh pengelepetan pada golongan artis. Tapi wakil syarikat tak beghonti datang ghumah dan merayu agar membantu. Den mintak RM15k sobulan untuk buek kojo monyediokan konsep, buek pagination, ajar cagho nak apply permit KDN, rekemenkan pengedar, ajar kontrol printing dan monyusun sidang redaksi serta memantau perjalanan majalah. Tompi sobab syarikat baru….mereka tak mampu nak bayar dan menawarkan untuk bayar RM2k sobulan dan molantik den sobagai penasihat komik. Selopeh onam tahun bejalan dongan baik dan mereka dah pandai….minggu lopeh den pun di beghontikan 24 jam melalui talipun maso den on the way ke Tasik Kenyir. Giliran den pulak merayu ….tapi tak di layan sobab mereka dah tau nak buek sumo bondo tompo bantuan den. Takpo lah……den ucapkan selamat maju jayo dan kenang daku dalam doa mu. Amin

– MYNEWSHUB.CC

ujangditipulagi_03-1.jpg

ujangditipulagi_04-1.jpg

ujangditipulagi_05-1.jpg




FB : Tunku Maziah



Jawapan dr Tunku Maziah

18279012_10210549710512598_563548654307675063_o.jpg


6tACQpF.jpg


6tACQpF.jpg



FeedBack Kartunis Ujang


kartunis%2Bujang.jpg


JAWAPAN DARI NYLA SDN BHD MEMBUKTIKAN SAYA DI PECAT ATAS ARAHAN PEMEGANG LESEN IAITU LES COPAQUE.PATUTLAH ISU TERBARU BULAN INI ADA 4 NAMA BARU MENGGANTIKAN SAYA SEBAGAI PENASIHAT KOMIK.TAHNIAH ~ SATU PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM DUNIA PENERBITAN.
_______________________________________
* Den maafkan semuo dan den halalkan semuo ey....cumo lainkali jangan buek laie.Makan samo-samo ok.......den dah nak balik ko hutan dah.....Assalamualaikum



18268411_1280120095397812_2329151150275289178_n.jpg


Masa terkial-kial mahu mulakan bisnes dulu, merayu-rayu meminta khidmat dan kepakaran orang. Bila sudah maju dan berjaya, ibarat habis madu sepah pun dibuang.

Sedih bila dapat tahu pelukis otai negara kita sekali lagi dipermainkan buat kali ke-2 oleh pihak yang tak bertanggungjawab.




 
Last edited:
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,843
Reaction score
14,755
Points
1,906
kesian sungguh pada ujang, mmg sedih baca ni..
semoga segala urusan Ujang dan famili dipermudahkan Allah..

org yg berhati licik dan penuh tipu daya ni suka permainkan org dan menganiaya org
 

msazmer

Super Active Member
Joined
Feb 26, 2008
Messages
5,836
Reaction score
22
Points
70
dh viral cerita ni kat fb....semoga bertabah abg ujang
 

demimasa

Active+ Member
Joined
Jan 20, 2010
Messages
2,824
Reaction score
406
Points
41
Kalau macam ni den boikot upin ipin. Niaya ke ujang. Rm2k pun kedekut taik idung masin.
 

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,740
Reaction score
304
Points
141
2x kena... kesian btol.
kita tunggu pulak penjelasan dari LCP
 

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,886
Reaction score
8,267
Points
716
kesian sungguh pada ujang, mmg sedih baca ni..
semoga segala urusan Ujang dan famili dipermudahkan Allah..

org yg berhati licik dan penuh tipu daya ni suka permainkan org dan menganiaya org

bagai jatuh ditimpa tangga...
 
Last edited:

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
Ujang ni dh bole freelance lukis online dah
website sendiri je buat content sendiri
mungkin kena ada org tunjuk kot bab IT ni
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,259
Reaction score
861
Points
176
Dugaan Allah ni tak orang tak kita... cuba bagaimana cara kita menghadapinya.. tu yang penting... Allah Maha Mengetahui
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,815
Reaction score
2,112
Points
201
Ujang ni dh bole freelance lukis online dah
website sendiri je buat content sendiri
mungkin kena ada org tunjuk kot bab IT ni

melayu bro.. janji mulut ja di gune pakai.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register