UiTM Cipta Sistem Pesanan Makanan Dari Rumah

CG Sponsors

alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
MACHANG, 10 Feb (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Machang telah mencipta satu sistem tempahan makanan dari rumah menerusi internet dikenali "Smart Order" yang dapat membantu dalam pemasaran produk industri kecil dan sederhana.

Ketua Pembangunan "Smart Order" itu, Mohd Idzwan Salleh, berkata menerusi sistem itu pengguna boleh membuat tempahan dari rumah bagi makanan dari restoran yang digemari serta boleh merangka perbelanjaan secara berhemah.

"Mereka boleh memilih menu dan menyemak harga bagi makanan yang disediakan itu," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pengusaha akan memenuhi pesanan itu dengan menghantarnya ke rumah mengikut alamat yang dinyatakan dalam pesanan Smart Order.

Mohd Idzwan berkata sistem itu dicipta selama enam bulan sejak tahun lepas oleh empat pensyarah yang pakar dalam bidang ICT bagi membantu pengusaha meluaskan lagi rangkaian perniagaan di samping memberi keselesaan kepada pelanggan.

Beliau berkata sistem itu dihasilkan dengan kos sebanyak RM10,000 termasuk membeli peralatan yang diperlukan bagi tujuan penyelidikan.

Katanya sistem itu sesuai digunakan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Ipoh.

Mohd Idzwan pengusaha EDDLEE Fried Chicken di Kota Baharu merupakan pengusaha restoran pertama yang menggunakan sistem itu.
 
Sponsored Post

Norfazli

Active+ Member
Joined
Dec 23, 2007
Messages
3,202
Reaction score
88
Points
30
bagus...
nanti nak order ayam goreng guna internet aje:)paid
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,201
Reaction score
1,101
Points
201
10k modal ... gile ke ???? baik beli hosting + website ... mcm ecommerce baru berape modal ... mengarut la sampai 10k tu ... rekaan yg enovasi mesti la kurang modal dan berguna ... bukannye mahal .. klu mhal baik order pakai phone jer... ape la
 
keycap1

Fun Poster
Joined
Feb 9, 2010
Messages
197
Reaction score
2
Points
15

a ah lah...mengarut sungguh 10k....buat website brp duit jer....guna blogspot free jek....bukannya susah nak wat menu n amik order...mcm2 ler
 
sokia

Legendary Member
Joined
Dec 18, 2007
Messages
16,256
Reaction score
5
Points
115
caya la uitm.....bangga wpun dah lama kuar uitm
 
baim

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2007
Messages
3,214
Reaction score
18
Points
25
10k modal ... gile ke ???? baik beli hosting + website ... mcm ecommerce baru berape modal ... mengarut la sampai 10k tu ... rekaan yg enovasi mesti la kurang modal dan berguna ... bukannye mahal .. klu mhal baik order pakai phone jer... ape la
dah nama pon research.. komputer takkan tak beli?? minyak petrol,claim,gaji r.a.. takkan free :)):))
kalau free bukan universiti research namanya..
 
nazli79

Fun Poster
Joined
Nov 21, 2008
Messages
916
Reaction score
10
Points
15
takde apa yang nak dibanggakan.... buat la sistem yang advance sket... benda2 macam ni x payah nak r&d pun boleh. berlambak source code kat dalam web. x paham betul aku depa ni....
 
mdhazrin

Active Member
Joined
May 19, 2008
Messages
1,556
Reaction score
8
Points
30
sblm nie kan dah ada mangkuk tingkat .com tu..
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,201
Reaction score
1,101
Points
201
dah nama pon research.. komputer takkan tak beli?? minyak petrol,claim,gaji r.a.. takkan free :)):))
kalau free bukan universiti research namanya..
dasat gak tu ye .. x sabar aku nak tengok rupe bentuk system tu :)):))

aku pon leh buat system pakai website ... nak lagi mudah gune je system sms ... tekan 1 utk tengok menu. tekan 2 order tekan 3 operator .. ape susah ???
 
Sponsored Post
Top
Log in Register