Ugut gergaji leher bayi

CG Sponsors




notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Oleh Salman Hamat
[email protected]







SERI KEMBANGAN: Seorang ibu menempuh saat paling mengerikan dalam hidup apabila anak perempuan berusia setahun dalam dakapan dijadikan tebusan selama seminit oleh seorang penjenayah dalam usaha untuk menyamun wanita itu.

Lebih mengejutkan kanak-kanak itu nyaris disembelih penjenayah berkenaan menggunakan gergaji kayu yang dijadikan senjata dalam usaha memaksa wanita terbabit menyerahkan beg tangannya.

Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam di rumah kakak saudaranya di Taman Sungai Besi Indah di sini, mangsa Ooi Men Kin, 34, baru pulang dari tempat kerja dan singgah untuk mengambil anak perempuannya, M Regina Kim.

Menceritakan semula detik cemas itu, Ooi yang juga isteri jurufoto kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), L Manimaran, 41, berkata dia hanya mampu menjerit dan merayu tidak dicederakan ketika penjenayah ganas terbabit meletakkan gergaji tajam itu ke leher anaknya.






“Selepas mengambil anak dari rumah kakak saudara saya kembali ke kereta dan tanpa diduga penjenayah itu muncul dan membuka pintu sebelah penumpang untuk mengambil sebuah beg berisi barang mainan yang disangka mempunyai barang berharga.




“Dia yang marah kemudian menerpa ke arah kami dua beranak sambil mengarahkan saya menyerahkan beg tangan. Saya menjerit sekuat hati meminta bantuan orang ramai dan berdoa gigi tajam gergaji itu tidak menghiris serta mencederakan anak saya,” katanya.

Bagaimanapun, jeritan wanita itu didengar anak saudaranya N Nitea, 26, yang kebetulan berada di luar rumah dan bertindak memanggil ahli keluarga lain untuk mengejar penjenayah berkenaan.

Sebelum melarikan diri penjenayah berusia 40-an itu menolak mangsa menyebabkannya hampir terjatuh.

Bagaimanapun, penjenayah itu dapat ditahan dan dibelasah orang ramai.

Ooi berkata sebelum kejadian, dia menyedari kehadiran penjenayah itu menunggang sebuah motosikal di kawasan berkenaan, tetapi kerana ingin cepat pulang ke rumah dia tidak menghiraukannya.

Menurut Manimaran, dia tidak menduga dengan kejadian yang hampir meragut nyawa anak sulungnya itu berikutan keluarga kakak saudaranya itu baru seminggu pindah ke rumah itu.

Difahamkan, penjenayah itu berasal dari Seri Kembangan dan mempunyai tujuh rekod jenayah dan dalam kejadian terbaru dia bertindak kejam apabila dikatakan cuba memotong tangan seorang pelajar sebuah universiti ketika menyamun mangsa.
 
Sponsored Post

adil2604

Super Active Member
Joined
Jun 13, 2008
Messages
7,146
Reaction score
153
Points
73
baik dia guna gergaji tu buat potong balak lagi bagus...:eek:
 

AlchemisT

Permanently Banned - , Newbie hacker password stea
Joined
Feb 19, 2008
Messages
11,718
Reaction score
328
Points
131
betul tu potong balak dapatlah hasil nya..apa nk jd...dunia sudah lama..
 

syah99

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2006
Messages
6,069
Reaction score
62
Points
70
apa nak jadi la Polis Malaysia ni,
dah ada 7 rekod jenayah,
siap samun potong tgn org pun masih dibiarkan bebas lg penjenayahnya.

nak tunggu ada yg mati dulu kot, baru nak tunjuk buat keje.
 

aaril

Fun Poster
Joined
May 2, 2008
Messages
829
Reaction score
6
Points
15
aper giler punya org!!!....fuh seri kembangan area umah aku tu..takot2 #:-S
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
apa nak jadi la Polis Malaysia ni,
dah ada 7 rekod jenayah,
siap samun potong tgn org pun masih dibiarkan bebas lg penjenayahnya.

nak tunggu ada yg mati dulu kot, baru nak tunjuk buat keje.
dah tak dapat ditangkap nak buat macam mana....
 

kizuro

Active+ Member
Joined
May 11, 2008
Messages
3,795
Reaction score
2
Points
25
mmg patut pun dibelasah org ramai...
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
nape lar org ramai yg belasah dier tue x gergaji leher dier. :-?:-?
 

shah123

Fun Poster
Joined
Oct 31, 2008
Messages
151
Reaction score
0
Points
10
kerat je apa2 yg boleh dikerat.. rugi..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register