Ubuntu 20.04 LTS Kini Sedia Dimuat-Turun

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,581
Reaction score
3,413
Points
236
Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi sumber terbuka yang mempunyai ramai pengguna seluruh dunia. Terbaru, pembangunnya telah pun memperkenalkan versi terbaru sistem operasi berkenaan, iaitu Ubuntu 20.04 “Focal Fossa”.

Sistem operasi ini adalah versi “LTS”, dimana ia hadir dengan sokongan kemaskini sekuriti selama 5 tahun – sekaligus menjadikannya sesuai untuk digunakan bukan sahaja pengguna biasa, tetapi juga perusahaan.

Ubuntu 20.,04 hadir dengan sokongan kernel Linux 5.4, dilengkapi rekaan skrin kunci yang baru, pilihan tema gelap, kemaskini pada kedai Ubuntu Software, penambah-baikkan pada panel tetapan, dan juga mod Do Not Disturb.

Seperti biasa, ia turut menyertakan kemaskini dari segi perisian dan juga pemacu yang disertakan bersama-sama dengannya. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Ubuntu 20.04 LTS hari ini, atau menaik-taraf daripada pemasangan sistem operasi sedia ada anda.

Muat turun di https://releases.ubuntu.com/20.04/ubuntu-20.04-desktop-amd64.iso
 
Top
Log in Register