Viral Ubi kayu tonyoh 'jangok' jadi rebutan musim tengkujuh

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,402
Reaction score
1,811
Points
206
Ubi kayu tonyoh 'jangok' jadi rebutan musim tengkujuh
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | | 27 November 2020
894787.jpg


jangok1.jpg

Rosmaziah (duduk) dan kakaknya, Rosniwati menunjukkan ubi tonyoh 'jangok' mereka yang mendapat permintaan tinggi pada musim tengkujuh.


RANTAU PANJANG - Ubi kayu merupakan hidangan yang cukup enak dimakan bersama secawan kopi O panas setiap kali tibanya musim tengkujuh melanda negeri ini.

Umumnya, ramai beranggapan putu halba yang dihasilkan daripada ubi kayu adalah hidangan popular dan sering menjadi pilihan penduduk setiap kali musim tengkujuh.
Bagaimanapun, percubaan dua beradik dari Kampung Berangan iaitu Rosmaziah Mohammad, 45, dan kakaknya Rosniwati, 47, mengusahakan ubi kayu tonyoh 'jangok' membuat mereka tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan orang ramai.

Mana tidaknya, gabungan tiga warna iaitu kuning, hijau dan oren membuatkan ramai kecur air liur untuk menjamah hidangan itu pada musim tengkujuh.


894789.jpg

Gabungan tiga warna iaitu kuning, hijau dan oren membuatkan orang ramai 'kecur' air liur untuk menjamah ubi tonyoh ini pada musim tengkujuh.

Rosmaziah yang mengusahakan kuih itu sejak dua tahun lalu berkata, permintaan terhadap makan tradisional itu meningkat berkali ganda pada musim tengkujuh berbanding hari biasa.
"Saya boleh katakan permintaan ubi kayu tonyoh 'jangok' bukan sahaja dibeli pelanggan sekitar Rantau Panjang dan Pasir Mas tetapi juga daerah lain seperti Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang dan Tumpat.

"Walaupun Kelantan sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ia bukan halangan untuk pelanggan mendapatkan ubi tonyoh ini," katanya.
Menurutnya, setiap hari dia memerlukan hampir 50 kilogram (kg) ubi kayu bagi menghasilkan kuih tradisional masyarakat Kelantan itu.
Katanya, dia menggunakan 100 peratus ubi kayu segar yang dicampur dengan pewarna bagi menjadikan ubi tonyoh kelihatan 'jangok'.

"Selain warna-warni, kelapa parut kukus dan kuah manisan menjadi satu lagi tarikan keenakan rasa ubi tonyoh yang dihasilkan oleh kami.
"Kami memilih untuk mengukus kelapa parut kerana mahu rasa bahan itu terus segar dan enak untuk dimakan dalam apa jua keadaan," katanya.


894788.jpg

Kerja-kerja mengupas ubi kayu dilakukan oleh ahli keluarga Rosmaziah.

Rosmaziah berkata, cecair manisan yang diperbuat dari gula Melaka juga turut disediakan sebagai kuah untuk melengkapkan keenakan rasa ubi tonyoh jangok.
Menurutnya, dia menjual ubi kayu tonyoh dengan harga RM3.50 (kecil) dan RM10 (saiz besar).

"Saya juga bersyukur apabila dapat membantu rakan-rakan menambah pendapatan menerusi perkhidmatan penghantaran kuih tersebut secara terus kepada pelanggan.
"Permintaan yang tinggi menyebabkan kami terpaksa menggunakan perkhidmatan penghantar dan ini memberikan rezeki kepada mereka," katanya.

 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,432
Reaction score
2,435
Points
206
pakai kicap apa tu?
kalau tempat den makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis.
 

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,676
Reaction score
539
Points
161
High calorie betul. Ubi dah high calori. Guna pemanis lagi.
Orang dulu2 makan ubi kayu tapi kerja berat, ok lah guna kalori. Kalau makan ubi kayu tapi duduk depan tv...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register