BTC USD 69,744.9 Gold USD 2,421.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ubi kayu kembung perut, padi huma sedap – Sanusi

zackpenang

Active+ Member
gem
Messages
3,419
Joined
Jan 9, 2010
Messages
3,419
Reaction score
1,501
Points
111
IMG_20240417_094854.jpg


 
Sponsored Post

Lama dulu pernah baca orang tak tanam padi huma ni sebab ambil masa yang lama untuk di tuai berbanding dengan padi sawah.
Padi Huma lagi bagus tanam sebab tak perlu kawasan berair, padi pun wangi, boleh tanam keliling rumah saja..🤭
 

Sik disasar jadi hab tanaman padi huma​



Sanusi bersama Zakaria di Kampung Radik, Chepir hari ini. - Foto BH/NOORAZURA ABDUL RAHMAN

Sanusi bersama Zakaria di Kampung Radik, Chepir hari ini. - Foto BH/NOORAZURA ABDUL RAHMAN

SIK – Daerah Sik disasar menjadi hab tanaman padi huma di negeri ini sebagai langkah alternatif menambah bekalan beras putih tempatan, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah melaksanakan inisiatif menanam padi huma dengan memberi tumpuan kepada kawasan tanah terbiar di daerah itu.

“Padi huma atau padi bukit ini rasanya enak, harganya mahal sedikit… kita harap daerah Sik akan jadi hab padi huma untuk negeri Kedah bagi mempertingkatkan hasil padi dari negeri Jelapang Padi.

“Selain padi di kawasan MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) dan luar kawasan MADA, kita juga mengusahakan padi atas darat (padi huma),” katanya selepas merasmikan Benih Padi Huma di Kampung Radik dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Zakaria Othman dan Mufti Kedah Datuk Fadzil Awang.
 
Lama dulu pernah baca orang tak tanam padi huma ni sebab ambil masa yang lama untuk di tuai berbanding dengan padi sawah.
Dlm threat ni kata cuma ambik masa 3 bulan saja untuk dituai, jadi lagi cepat la dari padi biasa..

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register