BTC USD 22,999.3 Gold USD 1,927.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ubi kayu gergasi hasil tanaman Mansor

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
BALING 29 Okt. - Memang benar kata orang, berbudi kepada tanah pasti memperoleh hasilnya sebagaimana diamalkan seorang petani, Mansor Ahmad di kebunnya di Kampung Ekor Padang, Kuala Ketil, dekat sini.

Kebun seluas 0.6 hektar yang diusahakan Mansor, 47, sejak 15 tahun lalu sememangnya subur dan membuahkan pelbagai hasil tanaman seperti betik, kelapa, keladi dan ubi kayu.

Bagaimanapun, hasilnya kali ini lebih mengejutkan apabila di antara tanaman terdapat ubi kayu yang mencecah seberat 10 kilogram.

Menurut Mansor, sepanjang mengusahakan kebun tersebut, ini adalah kali pertama dia melihat ubi kayu 'gergasi'.

"Saya terkejut apabila mendapati ubi kayu yang saya korek begitu besar," katanya kepada Utusan Malaysia di rumahnya di kampung tersebut hari ini.

Mansor berkata dia tidak berhasrat untuk menjual ubi kayu gergasi berkenaan kerana saiznya yang unik itu.

Selain menjual hasil tanaman, Mansor turut menternak itik, ayam kampung dengan kesemua ternakan itu hanya diberi makanan daripada hasil tanaman di kebunnya.

Ubi kayu tu dah sekeras balak kot

 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register