BTC USD 36,059.2 Gold USD 1,876.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ubahsuai Kediaman PM RM 65m

Felix23

Active Member
Joined
Mar 23, 2008
Messages
1,610
Reaction score
24
Points
25
Kerajaan penting ubah suai kediaman PM dari naikkan Cola
Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 11 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam.

Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan sedemikian apabila melibatkan keperluan rakyat namun berbelanja besar untuk kepentingan pemimpin Barisan Nasional.

"Saya kesal dengan pendirian kerajaan itu. Untuk kakitangan awam,kerajaan selalu berhujah ia akan beri implikasi yang besar kepada negara.

"Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri," kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Naib Presiden PAS itu turut menegaskan, beliau tetap berpendirian bahawa elaun Cola mesti dinaikkan untuk meringankan beban kakitangan awam.

"Saya tetap pertahankan bahawa kerajaan harus beri bayaran Cola tambahan kepada kakitangan awam.

"Saya cadangkan paling kurang kenaikannya sebanyak RM100. Itu paling kurang kerana beban yang ditanggung kakitangan awam ini dengan kos hidup yang meningkat.

"Tidak memadai dengan kerajaan memberikan bayaran penuh sebanyak RM500 yang diumumkan dalam bajet 2011 kononnya untuk bantu persekolahan.

Petang semalam, Nazri sewaktu penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 di peringkat Jabatan Perdana Menteri memberitahu cadangan kenaikan elaun itu tidak dapat dipertimbangkan kerana memberi kesan kepada kewangan negara.
 
Sponsored Post

elmyda

Super Active Member
Joined
Jan 5, 2007
Messages
9,552
Reaction score
157
Points
73
65juta ka? brp byk rumah kos rendah bole buat nih..
 

PinguSpy

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,141
Reaction score
114
Points
73
65juta? pergh.... 65 bijik banglo boleh dibina
 

panarol

Fun Poster
Joined
Mar 26, 2010
Messages
554
Reaction score
7
Points
15
serius aa 65m?
bkn 6.5m?

walau pape pon...
kerajaan memang akan gunakan alasan 2 tiap2 kali CUEPECS nak wat tuntutan...
kalau tuntutan berjaya...diam2 je harga minyak naek...
huhu...

tp aku rasa penyebab utama kerajaan xder duet sebab dah perabis untk PRK...
dalam tahun ni je dah baper banyak PRK wat...
mesti banyak tabur ni...
 

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
gila la pemimpin tak ada akal...........mampoih...dok pikiaq kocek aku ja ni
 

musashibest

Active Member
Joined
Dec 23, 2007
Messages
1,375
Reaction score
4
Points
25
berjuta-juta duit untuk tempat tinggal dia..haram jadah punyer PM. :mad:
 

Anonymous89

Super Active Member
ForexMart Fans
Joined
Apr 28, 2009
Messages
5,408
Reaction score
28
Points
80
diri dan kroni didahulukan,kekayaan diutamakan~
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register