BTC USD 32,562.9 Gold USD 1,786.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ubah pelan buang bayi

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Ubah pelan buang bayi


KANGAR: Cubaan sepasang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini untuk membuang bayi hasil hubungan sulit mereka di sebuah masjid di sini, gagal apabila rakan mereka yang diminta membantu rancangan itu enggan berbuat demikian, semalam.

Dalam kejadian awal pagi itu, pasangan berusia 22 tahun yang bersekedudukan dengan menyewa sebuah rumah kedai di bandar ini, mulanya dikatakan terkejut dengan kelahiran bayi lelaki berkenaan pada usia tujuh bulan kandungan sebelum meminta seorang rakan membuang bayi berkenaan di sebuah masjid.

Bagaimanapun, rakan pasangan pelajar terbabit dikatakan tidak tergamak berbuat seperti diarahkan, sebaliknya membawa bayi yang masih bertali pusat itu ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Difahamkan, pasangan pelajar terbabit menyewa sebuah rumah kedai di Jalan Jublee Emas di sini, dan sering berulang-alik bersama mengikuti pengajian di IPTA berkenaan di Arau.

Ibu bayi malang yang masih belajar itu dikatakan cuba menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan keluarga yang menetap di sekitar Kangar.

Sumber polis berkata, bayi itu dilahirkan cukup sifat ketika usia kandungan tujuh bulan itu berjaya diselamatkan daripada risiko maut berikutan tindakan bijak rakan kepada bapa bayi berkenaan apabila membawanya ke HTF, bukan dibuang di masjid seperti diarahkan.

Katanya, bayi lelaki itu kini ditempatkan di wad kanak-kanak HTF dan dilaporkan sihat selepas dilahirkan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

“Pasangan pelajar lelaki dan perempuan itu dikatakan panik apabila mendapati bayi mereka dilahirkan awal daripada dijangkakan. “Mereka berdua dikatakan menguruskan sendiri proses kelahiran bayi itu di rumah kedai yang disewa dan sejurus dilahirkan, bapa bayi berkenaan menghubungi rakannya untuk membantu membuang bayi berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, berikutan aduan diterima daripada rakan pasangan terbabit, polis menahan pasangan itu untuk siasatan lanjut sebelum merujuk kes itu kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

“Ibu bayi malang itu turut menerima rawatan di HTF dan keadaannya dilaporkan masih lemah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, ketika ditemui di pejabatnya mengesahkan menerima laporan berhubung kelahiran bayi luar nikah membabitkan pasangan pelajar berkenaan.

Pihaknya memandang serius kes itu dan sudah mengambil keterangan pelajar lelaki dipercayai bapa kepada bayi berkenaan tengah hari semalam manakala ibu bayi itu masih dirawat di HTF.

“Pelajar perempuan yang melahirkan bayi luar nikah dan pasangannya yang bersubahat melakukan perbuatan terkutuk itu akan diambil tindakan mahkamah mengikut Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991,” katanya.

Menurutnya, ibu bayi berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) manakala teman lelakinya pula didakwa mengikut Seksyen 46 enakmen sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali.


-- H.Metro
 
Sponsored Post

LeptoSpyra

Active Member
Joined
Nov 22, 2010
Messages
1,013
Reaction score
2
Points
25
padan muka! kalau niat dah buruk, memang tak lepas la. sekarang tuhan dah tunjukkan. PADAN MUKA!!!
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,921
Reaction score
541
Points
161
baguslah org mcm ni,kepada bakal2 ibu muda,kalau beranak bagi lah kat member suh anta kat spital,jgn buang2,mana2 kawan2 yg sudi tolong tu jgn la kantoikan erkk,hehehehehe
 

fauzizul

Legendary Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
11,777
Reaction score
9
Points
120
apo nk jd ngn budak2 zaman skrg....:-?
 

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
kantoi sudah..masa untuk menangis..di lokap polis..
 

pinot17

Active Member
Joined
May 11, 2010
Messages
1,514
Reaction score
20
Points
25
5 ribu je?yang buang2 bayi ni patut gantung sampai mati je.bayi ni kira manusia gak pe.patutlah ramai sgt berani nak buang bayi..patut juga adakan bank DNA supaya akan dtg kalau ada kes senang nak trace sape mak bapaknye..geram betul aku baca bab dera ngan buang bayi ni..Org takde anak usaha nak dpt anak,depa ni tuhan bagi anak nak buang2 pulak..mmg jahanam betul
 

graynicolls

Active+ Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
3,757
Reaction score
37
Points
30
bdk uitm la ni...jahanam bdk uitm lani...
bayar 5k blh beromen lg tp kali ni lebih berhati2 dgn memakai stokin
 

rafont

Active Member
Joined
Aug 30, 2010
Messages
1,972
Reaction score
9
Points
25
mereka bersekedudukan tanpa ikatan sehingga melahirkan anak.
aduhai anak bangsaku :(
 

Zulkarnine

Super Active Member
Joined
May 30, 2007
Messages
7,621
Reaction score
163
Points
83
Nak kena usulkan kat UiTM buat kampus ikut jantina..senang nk pantau..
 

graynicolls

Active+ Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
3,757
Reaction score
37
Points
30
Nak kena usulkan kat UiTM buat kampus ikut jantina..senang nk pantau..

ni bkn kat kampus bro.ni kat rmh sewa.kalau kampus ikut jantina pun tetap blh beromen dgn org luar kat luar.

kalau ikut jantina lg la meningkat tahap kegersangan mereka.
yg laki lama xtgk pmpuan yg pmpuan lama xtgk laki.sekali cuti sem berduyun2 anak haram keluar.

pada aku,undang2 patut bg sebat kaw2 pastu dh sembuh masuk sambung blaja blk. peluang kedua tetap kena bagi.kalau kena tendang dari ipt lagi sakit hidup dia.dh kena sebat tu konfem dia lg fokus blaja.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register