BTC USD 64,396.7 Gold USD 2,320.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tyzo Sah Sertai IKIMfm

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
447,661
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
447,661
Reaction score
36,018
Points
2,836
Awards
2

Tyzo dijangka umum sertai stesen radio baharu hari ini​


04 MAR 2024

2560573.jpeg

Tyzo Xander


BEKAS penyampai radio, Tyzo Xander dijangka mengumumkan berita baik iaitu penyertaannya dengan stesen radio baharu pilihan hari ini.

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris, 48, sebelum ini dikatakan pernah menerima tawaran daripada empat stesen radio sebaik sahaja ditamatkan perkhidmatan bersama Suria FM, awal Januari lalu.

Beliau yang masih menantikan kontrak hari terakhir bersama Suria FM pada Sabtu depan bagaimanapun mengakui tidak sabar untuk memulakan semula kerjayanya sebagai penyampai radio.

Namun, dirinya mengakui belum boleh berkongsi nama stesen penyiaran tersebut kerana ia masih dalam peringkat perbincangan akhir.

Ujar Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular ke-35 tahun lalu, tidak ada sebarang kata putus dibuat ekoran tiada kontrak perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak.

Tambah beliau, alasan untuk tidak berkongsi lebih lanjut mengenai perkara berkenaan adalah kerana ingin menghormati pihak pengurusan stesen radio baharu selain percaya ia merupakan pilihan terbaik buat kariernya dalam masa jangka panjang.

Jelas Tyzo yang sudah dua bulan tidak berada di konti, keputusan memilih stesen radio baharu itu kerana beliau secara peribadi merasakan ia boleh menjamin kehidupan lebih baik asalkan suaranya masih diterima ramai.

Penyampai itu turut berharap agar kesempatan pada kali ini mampu memberi ruang dan peluang yang terbaik buatnya selain dalam masa sama mengakui tidak akan meninggalkan siaran ‘podcast’ di platform TikTok.

Apa pun, perjalanan anak seni bernama Tyzo dalam industri seni bahkan dunia penyiaran radio jelas belum berakhir.

Semoga perkhabaran positif ini memberi harapan kepada mantan pelakon tersebut untuk menyampaikan hiburan santai setiap hari buat kesemua penggemar suara lunaknya.

Sebagai rekod, kontrak Tyzo berakhir pada 12 Januari lalu susulan Suria FM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi menghasilkan produk lebih menarik serta segar untuk tahun ini hingga seterusnya.


 

Tyzo sah sertai IKIMfm​


04 MAR 2024

2561241.jpg

Tyzo bakal menjadi penyampai radio IKIMfm mulai Isnin depan.


INSTITUT Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengumumkan Tyzo sebagai penyampai radio IKIMfm mulai Isnin depan.

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris akan mengendalikan segmen Inspirasi Pagi yang ke udara jam 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

Penyampai sensasi itu akan bergandingan dengan penyampai Suffian Amrin dan Luqman Hakim sepanjang minggu.

Ketika berkongsi perkara tersebut, Tyzo berkata, beliau berbesar hati diberi peluang untuk berada di pentas IKIMfm.

“Selepas dua bulan tidak bersiaran, saya rasa berdebar,” katanya pada majlis penjenamaan semula dan pelancaran logo IKIMfm di sini pada Isnin.

AKAN MENYUSUL

Sponsored Post

Beliau yang masih menantikan kontrak hari terakhir bersama Suria FM pada Sabtu depan bagaimanapun mengakui tidak sabar untuk memulakan semula kerjayanya sebagai penyampai radio.

Namun, dirinya mengakui belum boleh berkongsi nama stesen penyiaran tersebut kerana ia masih dalam peringkat perbincangan akhir.
 

Tyzo sah sertai IKIMfm​


04 MAR 2024

2561241.jpg

Tyzo bakal menjadi penyampai radio IKIMfm mulai Isnin depan.


INSTITUT Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengumumkan Tyzo sebagai penyampai radio IKIMfm mulai Isnin depan.

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris akan mengendalikan segmen Inspirasi Pagi yang ke udara jam 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat.

Penyampai sensasi itu akan bergandingan dengan penyampai Suffian Amrin dan Luqman Hakim sepanjang minggu.

Ketika berkongsi perkara tersebut, Tyzo berkata, beliau berbesar hati diberi peluang untuk berada di pentas IKIMfm.

“Selepas dua bulan tidak bersiaran, saya rasa berdebar,” katanya pada majlis penjenamaan semula dan pelancaran logo IKIMfm di sini pada Isnin.

AKAN MENYUSUL
 
yang penting deal contract radio baru gaji USD/SGD

so after setahun automatic dapat increment +/- 5% tanpa susah payah nak gaduh dgn bos pasal increment

Bincang dari awal lagi terma dalam kontrak
Mana pihak yang langgar kontrak akan kena saman
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register