BTC USD 27,927.3 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Twitter rancang kenakan caj kepada pengguna komersial, kerajaan – Musk

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,128
Points
661
Awards
1

elon-musk-200122.jpg





WASHINGTON: Hartawan Elon Musk memaklumkan Twitter Inc merancang untuk mengenakan bayaran kepada pengguna komersial dan kerajaan.

Bagaimanapun, bakal pemilik baharu syarikat media sosial itu memberi jaminan Twitter tidak akan mengenakan bayaran kepada pengguna biasa.

“Twitter akan sentiasa percuma untuk pengguna biasa tetapi mungkin mengenakan bayaran kepada pengguna komersial dan kerajaan,” kata Musk dalam satu ciapan.

Pengumuman itu dibuat ketika individu paling kaya di dunia itu berusaha meningkatkan capaian platform media sosial kepada kebanyakan warga Amerika.

Setakat ini, Twitter masih belum memberi sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc. sebelum ini mencadangkan beberapa perubahan kepada Twitter sejak bulan lalu.


Menurut Musk, beliau mahu meningkatkan platform itu dengan ciri baharu yang menjadikan algoritma yang mengutamakan ciapan tertentu, berupaya diakses oleh orang ramai.

Bulan lalu, sebelum menandatangani perjanjian dengan Twitter, Musk juga mencadangkan beberapa perubahan pada perkhidmatan langganan premium Twitter Blue termasuk mengurangkan harganya.

Hartawan itu memeterai perjanjian untuk membeli Twitter dengan bayaran tunai sebanyak AS$44 bilion (RM191.5 bilion) sekali gus bakal menyaksikan pertukaran pemilikan platform media sosial itu.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register