BTC USD 54,171.1 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Twitter Perkenal Ciri Seumpama "Stories" Untuk Pengguna - Fleets

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,173
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,173
Reaction score
4,272
Points
236
Twitter hari ini mengumumkan pengenalan ciri Fleets kepada semua pengguna seluruh dunia, sekaligus membawa kepada penawaran ciri seumpama “Stories” mereka tersendiri. Seperti ramai sedia maklum, pelbagai perkhidmatan sosial telah memperkenalkan ciri “Stories” dalam memudahkan perkongsian teks, gambar dan juga video. Ia seterusnya akan hilang selepas tempoh 24 jam – sekaligus menjadikannya salah satu kaedah untuk memastikan pengguna sering aktif pada platform berkenaan.

Fleets mmenawarkan ciri yang lebih kurang sama, memudahkan anda menambah teks, gambar dan video pada perkongsian “Fleets”, dan ia akan hilang selepas tempoh 24 jam. Pengguna juga turut boleh berkongsi Tweet dalam Fleets. Ciri baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Twitter seluruh dunia bermula hari ini.

twitter-fleet-650x366.jpg

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,173
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,173
Reaction score
4,272
Points
236
Pepijat Menyebabkan Fleets Boleh Di Muat-turun Selepas 24 Jam

Pada minggu lepas, Twitter akhirnya melancarkan ciri baru yang dinamakan Fleets, iaitu ciapan seakan-akan Instagram Stories dan juga Snapchat, dimana ia akan dipadamkan selepas 24 jam. Terkini, Twitter telah mengesahkan bahawa terdapat satu kerentanan dimana pembangun aplikasi boleh menggunakan sebuah aplikasi API untuk memuat-turun media Fleets daripada pengguna menggunakan alamat web (URL) ciapan tersebut.

Kerentanannya adalah dimana ciapan Fleets tersebut masih boleh dimuat-turun walaupun tempoh 24 jam tersebut telah berlalu jika pembangun tersebut masih mempunyai akses kepada URL tersebut. Twitter berkata ini adalah kerana walaupun Fleets hanya boleh dilihat selama 24 jam, media tersebut disimpan oleh Twitter selama 30 hari sebelum ianya dipadamkan secara tetap.

Mengakui akan isu ini, Twitter mengatakan bahawa mereka akan mengemaskini API tersebut untuk memastikan bahawa API tersebut tidak akan boleh mengakses media Fleets selepas tempoh 24 jam tersebut berakhir.

Sumber asal https://www.theverge.com/2020/11/22/21589676/fleets-visible-twitter-disappearing-bug
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,173
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,173
Reaction score
4,272
Points
236
Anda Kini Boleh Lihat Fleets & Sertai Sesi Spaces Melalui Gambar Profil Pengguna

Twitter dilihat telah memperkenalkan sejumlah ciri-ciri baru kebelakangan ini, seperti Fleets, Spaces dan juga fungsi untuk menyumbang wang kepada sesiapa sahaja secara digital.

Terkini, Twitter nampaknya telah memperbaiki pengalaman pengguna platform media sosial tersebut dengan memperkenalkan fungsi melihat terus Fleet yang dibuat oleh pengguna tersebut dengan mengetik gambar profil pengguna yang mempunyai garisan bulat berwarna biru dari garis masa.

Ini memudahkan pengguna yang menggunakan peranti-peranti besar untuk melihat terus Fleet rakan-rakan ataupun sesiapa sahaja secara mudah tanpa perlu menatal bahagian atas aplikasi Twitter.

Bukan itu sahaja, pengguna Twitter juga boleh menggunakan ciri yang sama untuk menyertai sesi Spaces apabila mereka melihat orang yang diikuti mereka sedang berada dalam sesi tersebut.

Menurut Twitter, fungsi mengetik gambar profil pengguna untuk melihat Fleets dan menyertai Spaces ini akan diperkenalkan pada aplikasi Twitter untuk iOS terlebih dahulu, dan akan diperkenalkan pada aplikasi Twitter untuk Android tidak lama lagi.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register